Sunday, November 11, 2012

Resepi 166 : Daging Dendeng

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Haa. buat apa hujung minggu ni?
BAgi yang bekeluarga tu mesti best kan.
Dapat berkumpul ramai2.
Ok, ABM jeles.
Sorang2 je kat sini.


Okeylah, untuk hari ni ABM masak daging dendeng
ABm pernah dengar menu ni
Tapi ABM rasenye macam tak pernah makan lagi
ABM rujuk resepi dari Kak Ita Masam Manis
TApi, buat orang pertama kali merasa dan buat
daging dendeng ni,
MEmang sedap!
ABM dah terjatuh chenta!


Tapi ABM ade kemusykilan sikit
Bila ABM search daging dendeng kat google
Macam2 jenis yang ABM nampak
Ade yang tak berkuah macam kak ita buat ni
Dan ade jugak yg berkuah.
Mana satu yang betul ye?


Tapi, kalau cuba resepi kak ita ni,
Memang sedap!
Tak tipu.
Tapi ABM separuhkan resepi tu sebab 
ABM bukan nak buat majlis pon kan.
Dah separuhkan resepi ni pon still dapat banyak.
Boleh buat 2 hari makan utk sorang ni
hihi

BAHAN BAHAN

500g-600g daging lembu (ABM guna daging batang pinang)
50g bawang goreng
garam dan gula 
bahan perasa lain kalau ada (ABM masukkan sikit maggie cukup rasa)
(Kak ita tak masukkan gula. ABM guna sbb nak seimbangkan rasa)

bahan kisar kasar
8 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih

p/s : Bahan2 kisar diatas hendaklah digoreng dahulu sebelum dikisar kasar.

bahan tumis
3 biji buah pelaga
1 1/2 batang kayu manis
1 1/2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

CARA CARA.

1. ABM rebuskan daging menggunakan pressure cooker selama 20 minit (tekanan tinggi). Ikut pressure cooker masing2. Kalau takde pressure cooker, rebus cara biasa sampai daging lembut. Lepas rebus, barulah ABM potong daging tu nipis. Kalau ikot kak ita, dia potong nipis dulu, barulah direbus. Kemudian, gorengkan daging yg dah dihiris dengan sedikit minyak sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
2. Didalam kuali yang sama, masukkan minyak masak dan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau. KEmudian, masukkan bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak. Kalau agak kering, masukkan sikit air. Masukkan pula garam, bahan perasa dan gula. Gaul sebati.
3. Masukkan daging yang dah digoreng tadi kedalamnya dan gaul sebati. Matikan api dan masukkan bawang goreng. GAul sebati. Siap dihidang!

ENJOY!

2 comments:

anna said...

Salam iskandar. Cedapnye. Sya bru plan nk wat dengdeng ni. Awk dh wat dulu. Selalunye yg sya penah mkn tk bkuah. Lbh krg mcm ni tp ada yg buh kicap manis. Yg tu pun sedap gak sbb ada rasa lemak manis. Dan ada yg lepas hiris2 daging, ketuk2 sket daging tu. Coti2 ni rasa nk wat abeskn stok daging.

i'mNOTmasterchef said...

owhh. boleh la try cara lain pulak lain kali., :)