Sunday, August 31, 2014

Resepi 332 : Cempedak Muffin - Salam Kemerdekaan ke 57!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ini negara kita 
telah melakar sejarah kemerdekaan yang ke 57 tahun.
Syukur kehadrat illahi.
Dengan nikmat kehidupan di bumi Malaysia ini,
kita masih mampu hidup aman damai meskipun
rakyatnya terdiri pelbagai bangsa.
Dengan slogan Disini Lahirnya Sebuah Cinta,
sememangnya memberikan kita sebagai rakyat Malaysia
semangat patriotik untuk lebih sayang akan negara
tumpah darah kita ini.


Berbalik kepada resepi pada kali ini,
ABM sangat2 lah peminat tegar cempedak ni.
Plan asal nak buat something dengan durian.
Tapi dok cari aritu, musim durian dah takde da kat Johor ni.
Sedih gak la sebab tak dapat makan durian balik cuti kali ni.
Tapi takpe, cempedak ada sebagai pengganti.
Jadi terhasillah muffin cempedak ni.
Resepi ABM rujuk dari blog Secubit Garam.
Secara jujurnya ABM tak penah buat muffin menggunakan
ovalette didalamnya.
So, ni kira macam mencuba resepi jugalah.
Dan Alhamdulillah hasilnya sedap.
Disebabkan penggunaan ovalette didalam muffin ni,
tekstur muffin sangat gebus gebas!
Thanks for the recipe.
ABM kongsikan juga resepi di blog ini ya.


BAHAN BAHAN
(12-14 cawan muffin)

125g mentega
100g gula kastor - ikut citarasa dan kemanisan cempedak
2 biji telur gred A
130g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak
50ml susu segar
120g isi cempedak - dicarik halus
1 sudu kecil ovalette
kepingan badam sebagai hiasan


CARA CARA
1. Didalam mangkuk, masukkan mentega, gula dan ovalette. Pukul sehingga sebati dan pucat.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan separuh bahan yg diayak tadi dan pukul sebati. Masukkan pula susu segar dan pukul rata. Kemudian, masukkan lagi lebihan bahan ayak tadi dan putar sehingga adunan kembang.
4. Masukkan isi cempedak dan gaul rata. 
5. Panaskan oven 170C. Sediakan cawan muffin. Masukkan 3/4 penuh adunan kedalam cawan dan buat sehingga adunan habis. Taburkan kepingan badam diatasnya.
6. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga muffin masak. Bila dah siap, sejukkan diatas redai dan bolehlah dijamah bila muffin dah sejuk sepenuhnya.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 57
#disinilahirnyasebuahcinta

ENJOY!


3 comments:

mai has said...

resepi yg menarik.barat campur buah2 an tempatan...:-)

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

menarik..

fazianbatrisyia said...

skrg musim cempedak...asyik goring jek, buat ni pun sedap ni