Wednesday, August 13, 2014

Resepi 330 : Roti Bagels

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama jugak ABM tak bersiaran ya.
Alhamdulillah, dah habis dah semester kali ini.
So, secara tak officialnya, in sya Allah ABM ada lagi
6 bulan utk menghabiskan pengajiaan di bumi Jepun ni.
Mudah2an segalanya berjalan lancar.
Okeylah, kali ni ABM nak kongsi satu resepi roti
yang diberi nama Bagels.
Bagel ni bentuknya seperti donat tapi saiznya lg besar lah.
Rasa bagels ni pulak rangup di bahagian luar
dan lembut di bahagian dalam.
Tekstur nya pula slightly chewy disebabkan 
sebelum membakar bagels,
bagels hendaklah direbus terlebih dahulu.
Tapi sangat sedap.
Utk filling nya pula boleh bubuh sweet or savory.
ikulah citarasa masing2.


Resepinya pula ABM ambil dari youtube Lindslay Landis.
Sesiapa yang ada masa terluang tu,
boleh la cuba resepi ni.
Memang marbeles lah.
Ni jugak merupakan festime ABM rasa bagels
haha.
So, sesape nak cuba, boleh rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(8 biji bagels)

Untuk Doh
1 cawan air suam (suhu lebih kurang 43℃)
1 sudu besar madu
1 1/2 sudu kecil instant yis
2 sudu kecil garam
3 1/2 cawan tepung roti

Untuk tabur
Poppy seeds
atau boleh juga guna biji bijan

Untuk air rebusan
2-3 cawan air
2 sudu besar madu
1 sudu besar baking powder
2 sudu kecil garam


CARA CARA
1. Didalam cawan besar, masukkan air suam, madu, dan yis. Biarkan 5 minit sehingga yis aktif (yis akan berbuih). 
2. Didalam mangkuk, masukkan tepung dan garam. Masukkan campuran yis tadi dan uli sehingga 10 minit (jika menggunakan stand mixer, uli sehingga 5 minit). Bila dah menjadi doh yang sempurna, masukkan didalam mangkuk yg di gris dengan minyak. Tutup menggunakan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam sehingga doh kembang 2 kali ganda.
3. Bahagikan doh sebanyak 8 bahagian. Buatkan bentuk bulat dan lubangkan di tengah doh menggunakan jari dengan membentukkan seperti donut. Lubang hendaklah bersaiz lebih kurang 2 inci.
4. Tutup dengan plastik wrap dan biarkan naik lagi selama 10-20 minit. ABM nak makan esok paginya, jadi, ABM simpan didalam peti ais semalaman.
5. Sediakan air rebusan dengan campuran  seperti diatas. Masukkan bagels didalam air yg mendidih dan rebus 1 minit. Bagels hendaklah dalam keadaan terapung. Jika tenggelam, doh hendaklah dibiarkan kembang lagi. Bila dah selesai 1 minit, terbalikkan bagels dan rebus lagi 1 minit.
6. Sementara rebus bagels, panaskan oven 210℃. Bagels yang sudah direbus diletakkan di tray pembakar dan tabur biji poppy atau biji bijan. Bakar didalam oven selama 15-20 minit.
7. Bila dan siap, sejukkan seketika. Bila dah sejuk, belah 2 dan bolehlah sapu jem utk dimakan. Atau juga boleh dibuat ala2 roti burger gitu.

ENJOY!

7 comments:

firda said...

saya peminat abm dari dlu lagi...huhu..nak beraya rumah abm boleh? rumah abm dgan highway, jauh ke dkat?

Honey said...

Salam,

Bukan main bagels dia tu ye?? I pernah buat dulu.. tapi takde nya rangup di luar! Luar dalam liat! hahahahaha mungkin salah method kot. Nanti ada kesempatan nak buat lagi. Ikut Alif nye recipe pulak hihi

Honey said...
This comment has been removed by the author.
A.B.M said...

firda,
rumah dekat je ngn highway desaru tu. tapi, skrng xde kat umah. skrng kt jepun lagi. haha

A.B.M said...

honey,
mase lepas bakar terus makan mmg akan terasa luarnya rangup. Tapi, bila dah simpan utk makan esoknyaa, hilang rangup! HAHAHA

Mummy Dina said...

nampak cam sedap je..rasa dia macam donut jugak ke lain yek?

mai has said...

wah..bole try..selalu saya beli yg frozen dari BIG supermarket...