Tuesday, January 8, 2013

Resepi 195 : Individual Tiramisu Cups

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama sebenarnya mengidam
nak makan tiramisu ni
Tapi tak ade kesempatan nak buat.
Sebab dok fikir kat otak nak buat tiramisu ni susah
So, terkubur lah hasrat nak buat tiramisu ni


Tapi, semalam ade belek2 resepi kat google
Then tersinggah lah kat blog matsaleh ni
Bila tgk cara buat tu tak delah susah sangat
Cuma bahan2 jelah agak mahal sikit sebab guna cheese
So, teringin sangat nak makan,
ABM pon buat lah.
So, sesapa nak buat tu,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(11-12 cawan bergantung pada saiz)

3 kuning telur
100g gula halus
250g mascarpone cheese / cream cheese - dilembutkan suhu bilik
400ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
350ml air kopi (ABM guna espresso)
biskut lady's fingers secukupnya
cocoa powder untuk hiasan


CARA CARA
1. Didalam mangkuk besi/kaca, masukkan kuning telur dan 100g gula halus. Pukul sebati. Kemudian, gunakan kaedah water bath (mangkuk diletakkan diatas periuk yg berisi air panas), pukul sehingga gula hancur dan adunan sedikit mencair (ala2 custard). Alihkan dan ketepikan.
2. Masukkan cream cheese/mascarpone cheese kedalam telur tadi dan pukul sebati. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, pukul whipping cream dan 1 1/2 sudu gula halus sehingga kental.
4. Masukkan sikit demi sikit adunan whipping cream kedalam adunan cheese tadi. Kaup balik adunan sehingga sebati dan selesai. 
5. Sediakan cawan secukupnya. Celupkan biskut lady fingers kedalam air kopi. Jika perlu patahkan, buatlah sedemikian untuk dimuatkan kedalam cawan. Susun biskut didasar cawan. Sudukan adunan cream tadi kedalam cawan. Susun lagi biskut lady fingers yg dicelup kopi didalam cawan. Sudukan lagi cream diatasnya. Cawan ABM tak besar, so, boleh buat 4 lapisan saja. 2 lapisan biskut dan 2 lapisan cheese. Buat sehingga habis. 
6. Sejukkan didalam peti ais selama 4 jam atau sehingga tiramisu betul2 set. Kalau boleh masukkan semalaman. Bila dah sedia dihidang, bolehlah ditabur cocoa powder diatasnya. Siap!

ENJOY!

7 comments:

Najihah Shafie said...

salam kenal. :)
nyummm..sedapnya tiramisu..

imNOTmasterchef said...

salam kenal juga.
Thanks sudi singgah :)

Nadya Bubble said...

Sedapnyaaa ! Nak try :D


Hadiah wang tunai RM100 ! Jom jom :D

http://nadyabubble.blogspot.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html

Anonymous said...

alaaa..banyak kejee..nak buat jugakk..btw biskut ladys finger tu boleh tukar biskut marie kan..

mama_yayang said...

senang je nampaknye..tp bahan2 agak mahal..heee.. =)

faa.rosli said...

nyumnyumnyum

faa.rosli said...

nyumnyumnyum