Tuesday, June 17, 2014

Resepi 323 : Chocolate Pretzel Brownies

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kali ini ABM kongsikan satu resepi brownies
yang sangat lah sedap dengan
kewujudan pretzel kat dalam brownies ni.
Memandangkan ABM guna Chocolate Pretzel,
ABM bubuh la chocolate pretzel brownies kat nama atas tu.
Kalau tak ade chocolate brownies ni kat pasaraya terdekat,
gunalah pretzel yang anda jumpe.
Caramel pretzel atau yg original punya pon
would be nice too.


Okeylah, resepi ABM rujuk kat blog Squirrel Bakes ni.
Tapi, ABM ubah la sikit2 ikut kesesuaian.
Mudah sangat lah. Namanya pon brownies kan.
Memang senang nak buat.
Cuma kalau ada penyakit M tu je yang susah sikit.
hahahaha.
Okeylah, sesape yang nk cuba,
boleh rujuk resepi kat bawah.


CARA CARA
(loyang 10 inci x 8 inci)

110g chocolate bar - dipotong kecil
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pretzel yg dihancurkan kasar
beberapa pretzel utk dibubuh atas brownies


CARA CARA
1. Gunakan kaedah double boiler, cairkan coklat dan butter didalam mangkuk tahan haba. Bila dah cair, alihkan daripada double boiler dan biarkan sejuk disuhu bilik.
2. Masukkan gula dan vanilla kedalam adunan coklat. Kacau sebati. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
3. Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam hendaklah diayak sekali. Kemudian, masukkan kedalam adunan coklat dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pretzel yang dihancurkan tadi kedalam adunan dan gaul sebati.
4. Tuang kedalam loyang dan ratakan. Susun pretzel diatas adunan dan tekan sedikit pretzel tersebut. Bakar didalam oven 180c selama 30 minit atau sehingga pretzel masak. Bila dicucuk dengan lidi, tiada adunan yang basah melekat pada lidi tersebut.
5. Sejukkan sepenuhnya disuhu bilik barulah dipotong.

ENJOY!

13 comments:

Umie Jazz said...

terbaekkk ABM...nmpk pn mmg menyelerakan....

Cheq Sue said...

ABM... ada email x? Cheq sue ada nk tya something

A.B.M said...

Umie,
boleh la cuba lps ni. hihi

A.B.M said...

cheq sue,
ade2, boleh email kat sini
alepiskandar@gmail.com :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

menarik hati sangat ni ABM!!!

Sue Bee said...

kalo nak cair kan coklat,guna microwave oven bole ke ABM?

A.B.M said...

serikandi,
dh boleh la buat jugak nih. hihi

A.B.M said...

sue bae,
boleh juga guna microwave. Tapi pastikan panaskan didalam microwave pada setiap 40sec sehingga coklat cair.

Caranya,
Masukkan coklat dlm bekas tahan haba. Microwavekan 40sec. Keluarkan, dan kacau. Masukkan kembali dlm microwave selama 40sec dn keluarkan serta kacau lagi. Ulang step sehingga coklat cair sepenuhnya. Ini kerana kita tak boleh microwavekan coklat dlm jangka masa panjng untuk mengelakkan coklat hangus. :)

Honey said...

Salam Alif,

Boleh cuba ni! :)

Bicara Kak Noor said...

salam abm, akak pun teringin nak buat sbb pretzel dah ada ni mesti sedapp

Bicara Kak Noor said...
This comment has been removed by the author.
cheq da said...

rajin tul ABM

Sudiana Kamal said...

ABM.... saya banyak dh cuba resepi ABM.... mmg power dan sedap... terima kasih kongsi resepi. Nak tnya pretzel brownies ni brape hr boleh tahan... ingat nk buat doorgift