Wednesday, September 10, 2014

Resepi 333 : Red Velvet Cheese Brownies

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Harini agak gatal tangan lagi
nak menyebuk kat dapur my mom.
So, terhasillah brownie ni.
Sebabnya bukan apa,
21hb sept ni ABM akan balik semula
ke Jepun tu.
Jadi kalau tak digunakan bahan2 yg ABM beli aritu,
memang sampai ke sudah la tak ada yang guna.
So, daripada membazir, ABM pon buat jelah kek ni.
Lagipon pembuatannya simple jugak lah.
Memandangkan my family tak suka sangat kek2 
yang ada sapu2 krim ni,
jadi ABM buatlah brownies ni.


Resepi ABM ambil dari blog Spices Journey.
Sedap sangat keknya.
Thanks for the recipe ya.
Cuma sukatan pada cheese ja ABM kurangkan sikit.
Maklumlah stok krimcis sikit ja. haha
So, sesape yang nak try boleh la jenguk2
resepi kat bawah ni ya.


BAHAN BAHAN
(9x9 atau 10x10 loyang petak)

Kek Red Velvet
250g butter (lagi sedap guna yg high quality)
1/2 cawan minyak jagung (kurangkan ke 1/3 cawan pon okey)
2 sudu besar serbuk koko (ABM guna 1 1/2 sudu besar je)
200ml yogurt (ABM guna buttermilk; susu segar+1/2 biji jus lemon)
1 1/4 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
2 cawan tepung kek (ABM guna tepung gandum biasa)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecik cuka/jus lemon
1 sudu besar pewarna merah

Lapisan Cheese
250g cream cheese (resepi asal guna 350g)
1 cawan gula icing
1 biji telur gred A
1 sudu besar jus lemon


CARA CARA

Kek Red Velvet
1. Didalam periuk, masukkan butter dan minyak. Gunakan kaedah double boiler/gunakan api yang kecil, cairkan mentega bersama minyak. Matikan api dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.
2. Buttermilk/Yogurt tadi dimasukkan kedalamnya pewarna merah. Kacau rata. Tepung, garam dan serbuk koko diayak sekali. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk besar, masukkan telur dan juga gula. Pukul sehingga sebati dan pucat. Masukkan pula mentega dan minyak yang dicairkan sekali tadi dan pukul sebati. 
4. Kemudian, masukkan pula buttermilk/yogurt dicampur dengan pewarna merah tadi kedalam adunan. Pukul sebati.
5. Masukkan pula bahan diayak tadi kedalam adunan sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
6. Asingkan 3 sudu besar adunan didalam mangkuk kecil utk buat corak diatasnya nanti.
7. Didalam mangkuk kecil, masukkan cuka/jus lemon. Kemudian, masukkan pula soda bikarbonat didalamnya. Soda akan bertindak balas pada acid, jadi cepat2 masukkan kedalam adunan dan gaul sebati.
8. Masukkan adunan kedalam loyang yang sudah di letakkan baking paper. Bakar didalam oven yang SUDAH dipanaskan 175C dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek masak. Bergantung pada oven masing2 ya.
9. Sementara tunggu kek masak, buat lapisan untuk cheese pula.

Lapisan Cheese
1. Didalam mangkuk, masukkan cream cheese yang disuhu bilik (lembut). Pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan gula icing dan pukul sebati.
3. Masukkan pula telur dan pukul sebati. Kemudian, masukkan juga jus lemon dan gaul rata.
4. Bila kek dah siap, Masukkan lapisan cheese kedalam loyang. Adunan merah yang diasingkan tadi diletakkan kedalam piping bag. Picitkan adunan keatas adunan cheese tadi dengan corak memanjang. Kemudian, lorekkan menggunakan lidi. Sambung bakar 20-30 minit sehingga adunan cheese tadi masak.

ENJOY!

2 comments:

Sue Bee said...

penah cuba buat rv, tapi mcm ada yang kurang..SB guna resepi awak pulak kali ni,k.

maz said...

Bang,sy nak tanya apa function guna minyak eh? Sebab sebelum ni tgok resepi cupcakes mesti kena letak minyak.bila sy letak ikut sukatan dia jadi macam likat dan kek tu terbantut nak naik bila masak.