Monday, February 18, 2013

Resepi 219 : Strawberry Caramel Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Malam ni ABM dijemput utk hadir
majlis makan2 kengkawan jepun kat sini.
So, tangan ni teringan pulak nak bawak something
utk party malam ni.


Untuk kek ni ABM rujuk dari blog dailydelicious.
Tapi, ABM tambah sikit adunan sebabnya dy buat
dalam portion yang sikit.
Dan ABM jugak tak ikut resepi frosting dy.
ABM buat frosting simple je.
SO, sesape yang nak try tu,
boleh la tengok2 resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(12 cup saiz 8cm x 3cm)

vanilla caramel cream
200g gula
80ml air
sedikit esen vanilla
secubit garam
100ml air panas
20g butter
100ml whipping cream - disuamkan

cake
120g butter
150g gula kastor
2 biji telur
secubit garam
145ml whipping cream
240g tepung kek (tepung gandum pon ok)
2 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanilla
120g strawberry jam
(*kalau nak rasa strawberry lagi dalam kek, letak sedikit esen strawberry*)
Sedikit vanilla caramel cream (yg dibuat tadi)

cream cheese caramel frosting
200g cream cheese
120ml whipping cream
40g gula kastor
60g vanilla caramel cream (yg dibuat tadi)


CARA CARA

vanilla caramel cream
1. Masukkan gula dan air didalam saucepan. Gunakan api sederhana dan panaskan gula sehingga keperangan warna caramel. Kacau gula supaya warna caramel sekata. (Amaran Keras : JANGAN sekali2 gatal tangan nak sentuh caramel ye!)
2. Sementara itu, satukan whipping cream dan garam. Kacau sebati.
3. Apabila warna gula dah bertukar caramel, masukkan air panas kedalamnya. (Part ni kene hati2, pastikan anda jauh sikit dari saucepan sebabnya gula akan mercik. BAHAYA!)
4. Masukkan whipping cream yg dipanaskan tadi kedalam cream bersama2 dengan butter. Kacau sebati. Didihkan selama lebih kurang 5 minit. Kemudian, matikan api dan masukkan kedalam bekas yang sesuai. Sejukkan sebelum digunakan.

Cake
1. Panaskan oven 170c.
2. Ayakkan tepung dan baking powder. Ketepikan. Didalam mangkuk lain, pukul butter dan gula sehingga kembang dan pucat. Kemudian, masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
4. Didalam mangkuk lain, satukan strawberry jam dan separuh whipping cream. Gaul sebati.
5. Gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan bahan basah. Tepung-campuran jem strawberry-tepung-lebihan whipping cream-tepung. 
6. Masukkan kedalam bekas cake yg sesuai. Ambil sedikit vanilla cream dan bubuh diatas adunan kek dalam bekas. Ambil lidi dan "swirl" kan. Buat kesemuanya. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan dahulu sebelum difrosting.


cream cheese caramel frosting
1. Putarkan cream cheese sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan vanilla caramel cream dan pukul senbati.
2. Masukkan whipping cream dan pukul sehingga kental. Jangan overbeat ya. Siap untuk diguanakan.

ENJOY!  


6 comments:

Iman Wildan said...

Comelnye kek!!!! geram tengok..nk makan pun sayang..

aima said...

aa comelnya , ngidam strawberry lak

Gee® said...

wow! so drooling

amalina che hashim said...

Boleh guna resepi ni untuk buat sebiji kek x?

amalina che hashim said...

Boleh guna resepi ni untuk buat sebiji kek x?

amalina che hashim said...

Boleh guna resepi ni untuk buat sebiji kek x?