Resepi 292 : Mini Burger Malaysia Moden - Suke hati je letak nama

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM update resepi
yang memang tak asing lagi bagi
rakyat malaysia iaitu
Mini Burger Malaysia ni.
Tapi, ABM modenkan sikit
dengan letak nugget kat dalam tu.
Nugget tu pon ABM buat homemade.
Kalau nk beli yg kedai punya pon ok.
Lagi senang.


Utk resepi doh ABM rujuk
kat blog 1resepikuih.
Tapi ABM ganda kan sikit adunannya.
Alhamdulillah menjadi.
Rindu sebenarnya nak makan kuih ni.
Okeylah, lau nk cuba,
bolehlah rujuk resepi kat bawah ya.


BAHAN BAHAN
(16 ketul - bergantung pada saiz)

500g tepung gandum
240ml air suam/susu suam (40-50℃)
4 sudu besar mentega
5 sudu besar gula halus
4 sudu kecil yis

bahan tambahan
timun secukupnya
sambal tumis secukupnya
nugget secukupnya (resepi homemade nugget DISINI)


CARA CARA

1. Didalam mangkuk kecil berisi air suam/susu suam, masukkan yis dan sedikit gula kedalamnya. Gaul rata dan biarkan yis selama 5 minit atau sehingga yis berbuih.
2. Didalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, mentega, lebihan gula tadi dan gaul sebati. Masukkan yis yang telah aktif tadi kedalam adunan tepung dan uli sehingga tidak melekat. Lebih kurang 10-15 minit.
3. Seletah itu, letakkan didalam mangkuk yang di gris sedikit dengan mentega dan tutup mangkuk dengan plastic wrap. Biarkan doh kembang selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
4. Jika sudah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin didalamnya. Bahagikan doh sebanyak 16 bahagian atau lebih. Bulatkan doh dan susun diatas tray. Buat sehingga habis.
5. Tutup doh dengan kain yang bersih dan biarkan doh naik 2 kali ganda lagi. Lebih kurang 45 minit.
6. Panaskan minyak penuh didalam kuali. Apabila minyak sudah panas, gorengkan doh sehingga kekuningan. Gunakan api yang sederhana. Tapiskan minyak dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan dimasukkan sambal tumis, timun dan nugget didalamnya. Cucuk dengan lidi supaya tak teralih.

ENJOY!

Comments

Mat Gebu said…
Hahaha...mmg kan suka hati aje nak letak nama...tapi seriuss mengancam gilerrrrr...nasib baik tak gila betul2...hahaha
cheq da said…
ABM sbb moden 2 dicucuk tang lili 2..he3
A.B.M said…
che mat,
hahaha. kan. suke ati je bubuh nama. padahal tak mini mana pon. :D haha.
Nasib baik la tak jdi gilaa. ehh hihi
A.B.M said…
cheq da,
kan. sbb yg lama x pakai lidi. HAHA. nak lagi moden cucuk ngn besi. kahkah
precious cla said…
yummy !! nom..nom..nom
Anonymous said…
Assalamualaikum...ABM..mmg comel dan cenonit sgt burger tu..suka tguk...kalau pakai susuk mmg x bole makn ni sbb cucuk dgn lidi...hehe..tkasi atas resepi...bole masuk kist....
Aishah Amin said…
sedapnyaaaa..i follow you

Salam kenal ..lawatlah blog saya pulak WAHM 6 angka
syeirot said…
salam ABM, maaf la nak tanya ni sbb saya x biasa buat doh ni. sbb tak yakin boleh jadi. hehe. bila dah bulat2 kan doh tu kecik2 and susun atas tray, die melekat tak to each other? kene ltk minyak skit ke or takyah? thanx
A.B.M said…
[rokot]
nomnom nom. HAHA
A.B.M said…
umie,
eh, umie pakai susuk ke? HAHA.
sila lah cuba. tapi tak bnyk beza ngn yg asli. cuma tmbah nugget je. hihi
A.B.M said…
ice,
salam kenal.
:)
A.B.M said…
syierot,
better jarakkan sedikit doh tu supaya tak bersentuh. Tapi, kalau nk sapu mentega sikit pon boleh. :)
Q U E E N said…
Mohon share resepi..tq

Popular Posts