Wednesday, August 13, 2014

Resepi 330 : Roti Bagels

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama jugak ABM tak bersiaran ya.
Alhamdulillah, dah habis dah semester kali ini.
So, secara tak officialnya, in sya Allah ABM ada lagi
6 bulan utk menghabiskan pengajiaan di bumi Jepun ni.
Mudah2an segalanya berjalan lancar.
Okeylah, kali ni ABM nak kongsi satu resepi roti
yang diberi nama Bagels.
Bagel ni bentuknya seperti donat tapi saiznya lg besar lah.
Rasa bagels ni pulak rangup di bahagian luar
dan lembut di bahagian dalam.
Tekstur nya pula slightly chewy disebabkan 
sebelum membakar bagels,
bagels hendaklah direbus terlebih dahulu.
Tapi sangat sedap.
Utk filling nya pula boleh bubuh sweet or savory.
ikulah citarasa masing2.


Resepinya pula ABM ambil dari youtube Lindslay Landis.
Sesiapa yang ada masa terluang tu,
boleh la cuba resepi ni.
Memang marbeles lah.
Ni jugak merupakan festime ABM rasa bagels
haha.
So, sesape nak cuba, boleh rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(8 biji bagels)

Untuk Doh
1 cawan air suam (suhu lebih kurang 43℃)
1 sudu besar madu
1 1/2 sudu kecil instant yis
2 sudu kecil garam
3 1/2 cawan tepung roti

Untuk tabur
Poppy seeds
atau boleh juga guna biji bijan

Untuk air rebusan
2-3 cawan air
2 sudu besar madu
1 sudu besar baking powder
2 sudu kecil garam


CARA CARA
1. Didalam cawan besar, masukkan air suam, madu, dan yis. Biarkan 5 minit sehingga yis aktif (yis akan berbuih). 
2. Didalam mangkuk, masukkan tepung dan garam. Masukkan campuran yis tadi dan uli sehingga 10 minit (jika menggunakan stand mixer, uli sehingga 5 minit). Bila dah menjadi doh yang sempurna, masukkan didalam mangkuk yg di gris dengan minyak. Tutup menggunakan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam sehingga doh kembang 2 kali ganda.
3. Bahagikan doh sebanyak 8 bahagian. Buatkan bentuk bulat dan lubangkan di tengah doh menggunakan jari dengan membentukkan seperti donut. Lubang hendaklah bersaiz lebih kurang 2 inci.
4. Tutup dengan plastik wrap dan biarkan naik lagi selama 10-20 minit. ABM nak makan esok paginya, jadi, ABM simpan didalam peti ais semalaman.
5. Sediakan air rebusan dengan campuran  seperti diatas. Masukkan bagels didalam air yg mendidih dan rebus 1 minit. Bagels hendaklah dalam keadaan terapung. Jika tenggelam, doh hendaklah dibiarkan kembang lagi. Bila dah selesai 1 minit, terbalikkan bagels dan rebus lagi 1 minit.
6. Sementara rebus bagels, panaskan oven 210℃. Bagels yang sudah direbus diletakkan di tray pembakar dan tabur biji poppy atau biji bijan. Bakar didalam oven selama 15-20 minit.
7. Bila dan siap, sejukkan seketika. Bila dah sejuk, belah 2 dan bolehlah sapu jem utk dimakan. Atau juga boleh dibuat ala2 roti burger gitu.

ENJOY!

Tuesday, July 22, 2014

Resepi 329 : Biskut Nestum Badam - Rayaku diperantauan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat lagi satu
menu biskut untuk juadah hari raya nanti
Memandangkan ABM ada bawak nestum
dari Malaysia hari tu,
Jadi, teringin la pulak nak buat biskut nestum ni
Lagipon nestum ni kan ada rasa lemak2 sikit
Memang sedap lah kan.


Resepi ABM rujuk dari blog citarasawan.
Tapi ABM ada olah dari segi sukatan
dan juga ABM tambah serbuk badam sikit
dalam biskut ni.
Biar rasa special sikit kan. hihi
Memang sedap sangat.
After buka rasa sikit mmg rangup
tapi tak keras lah.
Sedang elok ja kerangupan nya tu.
Sesape yang nk cuba,
boleh la buat utk biskut hari raya nanti.
Dan resepi ni jugak ABM dan kongsikan kat dalam
instagram ABM iaitu @alifiskandar_abm


BAHAN BAHAN
(boleh dapat 100 lebih biskut bergantung pada saiz)

250g butter
100g gula perang
1 sudu kecil vanilla
250g tepung gandum
35g tepung jagung
100g nestum (ABM guna nestum Honey 3in1) - dikisar halus
70g serbuk badam

1 biji telur - dipukul sebentar utk disapu pada biskut
sedikit nestum untuk ditabur


CARA CARA
1. Didalam mangkuk, masukkan butter, gula dan esen vanilla dan pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, nestum dan badan kedalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Canaikan dan terap adunan ikut bentuk yang digemari. Susun diatas tray dan sapu telur diatasnya. Taburkan juga nestum diatasnya. 
4. Panaskan oven 140c dan bakar selama 18-20 minit. Bergaantung pada oven masing2 jugak. Resepi asal gula 150c selama 25-30 minit. Bila dah nampak kuning keemasan pada biskut, maknanya dah siap la tu. Jangan hangus pulak nnti rugi ja buat.

ENJOY!