Resepi 327 : Jem Nenas Homemade - Cara Mudah gila!
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Kelmarin ABM ade buat jem nenas ni
utk aktiviti membuat kuih raya tak lama lagi.
So, ABM tak nak kelam kabut sangat,
so, ABM pon buat lah jem nenas ni dulu siap2.
Kalau ikut cara biasa, mmg payah sikit nak buat jem nenas ni
sebab kene keep eye on that bila buat jem ni.
Kalau tak, mmg hangus lah kan.
TAPI, cara yg ABM buat ni senang gila.
sebab gunakan Rice Cooker ja!
Tak payah susah2 nk kacau jam setiap masa utk pastikan
tak hangus.
Buat pakai rice cooker ni, sambil tidur pon boleh buat. haha
Sebabnya ABM buat malam tu, dan esok pagi bangun sahur dah siap dah.
Resepi ABM rujuk kat blog rossalle ni.
Thanks sgt for the recipe and cara buatnya.
Sesape yg nak try, boleh la rujuk resepi kat bawah ya.
BAHAN BAHAN
1 kg nenas
300g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
beberapa titis warna kuning
CARA CARA
1. Nenas hendaklah diparut menggunakan pemarut yang style lama zaman nenek moyang kita tu untuk mendapatkan tekstur yang berserat. Tapi, ABM tak ada, ABM parut guna pemarut cheese yg halus tu. Tapi kalau tak ada jugak, gunalah food processor (tapi guna cara ni, jem nenas tak berserat sangat lah sebab dikisar, tp still ok ja).
2. Satukan gula kastor, esen vanilla dan pewarna kuning kedalam periuk nasi berisi parutan nenas tadi.
3. Tekan butan "ON" pada rice cooker. Pada permulaan ni, JANGAN TUTUP PERIUK NASI ANDA! Biarkan terbukak je. Kalau tak, time mendidih nanti, abis melimpah keluar.
4. Bila rice cooker dah berada pada butang "KEEP WARM", tengok jem nenas anda, kalau still ade air banyak lagi, tekan butan "ON" balik dan biarkan masak dengan periuk nasi terbuka. Jika air nenas dah kering sikit bagi anda, boleh tekan butan "ON" semula dan tutup periuk nasi.
5. Bila rice cooker pada "keep warm" semula, boleh tengok jem anda dan kacau sekali sekala. Biarkan "keep warm" sampai beberapa jam sehingga jem nenas anda pekat mengikut citarasa anda. ABM buat pada waktu malam. ABM biarkan rice cooker 'keep warm' sehingga pagi.
Comments
Rajin nya lah hai.. I apa pon tak buat lagi :(
hahaha saja ja buat dulu jem nya. senang sikit nnt. hihi
dy takkan hangit. Sy nya periuk nasi non stick. tp boleh ja rasanya guna periuk nasi biasa
Macam banyak la pulak airnya.. dan berapa jam masak jem ni?
bape clothing
bape