Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Resepi 326 : Cek Mek Molek Cupcakes - pun bolehhhh

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari sabtu lepas
di tmpat ABM ni ada buat majlis
berbuka puasa bersama2.
Jadi ABM pon rasa nk bawak jugalah
juadah time berbuka tu nanti kan.
Pikir punya pikir ABM pon nak buat
cek mek molek.
Tapi, teringin jugak lah nk makan cupcake that time.
Jadi, ABM pon terbuatlah cek mek molek cupcake ni


Resepi cupcake ABM ambil dari blog The Alchemist
Resepi asal tu resepi sweet potato cupcake.
Tapi, ABM ade lah ubah sikit2.
Resepi asal ada guna rempah2 dalam cupcake tu.
Tapi ABM x guna rempah2 sebab nak kekalkan
rasa cek mek molek dalam cupcake ni.
 Alhamdulillah experiment menjadi. haha
So, sesape yg nak cuba tu,
boleh la rujuk resepi di bawah ya.


BAHAN BAHAN
(12 cupcakes)

keledek cupcakes
200g keledek - direbus dan dilecek
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam
1/2 cawan gula perang 
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan yogurt plain
2 biji telur
sedikit esen vanilla

gula melaka ganache
1 cawan gula melaka - yg dihncurkan
1/4 cawan air - guna jika perlu
1 cawan UHT whipping cream
sedikit garam
2 sudu besar butter

topping
whipped cream secukupnya


CARA CARA

keledek cupcakes
1. Didalam mangkuk, masukkan keledek yg dilecek, minyak sayuran, dan gula. Pukul sebati.
2. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Setelah itu, masukkan vanilla,garam dan yogurt. Gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan baking soda kedalamnya dan pukul sebati. Jangan overbeat. Bila dah sebati je jgn pukul lagi.
4. Bakar didalam oven yg sudah dipanaskan 180c selama 20-25 minit. Sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan topping dan filling

gula melaka ganache.
1. Didalam periuk, masukkan gula melaka dan sedikit air. Kacau sehingga gula larut. Kemudian, masukkan garam dan gaul rata.
2. Masukkan pula cream, dan kacau sebati. Akhir sekali, masukkan butter dan gaul sebati. Masukkan didalama bekas dan sejukkan sepenuhnya sebelum digunakan.

penyediaan
1. Cupcake yg sudah siap dilubangkan ditengahnya menggunakan pisau kecil. Masukkan gula melaka ganache didalamnya dan masukkan whipped cream didalamnya. 
2. Tutup kembali dengan menggunakan cebisan cupcake yg dikorek tadi. Hias atasnya dengan whipped cream lagi dan curahkan sedikit gula melaka ganache diatasnya. Buat sehingga habis.

ENJOY!

SALAM RAMADAN AL MUBARAK

Friday, June 27, 2014

Resepi 325 : Earl Grey Tea Cupcakes

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat Earl Grey Cupcakes ni
Sebelum ni ABM pernah buat earl grey chocolate cupcake.
Dan cupcake yg tu adalah first time ABM rasa
earl grey tea ni.
Sememangnya wangi dan sangat sedap.
Dan tetibe semalam ABM teringin something dessert
yang berperisakan earl grey ni.
So, ABM pon buatlah yg rasa earl grey sahaja.


Resepi ABM rujuk di SINI
Tapi ABM takdelah ikut 100%
Adelah yang ABM ubah sikit2.
So sesape yang nak try buat tu,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni ya.
memang best cupcake nih!


BAHAN BAHAN
(12 cupcakes)

2 sachets Earl Grey Tea bags
80g butter
175g gula kastor (ikut citarasa)
200g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
170ml susu segar
2 biji telur


CARA CARA
1. Didalam cawan, letakkan susu segar dan earl grey tea bags didalamnya dan biarkan selama 30 minit atau sehingga rasa teh sudah benar2 terserap pada susu tersebut.
2. Panaskan oven 180c. Tepung gandum hendaklah diayak bersama baking powder. Ketepikan.
3. Masukkan gula, butter didalam mangkuk dan pukul sehingga berkrim. Kemudian, masukkan telur satu persatu serta garam dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung yg diayak tadi kedalam adunan butter berselang seli dengan susu segar earl grey tadi. Tepung-susu-tepung-susu-tepung.
5. Pukul sekadar sebati sahaja. Tak payah pukul lama sangat nnt kek bantat. Masukkan kedalam cupcake liner dan bakar selama 18-20minit atau sehingga cupcake masak. Sejukkan dahulu barulah boleh dihiasi dengan krim kegemaran anda. ABM guna lemon cream cheese frosting ja.

ENJOY!


Tuesday, June 17, 2014

Resepi 323 : Chocolate Pretzel Brownies

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kali ini ABM kongsikan satu resepi brownies
yang sangat lah sedap dengan
kewujudan pretzel kat dalam brownies ni.
Memandangkan ABM guna Chocolate Pretzel,
ABM bubuh la chocolate pretzel brownies kat nama atas tu.
Kalau tak ade chocolate brownies ni kat pasaraya terdekat,
gunalah pretzel yang anda jumpe.
Caramel pretzel atau yg original punya pon
would be nice too.


Okeylah, resepi ABM rujuk kat blog Squirrel Bakes ni.
Tapi, ABM ubah la sikit2 ikut kesesuaian.
Mudah sangat lah. Namanya pon brownies kan.
Memang senang nak buat.
Cuma kalau ada penyakit M tu je yang susah sikit.
hahahaha.
Okeylah, sesape yang nk cuba,
boleh rujuk resepi kat bawah.


CARA CARA
(loyang 10 inci x 8 inci)

110g chocolate bar - dipotong kecil
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pretzel yg dihancurkan kasar
beberapa pretzel utk dibubuh atas brownies


CARA CARA
1. Gunakan kaedah double boiler, cairkan coklat dan butter didalam mangkuk tahan haba. Bila dah cair, alihkan daripada double boiler dan biarkan sejuk disuhu bilik.
2. Masukkan gula dan vanilla kedalam adunan coklat. Kacau sebati. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
3. Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam hendaklah diayak sekali. Kemudian, masukkan kedalam adunan coklat dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pretzel yang dihancurkan tadi kedalam adunan dan gaul sebati.
4. Tuang kedalam loyang dan ratakan. Susun pretzel diatas adunan dan tekan sedikit pretzel tersebut. Bakar didalam oven 180c selama 30 minit atau sehingga pretzel masak. Bila dicucuk dengan lidi, tiada adunan yang basah melekat pada lidi tersebut.
5. Sejukkan sepenuhnya disuhu bilik barulah dipotong.

ENJOY!

Sunday, June 1, 2014

Resepi 322 : Mango Lassi Cupcakes - so refreshing!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


fuh! fuh! fuh! *gaya tiup habuk*
peh peh, berhabuk dah blog ni.
Sori lah ya. Bukan sengaja taknak update,
tp agak busy lah sikit.
Sesape yang follow ABM kat instagram tu ( @alifiskandar_abm ),
dia taulah yang ABM ni busy siapkan kek tempahan.
Walaupon tak banyak, tapi memandangkan
ABM ni bukan full time baker, so agak busy lah kan.
Siang pegi university,
malam pulak siapkan kek tempahan.
Sori sgt2 ya buat sesape yang tertunggu2
resepi dari ABM (ade ke? lol)


Okeylah, kali ni ABM buat Mango Lassi Cupcakes.
Resepi ABM tak rujuk mana2.
Cuma pakai resepi basic cakes yang ABM tau.
Malas nak search2 ni.
Guna jelah ilmu yang ada semaksima mungkin. gitu ayat!
Sebenarnya tekak ni mmg nak minum mango lassi,
Tapi tak best pulak kan nk update menu yg ramai orang dah tau.
So, ABM pon terpikir nak buat cupcakes jelah.
Simple je pon.
Nama je kekonon grand. haha
Cumanya ABM tambah salted Caramel Sauce kat atas kapkek ni
for extra special.
Kalau malas nak buat, tak pyh letak.
ABM letak sbb ade stok kat peti ais tu.
Okeylah, malas nak bebel pepanjang,
sesape yang rase nk ikut resepi ni,
ikutlah.
Sememangnya sedap! (ok puji diri sendiri)


BAHAN BAHAN
(12-15 cupcakes)

2 biji telur
1 cawan + 2 sudu besar gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum - ayak
1 1/4 sudu kecil baking powder
50ml plain yogurt
beberapa titik pewarna kuning
70g isi mangga - dikisar
1/2 cawan minyak sayuran
sedikit garam

Simple frosting
200ml non dairy whipping cream
5 sudu kecil gula kastor (ikut citarasa)
beberapa titik pewarna kuning
extra potongan mangga untuk hiasan

or gulalah resepi frosting yg digemari


CARA CARA
1. Untuk cupcake, panaskan oven 180c
2. Pukul gula dan telur dalam mangkuk sehingga pucat dan gebu lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan tepung, baking powder, garam, plain yogurt, isi mangga dikisar, pewarna kuning, minyak dan pukul sehingga sebati lebih kurang 30 saat. Jangan overmix ya! kalau dah sebati terus stop.
4. Bahagikan adunan kedalam bekas cupcakes. Bakar didalam oven selama 15-20 minit atau sehingga cupcakes masak. Sejukkan diatas redai sebelum diletak frosting.
5. Untuk frosting, masukkan kesemua bahan kecuali potongan mangga kedalam mangkuk. Pukul sehingga kental. Hiaskan diatas cupcake bersama potongan mangga. ABM letak juga salted caramel sauce for extra special.

*ABM korek kat bahagian tengah cupcake, pastu masukkan isi magga dalam tu. kekonon mcm surprise lah gitu. hahaha*

ENJOY!
Salam Syaaban!

Tuesday, May 20, 2014

Resepi 321 : Green Tea Cake with Red Bean Paste Cream - Classic Japanese Style

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat kek yang
konon2nya ala2 Japanese style lah sikit.
Bukannya apa, kebanyakan kuih2 jepun ni
kalau ada perasa green tea je,
mesti digabungkan dengan red bean paste.
So, idea ni Alhamdulillah tetibe muncul,
terus nak cuba buat invention la sikit kan.


Resepi pulak ABM buat cara paling mudah sekali.
Dan ABM jugak tak delah nak buat saiz besa,
cuma pakai loyang 15cm je.
Sekadar ingin nak rasa gabungan kalau dijadikan
sebagai cake flavor.
Alhamdulillah la sedap jugak.
Sesape peminat green tea or japanese cuisine,
in sha Allah akan suka lah kek ni.
Nak try? boleh la rujuk resepi kat bawah ni


CARA CARA
(15cm x 3 loyang)

Green Tea Cake
3 biji telur
150g butter
25g minyak sayuran/jagung
175g tepung gandum
160g gula kastor
2 1/2 sudu kecil baking powder
2 1/2 sudu besar pure green tea powder

Red Bean Paste Cream
1/3 cawan smooth red bean paste
200ml non dairy whipping cream
2 sudu besar gula kastor - ikut citarasa


CARA CARA

Green Tea Cake
1. Satukan kesemua bahan2 kedalam mangkuk. Putarkan adunan sehingga sebati. Jangan overbeat. Bila dah combined je, terus stop.
2.  Bahagikan kek kepada 3 bahagian sama rata. Kemudian, bakar didalam oven yg sudah dipanaskan 180c selama 17-23 minit. Bergantung pada oven masing2. 
3. Sejukkan diatas redai sepenuhnya.

Red Bean Paste Cream
1. Satukan kesemua bahan kedalam mangkuk. Pukul sehingga kental.
2. Hiaslah kek ikut citarasa masing2
3. ABM tambah peanuts dengan butterscotch sauce kat atas nye utk hiasan dan rasa.

ENJOY!

Monday, May 12, 2014

Resepi 319 : Black Forest Cupcakes - Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat cupcake ni
bersempena dengan sambutan hari ibu.
Walaupun my emak nun jauh kat Malaysia tu
Tapi feeling buat cupcake ni
seolah2 cam buat kat Malaysia pulak.
Tp ape yang lainnya,
my emak tak dapat rasa cupcake sy ni. huhu
Tapi takpelah, as long as my emak
sihat walafiat disana, dan cukup dah. :)


Okeylah, berbalik pada menu kita hari ni,
resepi ABM dapat dari blog cooking classy.
Simple dan mudah diikut.
So, sesape yang nk try tu,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni ya.
Kalau tak paham bahasa melayu,
boleh gi blog cooking classy tu dalam bhse inggeris. hihi


BAHAN BAHAN
(12 cupcakes)

Cupcakes

A
100g dark chocolate - diparut halus
1/3 cawan cocoa powder
3/4 cawan air panas

B
1 cawan tepung gandum (resepi asal guna tepung roti)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonate

C
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan + 2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu kecil cuka jernih
1 1/2 sudu kecil esen vanila

\Frosting
1 1/2 cawan whipping cream
sedikit cherry pie filling (utk surprise dlm kek) *optional*
1/4 cawan gula
12 biji cherry segar untuk hiasan
hirisan coklat utk hiasan (ABM guna coklat ganache)


CARA CARA

1. Satukan bahan A, bahan B dan bahan C didalam 3 mangkuk yang berlainan. Sejukkan bahan A didalam peti ais selama 20 minit sebelum mencampurkan bahan2 lain.
2. Bila dah sejuk, satukan bahan A kedalam bahan C. Kacau sebati. Kemudian, masukkan bahan B dan kacau rata. Jangan overmix adunan pulak ya. bila dan sebati tu terus stop. Tak payah gigih sgt.
3. Panaskan oven 170c. Masukkan adunan kedalam 12 acuan sama rata 3/4 penuh ja. Jangan letak penuh2 pulak nanti melimpah. Bakar selama 17-20 minit bergantung pada kepanasan oven masing2. Cucuk dengan lidi, lau bersih je lidi tu, dah masak la maknenye. Sejukkan diatas redai 5 minit, lepastu barulah keluarkan cupcake dari cupcake pan. Sejukkan sepenuhnya sebelum difrostingkan.
4. Untuk frosting, masukkan whipping cream dan gula. Pukul sehingga kental. Lubangkan cupcake di tengan, kemudian, masukkan cherry pie filling sikit didalam lobang tu. Kemudian, tutup balik dengan kek yg dikorek tadi. Buat sehingga habis.
5. Paipkan frosting kat atas cupcake dan hiaskan dengan cherry segar dan coklat.

ENJOY!

Monday, April 28, 2014

Resepi 316 : Sirap Bandung Cincau Cupcakes - ABM`s signature cupcakes?

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Haaa, mesti terkejut kan tengok nama
cupcakes ABM kali ni.
Memang satu kelainan sikit ABM nk ketengahkan
dalam resepi kali ni.
Ada lah unsur2 Malaysian dalam
resepi ABM kali ni kan.


Bila ABM google,
tak ada lagi rasanya yang buat cupcakes
perasa Bandung Cincau ni.
So, ABM claim as my signature cupcakes ley x?
hahahaha.
Sebenarnya nak bawak manisan untuk makan2
serta picnic dibawah pokok sakura.
Haritu ade order cincau.
Tup2 terus dapat idea nak buat cupcakes sirap bandung ni.


Alhamdulillah, mendapat good feedback dari
kawan2 yang rasa cupcakes nih.
Experiment menjadi akhirnya. Alhamdulillah.
So, kat sini ABM adelah nak kongsi resepi
untuk buat cupcakes nih.
Tak rugi cuba tau.
Bila makan, macam tengah minum sirap bandung cincau je!
hihi


BAHAN BAHAN
(12 +/- cupcakes)

Rose Cupcakes
6 sudu besar butter
1 cawan gula kastor
1/4 sudu makan garam
1 sudu kecil vanilla extract
1 1/4 sudu kecil esen rose
2 biji telur
1 1/4 sudu kecil baking powder
1 1/3 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu segar

 Sirap Bandung Frosting
200ml non diary whipping cream
2 sudu besar ibu sirap rose
3 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula kastor - ikut citarasa
50g cream cheese

Cincau dipotong dadu secukupnya


CARA CARA

Rose Cupcakes
1. Didalam mangkuk, masukkan butter, gula, garam. Putar sehingga kembang dan pucat lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan esen vanilla dan esen rose. Putar sebati.
3. Masukkan pula telur satu persatu dan putar sebati.
4. Satukan tepung dan baking powder didalam mangkuk lain dan ayakkan.
5. Masukkan adunan tepung dan susu berselang seli. Tepung-susu-tepung-susu-tepung. Gaul sebati. Jangan overmix adunan ya.
6. Tuangkan kedalam bekas cupcakes 2/3 penuh dan bakar didalam oven yang dipanaskan 180c selama 15-20 minit atau sehingga cupcakes masak. Bergantung pada oven masing2 ya. Sejukkan dahului sebelum difrostingkan.

Sirap Bandung Cincau Frosting
1. Didalam mangkuk, masukkan cream cheese, gula, susu pekat, ibu sirap dan putar sehingga berkrim.
2. Masukkan pula whipping cream dan putar sehingga kental dan mudah untuk dipaip.
3. Bolehlah difrosting cupcake nya dan taburkan cincau diatasnya.
4. Cincau hendaklah dikeringkan dahulu menggunakan kitchen paper. Kalau tak nanti frosting tak cantik.

ENJOY!

Sunday, April 13, 2014

Resepi 312 : Snow Cheesecake - serta ABM di Majalah MIDI 15 April 2014

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Makin bersawang ya blog ABM nih.
Bila tgk post sebelum ni bulan march.
Wah, hampir sebulan jugak tak update apa2.
Sori ye. Bukan ape, agak ke'busy'an sedikit 
sebagai seorang pelajar.
Maklumlah baru masuk sem baru.
Macam2 kene buat.
Alhamdulillah juga ABM dapat naik ke final year
for my Degree.
In sha Allah, ada lagi setahun lagi kat bumi sakura ni
untuk meneruskan pengajian sebagai seorang pelajar degree.

Kali ni ABM nak kongsi resepi Snow Cheesecake.
Sebenarnya dah lama dah buat kek ni.
Cuma tak berkesempatan nak taip resepi.
Kira ni menu "throwback" lah. haha
Resepinya ABM rujuk kat blog Hana Memories
Thanks for the recipe,
Sedap sangat!


Bila tengok tajuk kat atas ni,
ada lagi satu berite gembira.
ABM dijemput oleh majalah Midi untuk berkongsi resepi
dalam majalah tersebut
untuk keluaran edisi 15 April 2014.
Terima kasih sangat2 kat majalah Midi kerana sudi
offer ABM peluang sebegini rupa.


Tq kepada semua kawan2
serta pengunjung blog ni yang tak henti2
singgah sini.
Walaupon ABM dah lama tak update resepi
Tapi ada saja pengunjung yang datang untuk
mencari idea memasak.
Tanpa anda siapalah ABM.
tq very very very much!


BAHAN BAHAN
(20cm)

kek cheese sponge
4 keping sliced cheese - jenama KRAFT dll
170ml susu segar
70g butter
80g gula halus
80g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder - diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

topping
200g cream cheese
1/3 tin susu pekat (ikut citarasa kemanisan msng2)
1/2 cawan non dairy whipping cream
parutan keju cheddar secukupnya


CARA CARA

kek cheese sponge
1. Siatkan sliced cheese dan masukkan kedalam periuk. Masukkan sekali susu segar dan gunakan api kecil, kacau sehingga cheese cair. Kemudian, masukkan butter dan kacau sehingga butter cair dan sebati. Matikan api. Adunan tidak perlu didihkan.
2. Asingkan putih dan kuning telur. Kemudian, didalam mangkuk bersih, putarkan putih telur dan gula sehingga bertanduk (kental).
3. Didalam mangkuk lain, putarkan kuning telur dan esen vanilla lebih kurang 2 minit. Kemudian, masukkan adunan susu. Kacau menggunakan whisk.
4. Kemudian, masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masukkan pula adunan putih telur dan kaup balik sebati. Jangan overmix adunan tu ya.
5. Masukkan adunan kedalam loyang. Kemudian, bakar dengan teknik waterbath (letakkan air panas didalam loyang lebih besar, kemudian, letakkan loyang berisi adunan kek tadi didalam loyang berisi air panas tadi) Jika gunakan loyang springform, balut luar dengan aluminium foil dahulu
6. Bakar didalam oven yg sudah dipanaskan 160c dan bakar selama 50-60 minit. Bergantung pada oven.
7. Biarkan sejuk sebelum dipotong dua dan difrostingkan.

topping
1. Putarkan cream cheese sehingga berkrim. Kemudian masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati. Masukkan whipping cream dan putar sehingga adunan memekat dan mudah untuk dikendalikan (tidak terlalu cair)
2. Hiaslah kek ikut kreativiti masing2

p/s : Jika nak topping leleh, tak payah masukkan whipping cream.

ENJOY!

Saturday, March 22, 2014

Resepi 311 : Graduation Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Wah, lama jugak ABM tak update resepi eh.
Maklumlah, baru saja balik Jepun semula ni.
Kat malaysia aritu xde feel sgt nak update resepi kat blog.
Knape ntah. Bila dh balik jepun baru lah terasa nak update.
Sory ye kengkawan, hihi


Baiklah, semalam adalah majlis graduasi utk
senior2 yang dah grad untuk tahun ni.
Tahniah untuk senior2!
Insha Allah jika tiada aral, tahun depan giliran ABM pula.
Aminn, in sha Allah.


Tetibe terfikir nak buat cupcake yang ada tema graduasi.
Pastu, teringin pula nak buat red velvet.
So, terjadilah cupcake ni.
Untuk hiasan topi diatas kek tu ABM guna fondant jer.
Resepi ABM rujuk dari blog kak Hasue


BAHAN BAHAN
(12-16 cupcakes)

250g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk koko
113g butter
160g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
240ml buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 susu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat


CARA CARA
1. Ayakkan sekali tepuung, baking powder, garam dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Didalam buttermilk, campurkan esen vanilla dan pewarna merah. kacau rata.
3. Didalam mangkuk, masukkan butter dan gula. Pukul sehingga pucat. Kemudian, masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan sehingga kembang.
4. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan bahan kering (adunan tepung) berselang seli dengan adunan buttermilk. pukul sebati.
5. Didalam mangkuk kecil, masukkan soda bikarbonat dan cuka. gaul dan masukkan dengan segera kedalam adunan cupcake. Gaul rata.
6. Masukkan kedalam bekas cupcake 2/3 penuh dan bakar didalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170c dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing2. 
7. Sejukkan diatas redai dan bolehlah dihias diatasnya dengan simple frosting yang digemari. ABM guna cream cheese frosting.

ENJOY!

Monday, February 24, 2014

Resepi 310 : Chocolate Oreo Cupcakes

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat satu cupcake
yang diberi nama Chocolate Oreo Cupcake.
Sebenarnya sesaje je nak buat cupcake ni.
Maklumlah baru je beli Oven baru kat umah ni
yang saiz besar punya 50L tu.
Excited lebih lah.
Oh, anyway, ABM skrng ada kat Malaysia.
Cuti kejap.
Belikan la kat mak oven saiz besa.
Senang sikit nak bakar biskut time raya nanti.
Takdelah bakar sikit2 guna oven yang kecik kan.


So, untuk resepi kali ni,
ABM rujuk kat SINI
Resepi asal coklat cupcake je.
Tapi, ABM bubuh biskut oreo yang dihancurkan
kat dalam cupcake ni.


BAHAN BAHAN
(12-15 biji cupcakes)

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan tepung naik sendiri
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan butter - disuhu bilik
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu segar
8 keping sandwiched Oreo - dihancurkan kasar

frosting
100g cream cheese
200g non-dairy whipping cream
4sudu besar gula kastor - ikut citarasa



CARA CARA
1. Ayakkan serbuk koko, tepung naik sendiri dan garam. Ketepikan
2. Didalam mangkuk, masukkan butter dan gula. Pukul sehingga kembang dan pucat. Kemudian, masukkan telur satu demi satu sambil pukul sebati.Kemudian, masukkan esen vanilla dan pukul rata.
3. Masukkan 1/3 adunan yang diayak tadi kedalam adunan mentega. Pukul rata. Kemudian, masukkan separuh susu dan pukul rata. Ulang step ini selang seli dengan adunan susu dan tepung. Langkah ini hendaklah diakhiri dengan adunan tepung ya. Tepung-Susu-Tepung-Susu-Tepung. Pukul sekadar sebati sahaja. Jangan over pukul adunan pulak.
4. Masukkan oreo yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Masukkan kedalam cawan yang hendak dibakar 3/4 penuh. Isi sehingga habis. Bakar didalam oven 180c selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu barulah difrostingkan.

frosting
1. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati. Kemudian, tuangkan whipping cream dan pukul sehingga kembang. Sedia untuk dihias diatas cupcake.

ENJOY!