Friday, June 7, 2013

Resepi 252 : Cakoi Mudah - Layan jer..

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ade buat cakoi.
Mudah nak buat.
Barang2 pon mmg dah tersedia ada kat dapur.
Sbb haritu ade nampak kawan ABM yg blaja kat jepun ni
post dy buat cakoi.
Terliur pulak.
So, smalam ABm buatlah menu ni.
Tapi bentuk cakoi yg ABM buat ni sangatlah pelik.
Hahaha. Takpelah, asal boleh makan.


Resepi ABM ambil dari MyResipi
Thanks for the resepi eh.
Memang mudah.
Yang penting ianya sedap.
So, sesape yg nak buat tu, boleh la jenguk resepi 
kat bawah.
ABM separuhkan adunan kat bawah ni dapat 
lebih kurang 8 ketul camtu.


BAHAN BAHAN
(15-20 ketul)

400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
 1 biji kuning telur - tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng


CARA CARA

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.

Penyediaan
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :

1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat. 
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.

ENJOY!



17 comments:

Moonirah said...

simple jek..leh terai nie...tenkiu2

Engku Muzahadin said...

Cantik plk Muz tgok rupa cakoi ABM ni ;)

anas said...

nice pic...trliur la plak

munee said...

nmpk cam keras je cakoi tu....he.

Anonymous said...

dh try..menjadi..thanx (^_^)

Millie said...

Cakoi ni jadi manis ke if ikut resepi ni? Since ada letak gula n susu pekat

nabb said...

Sedapnyerrr

Juhari Sabturani said...

Sok nk buat lah cakoi ni....tepung gandum sy syor kan tepung gandum cap bunga lili jgn beli...sebab lambat kembang walaupun adunan sama.sy pernah buah kuih donut langsung tak kembang....rosak kuih dibuatnya....hehehe

Anonymous said...

Adunan blh simpan brapa lama yer

Luna Ed said...

Cantum tu macam mana? Atas bwh ke atau sebelah2?

Luna Ed said...

Biasa kalo tak kembang doh tu, mgkn sebab yis cik. Yis dah mati. Kalo yis tu ada buih2 masa rendam air tu tanda ok..kalo sy buat selalu mcm tu..

Luna Ed said...

Biasa kalo tak kembang doh tu, mgkn sebab yis cik. Yis dah mati. Kalo yis tu ada buih2 masa rendam air tu tanda ok..kalo sy buat selalu mcm tu..

Luna Ed said...

Cantum tu macam mana? Atas bwh ke atau sebelah2?

Luna Ed said...

Cantum tu macam mana? Atas bwh ke atau sebelah2?

Nurfarhana Natasya said...

Klau.x de yis..guna.baking powder ok x..heehe

Aen Nurfyqa said...

Yis instant ke yis frozen tu?

Siti NurFalahah said...

Klau gantikan yis ngn baking powder / soda bikarbonat boleh tak ? menjadi ke ?