Wednesday, November 7, 2012

Resepi 162 : Cek Mek Molek

Assalamualaikum wbt
Salah Sejahtera

Hari ni ABM buat 
kuih tradisi masyarakat di Kelantan
Memang sangat simple


Dekat jepun skrng ni
tengah musim ubi keledek
Memang bnyk lah kat supermarket tu
yang jual ubi keledek ni
So, teringin pulak nak makan cek mek molek ni


Actually tiada sukatan yang betul
kalau nak buat cek mek molek ni
Cume main agak2 je
Tapi ABM akan tulis lah resepi yg ade sukatan
Tapi, jgn terlalu ikut sgt sukatan tu ye
Bergantung jugak pada ubi keledek yg digunakan.
So, ape lagi,
jom tgk resepi kat bawah ni


BAHAN BAHAN
(14 ketul bergantung pada saiz)

500g ubi keledek
2 sudu besar gula
sedikit garam
3/4 tepung gandum (boleh tambah/boleh kurangkan. ikut keadaan)
sedikit minyak utk disapu kat tgn
minyak untuk menggoreng

inti
gula melaka - didadu kecil secukupnya
*nak guna gula biasa pon ok

CARA CARA

1. Rebuskan ubi keledek sampai lembut. Pastu lenyekkan.
2. Masukkan gula dan garam. Gaul sebati. Masukkan tepung sikit demi sikit sehingga doh boleh dibentuk dengan senang (tidak melekit sgt).
3. Sapukan sikit minyak kat tangan. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat. Tekan sedikit doh dan masukkan gula melaka didalamnya. Tutupkan dan bentukkan bujur. Buat sehingga habis.
4. Goreng sehingga keperangan. 

p/s : kalau guna gula biasa, jgn makan time tgh panas. Sebab gula dalam tu masih panas. Jika terus makan, nanti lidah melecur.

ENJOY!

4 comments:

Diana said...

Bestnyer... Dah lama tak makan cek mek molek...

Orang kata kalau nak seribu daya kan? Saya kat Malaysia ni pun tak terbuat...

Elok lagi la orang yang jauh diperantauan... Dapat jugak makan cek mek molek hasil masakan sendiri.

Salam kenal. Saya follow...Follow balik ya?

i'mNOTmasterchef said...

bila dah jauh2 camni lah baru rindu masakan malaysia. hihi

salam kenal jugak. :) ok, i'll follow back

❤Kamsiah❤ said...

salam kenal tuan rumah
saya biasa buat cek mek molek ni..tp tak pernah cuba guna gela melaka sbg inti...thanks for sharing..

i'mNOTmasterchef said...

most welcome! :)