Sunday, May 11, 2014

Resepi 318 : Roasted Chicken and Potatoes

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Beberapa hari lepas ABM ada buat
ayam panggang ni.
Tak sempat pulak nak update sebab
malas yang teramat.
So, hari ni diberi kekuatan utk kongsi resepi kat sini.
Oh ya, sebelum tu,
ABM nak ucapkan terima kasih banyak2
kepada kamu kamu semua yang sudi jejakkan langkah
di blog ABM ni.
Berkat korang terus menyokong ABM,
kini pageviews ABM dah cecah lebih 1 juta!
Terima kasih banyak2 untuk tempoh 2 tahun lebih ni.
Dan juga untuk hari2 yg akan datang.
Jangan serik tau singgah blog ABM ni hihi


Okeylah berbalik pada menu harini,
ABM rujuk resepi di Laura in the Kitchen.
Menunya yang sangat simple dan
bahan perapan pulak menggunakan herba2 mat saleh.
Memang sedap lah.
Lain kali mmg nak cuba buat lagi.
So, kalau sekali sekala nak tuka selera,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni



BAHAN BAHAN

1 kilo ayam (kalau boleh bhgian thighs dan drumstick)
ABM tambah sosej sikit :p
2 sudu besar serbuk paprika
2 sudu besar herba rosemary segar
2 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar serbuk bawang kuning
2 sudu kecil herba thyme kering
2 sudu kecil herba sage kering
1 sudu besar mustard
1/3 cawan olive oil
3 sudu besar lemon juice
12 ulas bawang putih
garam secukup rasa

perapan kentang
500g kentang saiz kecil (dibelah 2)
sedikit lagi herba rosemary
garam secukup rasa

p/s : Sukatan diatas anggaran je. Boleh la tambah bahan perapan jika suka. Sebab nak perap ayam ni ikut suka je. haha


CARA CARA
1. Satukan bahan perapan ayam didalam satu bekas. Gaul rata. Kemudian, masukkan ayam gaul sehingga menyelaputi keseluruhannya.
2. Perap selama 4 jam. Atau lebih elok semalaman. Baru rasa tu masuk kedalam ayam.
3. Satukan bahan perapan kentang bersama kentang. (buat langkah ni bila ayam sedia untuk dibakar)
4. Satukan ayam dan kentang didalam dulang pembakar dan bakar didalam oven 200c selama 50-60minit. Bergantung pada oven masing2 ya. Jangan overcook or undercook pulak. :)


SELAMAT HARI IBU SEDUNIA!

ENJOY!

8 comments:

cheq da said...

Enjoy abm..sedap ayam panggang tu

aima said...

leh try tp mana nak cari serbuk bawang putih n kuning tu...ikhsss

Honey said...

Salam Aliff!

Hoi hoiiii... dia dah upload dah :)

It looks so yum!

A.B.M said...

cheq da,
mmg sedap. skali skala tukar citarasa ayam pnggang mat saleh. HAHA

A.B.M said...

aima,
boleh juga ganti ngn bawang putih n besar yg segar. :D

A.B.M said...

honey,
nyam nyam. hahahaha :D

Cik Sara said...

Dah sihat dari skin rashes nanti, akak nak try buat! Right now, mak tak bagi makan ayam. Sedih.

Eh, by the way, semua mustard halal ke kat Jepun ni?
=D

Mummy Dina said...

menarik ni..slalu makan ayam panggang citarasa malaysia je..sesekali kene tukar gak..:)