Monday, July 21, 2014

Resepi 328 : Tart Nenas Bunga Tulip

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat tart nenas ni
untuk simpanan sambutan raya kat sini.
Tahun ni tahun first ABM tak balik raya.
Sedih pon ada.
Tapi nak buat camne kan,
cuti official uni pon belum lagi.
Terpaksalah pepagi raya tu pegi ke uni
siapkan experiment. Sobs.


Okeylah berbalik pada resepi kali ini,
Resepinya ABM rujuk kat blog Pn Azlita.
After bebuka semalam terus rasa biskut ni.
Memang sangat sedap dan lembut ja!
LIKE IT!
Tengkiu sesangat for the recipe.
Memang feeling2 buat kuih raya kat malaysia pulak
T.T
Okeylah, sesape yang nak cuba
boleh la rujuk resepi kat bawah ni ya


BAHAN BAHAN
(80-90 biji bergantung pada saiz)

115g butter -disuhu bilik
115 minyak sapi - disuhu bilik
1 biji telur gred B
450g tepung gandum
sedikit garam

Jem nenas - digentel siap2


CARA CARA
1. Masukkan telur dan garam kedalam adunan bersama2 butter dan minyak sapi. Pukul sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan keras sangat sebab nanti bila nak lipat doh jadi tulip, doh akan apatah. Masukkan kedalam plastik dan rehatkan kedalam peti sejuk sebentar. Lebih kurang 15-30 minit camtu.
3. Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna hijau. 
4. Canai doh. Kemudian terap dengan menggunakan acuan seperti dibawah.
5. Letakkan jem nenas dan lipat doh menjadi seperti tulip.
6. Canai doh warna hijau dan terap guna acuan seperti dibawah. Potong 2 bahagian dan letakkan ia sebagai daun dibawah bunga tulip.
7. Bakar didalam oven 170c selama 20-25 minit.

ENJOY!

2 comments:

cheq da said...

Teringin nk buat tp mcm renyah jea so malas..hihihi

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ABM rajinnyer buat biskut....