Resepi 331 : Congo Bars - terbukti sedap!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah naik sawang dah blog ABM ni kan.
Lama dah tak update blog.
Hari ahad lepas ABM selamat tiba kat tanah air.
Cuti sebulan ja.
Boleh la kan daripada tak cuti langsung.
Bila kat rumah dah ni,
proses membaking pon suam2 kuku je.
Kalau rajin ABM buat la something.
So, ABM pon teringin nak buat congo bars ni.
Sekarang ni makin popular gak eh
makanan ni.
Sesape yang tak suka kek berkrim,
memang sesuai sangatlah.
Bila ABM buat sekali, terasa nk buat lagi.
Sebab bila buat, laju ja habis! haha


Resepi ABM rujuk kat blog Dik An ni.
Tapi cara2 nye saje yang ABM ubah sikit.
Sebab kata orang pukul guna senduk kayu lagi sedap.
Jadi ABM buatlah ikut cara tu.
Bahan2 nya pon ABM ubah sikit ikut mana yg ada kat dapur.


BAHAN BAHAN
(10x10 loyang segiempat)

150g butter
315g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam
280g gula perang
3 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
250g choc chip (ABM tak sukat, bubuh ikut suka)
250g badam keping (ABM tak sukat, bubuh ikut suka)


CARA CARA
1. Masukkan mentega, garam dan gula perang kedalam mangkuk dan pukul dengan senduk kayu sehingga berkrim dan sebati.
2. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan tepung, sedikit choc chip dan sedikit kepingn badam kedalam adunan. Masukkan juga esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan kedalam loyang yg digris dan ratakan. Taburkan lebihan choc chip dan lebihan kepingan badam diatasnya. 
5. Bakar didalam oven yg dipanaskan 160-170C selama 30 minit.
6. Sejukkan di luar dan barulah dipotong.

ENJOY!

Comments

Anonymous said…
Salam. Nak tanya congo bar ni kalau takmasukkan dlm ocen boleh tak ? I mean guna alternatif lain. Mcm kukus ke. Boleh tak ? Rasa2 mcm mana ?
Anonymous said…
**oven
A.B.M said…
anon,
congo bars tak sesuai dikukus. mmg kne bakar jugak. :)
nadira said…
kna pnskn oven 30 minit..ble dh msukkn dlm oven tu
still maintain suhu ke lower kn
Anonymous said…
cnang n nmpk sedap
nti nk try la buat raya haji nie..hee =D
Norfaziela said…
This comment has been removed by the author.
Norfaziela said…
Api atas bawah ke , atau api bawah saje ye :)

Thanks :)
A.B.M said…
norfaziela,
guna api atas dan bawah. :)
nadira said…
dh try..byk kali dh buat
whole family suka..mmg best
Unknown said…
Pakai loyang saiz ape ye?
Unknown said…
Pakai loyang saiz ape ye?
Anonymous said…
sudu kecil tu teaspoon ke?
nadira said…
loyang saiz 10 x 10 (segi empat)
Anonymous said…
Klu oven kcil brape suhu nye kak...
Anonymous said…
salam abm, nk tnye cket boley... texture congo ni more to cake or cookies ek?... sy pnah mkn, texture nye keras,,, tp bile try buat, mcm kek pulak.. huu.. tq.��
Anonymous said…
boleh x sy taw congo bar nie boleh tahan bpe lama? sbb nk buat door gift..
mummy said…
sedap...tahan dalam 7-8 hari jugak..sesuai buat doorgift
Unknown said…
Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

Jemput ke blog saya

http://norzuryati.blogspot.com

~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..
Unknown said…
Ari diana buat pun gune resipi dikan
Mummy Hana said…
Macam senang je buatnya..teringin nak buat..tgk resepi senang so bleh la buat..hehe..

Thanks utk resepi... (^_^)
Mummy Hana said…
Macam senang je buatnya..teringin nak buat..tgk resepi senang so bleh la buat..hehe..

Thanks utk resepi... (^_^)
Anonymous said…
keras x congo bar ni
Anonymous said…
Sgt sedap hasil nya.. Tq utk resipi ni ��
Tak manis & lembut.. Pakai micowave oven pun bole jd ��
Anonymous said…
Sis kalau pukul guna hand mixer boleh x?
Unknown said…
kalo nak guna loyang 9x9 boley tak ?
Anonymous said…
Thanks chef. Sy try sngat sedap. Butter sy guna unsalted scs n brown sugar sy kurangkan sikit.. lin

Popular Posts