Resepi 327 : Jem Nenas Homemade - Cara Mudah gila!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kelmarin ABM ade buat jem nenas ni
utk aktiviti membuat kuih raya tak lama lagi.
So, ABM tak nak kelam kabut sangat,
so, ABM pon buat lah jem nenas ni dulu siap2.
Kalau ikut cara biasa, mmg payah sikit nak buat jem nenas ni
sebab kene keep eye on that bila buat jem ni.
Kalau tak, mmg hangus lah kan.
TAPI, cara yg ABM buat ni senang gila.
sebab gunakan Rice Cooker ja!
Tak payah susah2 nk kacau jam setiap masa utk pastikan
tak hangus.
Buat pakai rice cooker ni, sambil tidur pon boleh buat. haha
Sebabnya ABM buat malam tu, dan esok pagi bangun sahur dah siap dah.
Resepi ABM rujuk kat blog rossalle ni.
Thanks sgt for the recipe and cara buatnya.
Sesape yg nak try, boleh la rujuk resepi kat bawah ya.


BAHAN BAHAN

1 kg nenas
300g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
beberapa titis warna kuning

CARA CARA
1. Nenas hendaklah diparut menggunakan pemarut yang style lama  zaman nenek moyang kita tu untuk mendapatkan tekstur yang berserat. Tapi, ABM tak ada, ABM parut guna pemarut cheese yg halus tu. Tapi kalau tak ada jugak, gunalah food processor (tapi guna cara ni, jem nenas tak berserat sangat lah sebab dikisar, tp still ok ja).
2. Satukan gula kastor, esen vanilla dan pewarna kuning kedalam periuk nasi berisi parutan nenas tadi.
3. Tekan butan "ON" pada rice cooker. Pada permulaan ni, JANGAN TUTUP PERIUK NASI ANDA! Biarkan terbukak je. Kalau tak, time mendidih nanti, abis melimpah keluar.
4. Bila rice cooker dah berada pada butang "KEEP WARM", tengok jem nenas anda, kalau still ade air banyak lagi, tekan butan "ON" balik dan biarkan masak dengan periuk nasi terbuka. Jika air nenas dah kering sikit bagi anda, boleh tekan butan "ON" semula dan tutup periuk nasi.
5. Bila rice cooker pada "keep warm" semula, boleh tengok jem anda dan kacau sekali sekala. Biarkan "keep warm" sampai beberapa jam sehingga jem nenas anda pekat mengikut citarasa anda. ABM buat pada waktu malam. ABM biarkan rice cooker 'keep warm' sehingga pagi.
6. Bila dah jadi jem tu dah siap, sejukkan di room temperature sebelum masukkan didalam peti ais utk disimpan lebih lama. Jem nenas akan jadi macam store bought yg agak pejal dan mudah dibentuk tu bila disejukkan.

ENJOY!


Comments

Mesti abm suspek sachin kan? said…
tengok jem ni, teringat sambal tumis...tetibe terase nk makan nasi lmak pulak..huuuu
A.B.M said…
hye sacin, bosan kat kerje ke?hahahaha
Honey said…
Salam Alif,

Rajin nya lah hai.. I apa pon tak buat lagi :(
Miss N said…
nk tanya.. nnt dia berkerak tak? ke kena pakai periuk nasi non-stick?
A.B.M said…
honey,
hahaha saja ja buat dulu jem nya. senang sikit nnt. hihi
A.B.M said…
Miss N,
dy takkan hangit. Sy nya periuk nasi non stick. tp boleh ja rasanya guna periuk nasi biasa
wahh ... best nya cara ni. xde la nak berumahtangga kt dapor tu lama2
Anonymous said…
salam, nak tanya sikit. kalau jem nenas bleh buat dlm rice cooker, jem yg lain2nya, agak2 bleh tak? macam strawberry mangga ker.. thanks
Aleeyaazlie said…
Bru tenggek jem nenas dlm rice cooker,tq ABM ats resepi.harap2 menjadilah,kalau xjd buat smbal utk nasi lemak la jwbny😝😝 n trima kasih menjadi inspirasi resepi utk org yg byk pnyakit M cam kite ni..hihi..
Galeri Aliesya said…
Terima kasih share resepi yg ringkas dan sangat mudah
{ finieViolet} said…
terima kasih sy dah cuba resepinya.. mmg sedap baq hang.. cuma sy bubuh air limau sikit bg masam2 manis..
Cik puan lynn said…
Trima kasih utk resepi....ilmu yg dikongsi xkan pernah habis ...
Cik puan lynn said…
Trima kasih utk resepi....ilmu yg dikongsi xkan pernah habis ...
ween said…
Tq sis di atas perkongsian..1st time saya try masak inti tart ni guna rice cooker..mmg senang bnyk. Dulu saya guna microwave..leceh jgk kejap2 kena keluarkan & kacau.
Leni said…
Salam... tq sharing recie cara mudah ni. Nak tanya...Nenas yang dah diparut tu tak perlu ditapis kan?
Macam banyak la pulak airnya.. dan berapa jam masak jem ni?

Popular Posts