Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Resepi 318 : Roasted Chicken and Potatoes

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Beberapa hari lepas ABM ada buat
ayam panggang ni.
Tak sempat pulak nak update sebab
malas yang teramat.
So, hari ni diberi kekuatan utk kongsi resepi kat sini.
Oh ya, sebelum tu,
ABM nak ucapkan terima kasih banyak2
kepada kamu kamu semua yang sudi jejakkan langkah
di blog ABM ni.
Berkat korang terus menyokong ABM,
kini pageviews ABM dah cecah lebih 1 juta!
Terima kasih banyak2 untuk tempoh 2 tahun lebih ni.
Dan juga untuk hari2 yg akan datang.
Jangan serik tau singgah blog ABM ni hihi


Okeylah berbalik pada menu harini,
ABM rujuk resepi di Laura in the Kitchen.
Menunya yang sangat simple dan
bahan perapan pulak menggunakan herba2 mat saleh.
Memang sedap lah.
Lain kali mmg nak cuba buat lagi.
So, kalau sekali sekala nak tuka selera,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni



BAHAN BAHAN

1 kilo ayam (kalau boleh bhgian thighs dan drumstick)
ABM tambah sosej sikit :p
2 sudu besar serbuk paprika
2 sudu besar herba rosemary segar
2 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar serbuk bawang kuning
2 sudu kecil herba thyme kering
2 sudu kecil herba sage kering
1 sudu besar mustard
1/3 cawan olive oil
3 sudu besar lemon juice
12 ulas bawang putih
garam secukup rasa

perapan kentang
500g kentang saiz kecil (dibelah 2)
sedikit lagi herba rosemary
garam secukup rasa

p/s : Sukatan diatas anggaran je. Boleh la tambah bahan perapan jika suka. Sebab nak perap ayam ni ikut suka je. haha


CARA CARA
1. Satukan bahan perapan ayam didalam satu bekas. Gaul rata. Kemudian, masukkan ayam gaul sehingga menyelaputi keseluruhannya.
2. Perap selama 4 jam. Atau lebih elok semalaman. Baru rasa tu masuk kedalam ayam.
3. Satukan bahan perapan kentang bersama kentang. (buat langkah ni bila ayam sedia untuk dibakar)
4. Satukan ayam dan kentang didalam dulang pembakar dan bakar didalam oven 200c selama 50-60minit. Bergantung pada oven masing2 ya. Jangan overcook or undercook pulak. :)


SELAMAT HARI IBU SEDUNIA!

ENJOY!

Wednesday, April 30, 2014

Resepi 317 : Homemade Seri Kaya

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kali ni ABM buat
Seri Kaya
untuk dimakan bersama roti dan sebagainya.
Maklumlah, duduk di perantau ni,
teringin pulak nak makan roti dengan Kaya ni kan.
Nak beli kat kedai memang tak ade lah.
Tapi, disebabkan ABM tak ada daun pandan,
ABM gunakan pandan paste.
Sebab tu warna nya hijau lumut sikit.
Warna originalnya warna kuning keemasan.


Resepi ni sangat mudah,
Bahan pon sikit je yang digunakan.
Resepi asal ABM rujuk di blog Che Mat Gebu kita tu.
Tapi, ABM alter sikit2.
Che Mat gunakan whole eggs,
Tapi ABM gunakan kuning telurnya sahaja.
Sebabnya untuk dapatkan tekstur seri kaya yang lebih licin.
Kalau sekali sekala surirumah2 nak buat homemade seri kaya,
apa salahnya kan.


 BAHAN BAHAN

Seri Kaya
4 biji kuning telur saiz besar
300ml pati santan segar (ABM guna dalam kotak)
200g gula kastor
2 helai daun pandan disimpul (ABM guna paste pandan)
garam secukup rasa

Caramel
60g gula pasir
130ml air


CARA CARA

Caramel
1. Didalam periuk kecil, masukkan gula. Biarkan gula menjadi karamel keperangan. Jangan terlalu hitam sangat ya. Nanti pahit pulak.
2. Kecilkan api dan dengan segera masukkan air kedalamnya. PASTIKAN anda jauh sikit dari dapur ketika masukkan air kedalam periuk berisi karamel kerana karamel memercik. HATI HATI ya!

Seri Kaya
1. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan gula, Kacau sebati. Masukkan pula garam dan pati santan. Kacau sehingga gula larut.
2. Dengan perlahan, masukkan air karamel yang panas tadi kedalam bekas berisi adunan santan. Masukkan sambil mengacau adunan. Nanti berketul pulak.
3. Nak selamat, tapiskan adunan dan masukkan kembali kedalam periuk.
4. Gunakan api sederhana. Gunakan senduk kayu dan kacau adunan sehingga menjadi seperti kastard. Ketika ini, adunan akan berbuih dan pekat.
5. Kecilkan api dan teruskan mengacau. Buih2 pada adunan akan mulai hilang dan adunan semakin licin dan berkilat. Tapi masih belum likat dan pekat. Teruskan mengacau lebih kurang 45-60minit.
6. Adunan akan semakin likat dan berkilat. Jika dah pekat bagi anda, matikan api. Adunan akan menjadi lebih likat ketika sejuk.
7. Sementara tunggu adunan likat, bekas kaca untuk seri kaya hendaklah direbus dengan air panas. Ini untuk menjadikan seri kaya lebih tahan lama. Rebus bekas dengan penutupnya. Kemudian, keringkan. Barulah boleh dimasukkan seri kaya yang dah siap tadi kedalamnya.
8. Jika seri kaya sudah berada pada suhu bilik, boleh lah dimasukkan kedalam peti ais untuk jangka hayat lebih lama.

ENJOY!


Wednesday, February 12, 2014

Resepi 308 : Cornflakes Chicken Bites

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kali ni ABM nak kongsi satu menu
yang sangat mudah,
tapi tersangat lah sedap kalau nak buat minum petang
ataupun nak buat menu sampingan makan malam
atau makan tengah hari.
Menu kali ni ABM main bubuh je
ape yang ada kat dapur.
Tak ada sukatan yang tetap.
So korang boleh lah nak letak banyak mana
ikut citarasa masing2.


Dan untuk food photography kali ni,
ABM ada setup baru untuk shoot photo makanan.
Sangat excited sebab guna setup baru tu.
Boleh la shoot gamba macam
food-photographer-la-konon
hihi.
Okeylah, sapa yang nak cuba,
boleh rujuk bahan2 resepi di bawah.
ABM nak sambung study dulu.
Esok paper last final exam!
Tak sabar nak cutiiii!


BAHAN BAHAN

3 keping chicken boneless (ABM guna legs)
- dipotong bites size

bahan perap
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya
dry oregano secukupnya
dry basil secukupnya
fresh parsley secukupnya - dicincang halus
lada sulah secukupnya

bahan coating
3 biji telur - dipukul sedikit
tepung secukupnya
cornflakes secukupnya - diramas hancur
parmesan cheese secukupnya


CARA CARA
1. Ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan hendaklah diperap bersama bahan2 perapan selama setengah jam.
2. Panaskan kuali berisi minyak penuh.
3. Sediakan 3 mangkuk. Mangkuk pertama diisi dengan tepung. Mangkuk ke dua diisi dengan telur. Mangkuk ketiga diisi dengan cornflakes dan parmesan cheese.
4. Golekkan ayam mengikut step berikut. Golekkan di tepung > telur > campuran cornflakes dan parmesan cheese. Buat sehingga habis dan goreng sehingga keperangan.

ENJOY!

Sunday, January 12, 2014

Resepi 303 : Rojak Mee ala Perantau

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah,
hari ni ABM buat menu rojak mee.
Memang favourite ABM nih.
Idea nak buat rojak mee ni datang
bila ternampak kawan abm pos dy makan rojak mee
kat Malaysia.
Sangat terliur ye bila tengok gamba tu dengan kuah
rojak mee ni yang melimpah.
Dan syukur diberi kesempatan
untuk buat rojak mee ni kat Jepun.


Oh, sebelum terlupa, nak minta maaf sangat2
sebab dah lama tak bersiaran kat blog ni.
Baru2 ni ABM menerima tempahan kek
oleh kawan2 kat jepun ni.
So, mmg tak ada masa nak update dan membebel 
kat sini.
Tapi, ABM belum lagi lancarkan nya secara rasmi.
Memandangkan akhir bulan ni dah nak final exam,
pastu, after final exam, ABM akan balik malaysia,
memang tak best lau nak lancarkan sekarang.
In sha Allah, after ABM balik semula ke jepun around
pertengahan bulan 3 nanti,
ABM akan lancarkan secara rasmi
ABM Petit Sweets Factory dan ambil
tempahan yang mana ABM mampu dalam 
satu2 minggu nanti.
Kat sini ABM sertakanlah sekali logo rasmi
ABM petit sweets factory tu.
Sambil2 membantu kawan2 kat jepun ni
mencari kek yang halal kan,
apa salahnya berniaga kecil2an.


Habis cerita pasal tempahan and so on,
sekarang nak cerita pasal resepi ni.
Untuk resepi ni,
ABM rujuk di blog secuitrasaumiejazz
Main part nak buat rojak mee ni adalam sos nya.
Dan semestinya kene ada Mee!
Untuk sayur2 dan filling yang lain,
boleh la bubuh apa yang best.
ABM malas nak buat jemput2 utk rojak mee ni.
Asal boleh je la kan.
Kalau rajin, boleh la buat sekali dengan jemput2 nye ya.
Untuk cara penyediaan sos kacangnye tu,
ABM buat cara ABM sendiri sebab 
ABM tak berapa jelas dengan cara yg ditunjukkan kat blog tu.
So, ABM bpun buatlah macam masak kuah kacang haha.
Kalau ikut resepi kat bawah ni,
kuah kacangnya agak banyak,
jadi kalau nk mkn utk 1-2 orang tu,
bolehla separuhkan adunan.
Kalau mmg suka nak tambah2  dan
korang mmg suka kuah rojak ni,
boleh la ikut ja sukatan kat bawah.



BAHAN BAHAN

kuah rojak
500g keledek - direbus dan dilecek halus
1 1/2 sudu besar udang kering - direndam dan ditoskan
200g kacang tanah - disangai dan dikisar halus
10-15 tangkai lada kering - direndam air panas
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (ABM 1 biji bawang kuning)
1 liter air
1/4 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula (ABM guna gula merah+gula biasa) - ikut citarasa
sedikit garam

bahan sampingan
mee kuning secukupnya
taugeh
timun
tauhu
telur rebus
daun salad
fishcakes
dan apa2 yang difikirkan sesuai


CARA CARA

kuah rojak
1. Kisarkan udang kering, lada kering, bawang besar, bawang putih sehingga halus.
2. Panaskan minyak (jumlah minyak kne bnyk sikit sebab nak masak sambalnya dulu), masukkan bahan kisar. Kacau dan masak sehingga terbit minyak dan garing.
3. Masukkan keledek yang sudah dilecek dan kacang tanah. Gaul sebati. Kemudian, masukkan air dan kacau sebati.
4. Kacau dan reneh sehingga mendidih. Kemudian, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Gaul dan masakkan sehingga mendidih lagi. Rasa kuah, jika terkurang apa2, boleh tambah gula, garam atau air asam jawa.
5. Bila kuah dah memekat, dan rasa dah ok, matikan api dan sedia dihidang. Boleh dimakan dengan bahan2 sampingan. (mee kuning hendaklah dicelur didalam air panas bersama sedikit garam dan toskan)

p/s : Kuah akan lebih sedap jika dimakan keesokan harinya. That's what i did! Super delicious!

ENJOY!


Sunday, December 8, 2013

Resepi 297 : Karipap Pusing (edisi Frozen) - Step by Step

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama tak bersiaran kat blog ni kan.
Rindu pulak rasenye nak menaip resepi.
Memandangkan hari2 sebelum ni agak sibuk sedikit
ditambah pulak dengan part time job,
tak sempat nk kongsi resepi kat sini.


Okeylah, semalam ABM dan beberapa
kawan ABM kat sini rewang-kecil-kecilan
dengan membuat karipap pusing ni.
Bukan nye sebab takde kerje,
tapi minggu hadapan ABM
akan membuat house warming kat rumah ABM ni.
Tradisi kat sini, kalau baru pindah ke rumah baru,
tuan rumah kena buat house warming.
Dh lama dah nak buat tapi asyik delay je.
So, minggu ni membusykan diri nak buat housewarming ni.
Thanks to Hafiz dan akak Sara sebab tolong mencanai
dan mengelim karipap.
Utk pengetahuan, ni adelah first time kitorang mengelim
karipap pusing ni.
Bselah, name pon first time kan. 
Memang agak tak perfect sangat lah.
Tapi ok lah kan utk first timer. haha.
Untuk resepi ABM rujuk kat blog fieza.
Untuk cara mengelim, ABM rujuk kat youtube <klik sini>


BAHAN BAHAN
(lebih kurang 50-60 biji)

Inti Kentang
1kg kentang - dikupas dan dipotong dadu
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang kayu manis
3 sudu besar sebuk kari + sedikit air - jdikan pes
1/2 cawan air - agak2 la eh
garam dan gula secukup rasa
beberapa helai daun kari

Kulit Doh

doh minyak
400g tepung gandum
sedikit garam
1-1/2 cawan minyak sayuran - dipanaskan

doh biasa
600g tepung gandum
sedikit garam
air sejuk secukupnya - ABM tak sukat. TERLUPA!


CARA CARA

Inti Kentang
1. Didalam kuali berisi minyak untuk menumis, masukkan kayu manis. Jika dah naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan pes kari dan kacau sehingga garing sambil menuangkan air sedikit demi sedikit. Masukkan kentang dan gaul rata. Masukkan daun kari dan gaul sebati. Tutup kuali dan gunakan api kecil supaya kentang empuk. Sekali sekala hendaklah dikacau juga kentang tersebut untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika dah ok, matikan api dan masukkan dalam bekas. 

Tips: Nak cepat kentang empuk, rebus kentang yg didadu dahulu separuh empuk. Kemudian, barulah dimasukkan kedalam kuali.

Kulit Doh (step by step)
1. Untuk doh minyak, satukan kesemua bahan didalam bekas tahan haba, gaul guna garfu. Jika adunan dah tak panas, barulah guna tangan. Minyak hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit utk melihat consistency doh tersebut supaya tidak terlalu lembik or keras. Bulat2kan kecil seperti gambar diatas. ABM dapat 30 biji bulatan. Satu bulatan boleh dapat 2 biji karipap.
2. Untuk doh biasa, satukan semua bahan dan uli. Air sejuk hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit. Jika doh tak melekat pada tangan semasa menguli, doh anda siap utk digunakan. Jika masih melekit, tambah lg tepung. Jika keras, tambah lg air ya. Agak2 je. Bulat2 kan 30 biji juga. Saiz doh biasa akan lg besar berbanding doh minyak.




3. Leperkan doh biasa dan gulungkan doh minyak didalamnya.
4. Canai doh memanjang, Gulungkan doh tersebut.
5. Canaikan lagi memanjang (ABM lupa ambik gambar step ni) supaya menjadi seakan segi empat tepat.
6. Gulungkan lagi menjadi gulungan yang pendek. Belahkan kepada dua bahagian. Telangkupkan. Bahagian yang cantik di bahagian bawah (supaya menjadi kulit di bahagian luar)
7. Canaikan doh tadi menjadi bulatan. Jangan terlalu nipis dan jgn terlalu tebal. Isikan inti kedalamnya.
8. Kemaskan di bahagian tepi dan mulakan proses mengelim. Buat sehingga habis.

Proses menggoreng dan frozen
1. Gorengkan didalam minyak penuh separuh masak. Jgn smpai kekuningan. Toskan. Buat sehingga habis. Bila dah sejuk, masukkan kedalam ziplog bag dan masukkan kedalam ruangan sejuk beku untuk disimpan.

ENJOY!


Tuesday, November 19, 2013

Resepi 292 : Mini Burger Malaysia Moden - Suke hati je letak nama

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM update resepi
yang memang tak asing lagi bagi
rakyat malaysia iaitu
Mini Burger Malaysia ni.
Tapi, ABM modenkan sikit
dengan letak nugget kat dalam tu.
Nugget tu pon ABM buat homemade.
Kalau nk beli yg kedai punya pon ok.
Lagi senang.


Utk resepi doh ABM rujuk
kat blog 1resepikuih.
Tapi ABM ganda kan sikit adunannya.
Alhamdulillah menjadi.
Rindu sebenarnya nak makan kuih ni.
Okeylah, lau nk cuba,
bolehlah rujuk resepi kat bawah ya.


BAHAN BAHAN
(16 ketul - bergantung pada saiz)

500g tepung gandum
240ml air suam/susu suam (40-50℃)
4 sudu besar mentega
5 sudu besar gula halus
4 sudu kecil yis

bahan tambahan
timun secukupnya
sambal tumis secukupnya
nugget secukupnya (resepi homemade nugget DISINI)


CARA CARA

1. Didalam mangkuk kecil berisi air suam/susu suam, masukkan yis dan sedikit gula kedalamnya. Gaul rata dan biarkan yis selama 5 minit atau sehingga yis berbuih.
2. Didalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, mentega, lebihan gula tadi dan gaul sebati. Masukkan yis yang telah aktif tadi kedalam adunan tepung dan uli sehingga tidak melekat. Lebih kurang 10-15 minit.
3. Seletah itu, letakkan didalam mangkuk yang di gris sedikit dengan mentega dan tutup mangkuk dengan plastic wrap. Biarkan doh kembang selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
4. Jika sudah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin didalamnya. Bahagikan doh sebanyak 16 bahagian atau lebih. Bulatkan doh dan susun diatas tray. Buat sehingga habis.
5. Tutup doh dengan kain yang bersih dan biarkan doh naik 2 kali ganda lagi. Lebih kurang 45 minit.
6. Panaskan minyak penuh didalam kuali. Apabila minyak sudah panas, gorengkan doh sehingga kekuningan. Gunakan api yang sederhana. Tapiskan minyak dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan dimasukkan sambal tumis, timun dan nugget didalamnya. Cucuk dengan lidi supaya tak teralih.

ENJOY!

Tuesday, October 29, 2013

Resepi 285 : Keledek Goreng Rangup

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Untuk juadah minum petang,
ABM sediakan keledek goreng ni.
Tersangatlah rindu nak makan 
keledek goreng mesia.
Terus beli keledek jepun ni.
Memandangkan dah masuk autumn,
so, banyak la jugak kedai2 yang jual kedelek ni.


Untul resepi,
ABM rujuk dari blog Che Mat.
Memang rangup lah.
Suka sangat!
Thanks ye che mat.
Dan sebagai orang johor,
semestinya makan bende2 yang goreng camni
dengan sambal kicap.
Ade la kawan dari negeri lain nampak pelik
bila ABM makan dengan sambal kicap.
hahaha.
Tu namenye variety of malaysia.
tak semua makan bende yang sama. kan? 
Ok lah, kat bawah ni ade resepinya.


BAHAN BAHAN

Keledek secukupnya
1 cawan tepung beras
1 biji telur
secubit soda bikarbonat
garam secukup rasa
pewarna kuning sedikit
air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)

sambal kicap
20 biji cili padi (ABM guna 10 je)
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar gula
kicap secukupnya
sedikit air jus asam jawa


CARA CARA

keledek goreng
1. Keledek dihiris mengikut citarasa. Basuh bersih.
2. Untuk adunan tepung, satukan tepung beras, telur, soda bikarbonat, garam dan air. Gaul sebati. Kemudian, masukkan pewarna dan gaul rata. Rehatkan 20 minit sebelum digunakan.
3. Bolehlah digoreng keledek tersebut sehingga perang keemasan.

sambal kicap.
1. Tumbuk cili, gula dan bawang putih sehingga hampir lumat. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk.
2. Masukkan kicap dan gaul rata. Kemudian, masukkan jus asam jawa dan rasa. Ikut citarasa ya.

ENJOY!

Wednesday, October 16, 2013

Resepi 281 : Mee Hoon Goreng - Tangkap Muat kata Che Mat

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Sejak kebelakangan ni,
ABM asyik post pasal kek n dessert2 ni kan.
Tak de pon pasal menu2 nasi ke, mee ke.
Bila belek2 barang2 yang bawak dari mesia haritu,
ada lah bwk skali mee hoon.
Terus terasa nak makan mee hoon malam ni.


Terus cari resepi mee hoon kat blog
Bila search mmg banyak lah variasi2 yang che mat buat.
Tp ABM tetibe tertarik dgn headline
"mee hoon tangkap muat" che mat tu.
Yelah, kalau namanya tangkap muat,
mestilah ringkas penyediaannye kan.
So, ABM pon rujuk lah resepi tu.
Tp adelah yang ABM tambah tolak darab bahagi
daripada resepi che mat tu.
hihi. mintak halal ye che mat :D


BAHAN BAHAN
200g mee hoon - yg belum direndam
1 sudu besar cili kisar
1 1/2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
kicap cair secukup rasa
fishcake secukupnya
1/2 cawan hirisan daging ayam
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air secukupnya

bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1.2 sudu besar udang kering - direndam sebelum dikisar



CARA CARA
1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan pula sos cili kedalamnya dan kacau sebati.
3. Masukkan ayam dan fishcake. Gaul sebati dan kacau sehingga ayam benar2 masak. Masukkan sedikit air, garam dan gula kemudian kacau sekata. 
4. Bila dan agak pekat, masukkan mee hoon dan gaul rata. Masukkan pula sawi dan taugeh. Sebatikan sehingga sayur layu.
5. Masukkan kicap cair dan gaul sebati. Jika rasa dah ok dan sayur sudah layu, matikan api dan siap dihidang. Taburkan bawang goreng jika ada.

ENJOY!