Resepi 217 : Roses Red Velvet Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni kat sini ade majlis sikit
untuk senior2 yang akan grad pada bulan 3 ni.
So ABM pon rajin lah nak buat red velvet ni.
Dan rajin jugak nak menghias kek tu.
Beberapa hari lepas ABM ade tertengok kat
instagram sorang member ni.
Dy buat decoration camnilah.
terus jatuh cinta.
Harap tuan nye idea tu halalkan ABM tiru
decoration yg dia buat. hihi
Thanks ye for the idea. 


Okeylah, untuk resepi ni ABM rujuk 
kat blog joy of baking.
Tapi ABM ade jugak yang kurangkan sana sini.
hihi.
Actually, ABM ade buat lagi satu dessert,
tapi yang lagi satu tu ABM kongsi esok lah ye.
Majlis pon start malam ni.
Tak sempat lak nak menaip bnyk resepi.
dan tak boleh jugalah nak memotong kek ni.
Okeylah, sesape yang nak try resepi ni,
ley jenguk kat bawah.


BAHAN BAHAN
( loyang 9inch)

Red Velvet Cake
250g tepung kek superfine (tepung gandum pon ok) - diayak
secubit garam
15g cocoa powder - diayak
113g butter
180g gula kastor
2 biji telur (saiz L)
240ml buttermilk
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
400g cream cheese
85g gula kastor
360ml whipping cream
sedikit pewarna hitam - untuk basket
sedikit pewarna merah - untuk rose
sedikit pewarna hijau - untuk daun


CARA CARA

Red Velvet Cake
1. Panaskan oven 170c.
2. Satukan tepung, garam, cocoa powder didalam satu mangkuk dan gaul sebati. Didalam mangkuk lain, masukkan butter dan pukul sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kembang lebih kurang 2-3 minit.
3. Masukkan telur satu per satu dan pukul sebati. Masukkan campuran tepung tadi dan buttermilk selang seli dan pukul sebati. (tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung).
4. Masukkan esen vanilla. Gunakan spatula dan gaul sebati. 
5. Didalam mangkuk kecil, masukkan cuka dan soda bikarbonat. Campuran akan berbuih dan cepat2 masukkan kedalam adunan kek dan gaul rata.
6. Masukkan adunan dalam loyang 9 inci dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak.
7. Sejukkan kek sepenuhnya diatas redai sebelum di frosting.

Cream Cheese Frosting
1. Pukul cream cheese sehingga berkrim. Masukkan guna dan pukul sebati dan berkrim.
2. Masukkan whipping cream dan pukul sehingga kental. Jangan overwhip ye. 

Penyediaan
1. Bahagikan kek pada 3 bahagian. Pada setiap layer, sapukan cream cheese frosting sehingga pada layer terakhir.


2. Sapukan frosting pada keseluruhan kek dan kemaskan.
3. Untuk buat decoration cam ABM buat, Warnakan frosting yg selebihnya pada warna2 yg tertentu. Untuk basket, rose, dan daun. Pastikan, bahagikan adunan rose paling banyak. Untuk basket pulak kurang sikit daripada adunan rose. Dan untuk daun, asingkan sedikit sahaja adunan frosting.
4. Warnakan pada tiap2 frosting merah, hitam dan hijau. 
5. Untuk tutorial rose, sila KLIK SINI. Untuk tutorial basker, sila KLIK SINI. Untuk tutorial daun, sila KLIK SINI . Ataupon boleh la hias ikut kreativiti masing2.

ENJOY!

Comments

faa.rosli said…
comel lah!tabiklah seorang lelaki boleh hias kek camni. faa pon kalah ni. faa memang failed bab icing+hias+deco cake!
A.B.M said…
ni pon bru2 blaja dari utube faa. hihi. Next time nak try lg. :)
Diana said…
Cantik decoration kek..
Rasanya pun confirm la wallahhhh!!

Saya suka sangat Red Velvet..my favourite cake jugak....
A.B.M said…
hihi. baru2 blaja. still comot lg tu.

Yup2, samelah! :)
IbuNuHa said…
Salam,
Jgn overwhiped tu Mcm mana ya.lbh Kurang brapa lama nk pukal bila dh letak whipping cream?
A.B.M said…
[ibuhuna]

wsalam.
semasa pukul whipping cream, jgn menggunakan speed paling laju. Gunakan speed sederhana. Tahap whipping cream bila kita pukul adalah Cecair--> Berbuih --> sedikit kental tapi masih berair --> kental. Bila whipping cream pada tahap "sedikit kental tapi masih berair", kita hendaklah sentiasa peka dgn whipping cream. Sentiasa check cream tersebut. Apabila kita angkat mesen pemukul dan cream sudah "bertanduk",cream sudah siap utk digunakan. Jika kita pukul lagi pada tahap cream sudah "bertanduk", whipping cream akan bertukar menjadi ketulan cecair. Ini kerana cream yg dipukul tadi sudah "pecah".

hopefully membantu lah. :)
iLHaMiSMaiL said…
Nice lah lep. Tp aku tak paham istilah kau guna. Kental la apela. Btw, nanti ajar aku. ^_^
A.B.M said…
[jack]
hahaha. okey dehhh. :D
Dear Weirdo Me said…
Salam tuan tanah. Whipping cream ni guna dairy ke non dairy whipping cream ye?
Anonymous said…
Suhu bakar brp ??? dan adunan kek mesti selang seli kan ??? bagi buat layer antara frosting cream.

Popular Posts