Tuesday, November 6, 2012

Resepi 161 : Baked Strawberry Oreo Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Akhirnya ABM buat lagi cheesecake 
yg jenis bakar ni
Actually dah lama dah ABM tak buat cheesecake ni
Sebelum ni pon ABM buat cheesecake jenis yg tak bakar
ataupon jenis yg sponge
Sangat2 excited buat menu ni


Sebenarnya semalam ade sorang sahabat ABM ni
mintak ABM buatkan resepi oreo cheesecake ni
So, malam tadi jugak bergegas pegi supermarket beli biskut oreo
Nasib baik ABM ade stok creamcheese kat fridge
So, senang lah keje nak buat


Bila ABM search resepi oreo cheesecake ni
Banyk sgt resepi yg guna sukatan cheese yg bnyk
Since cream cheese ni pon mahal harganya
ABM tak nak lah buat yg jenis bnyk guna cream cheese
Search punya search,
ABM jumpe blog resepi yg guna sikit je cream cheese
ABM rujuk kat blog dapurkuberasap
Thanks sgt2 for the recipe


BAHAN BAHAN
18cm

filling
250g cream cheese
200ml fresh cream/whipping cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon (ABM guna 1/2 biji jus lemon)
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula kastor
7 sandwich biskut oreo - dipatahkan sbgai isi (ABM tak buang inti pon)
*nak lebihkan oreo yang dipatahkan pon okey

base
45g butter - dicairkan
20 sandwich biskut oreo - dikisar halus (ABM tak buang inti)

lain-lain
strawberry jam secukupnya
coklat sebagai hiasan - optional

CARA CARA

base
1. Oreo yang dikisar halus didalam food processor disatukan dengan butter. Gaul sebati. Masukkan kedalam loyang dan ratakan. Masukkan kedalam freezer sementara membuat filling.

cheesecake
1. Panaskan oven 170c.
2. Satukan kesemua bahan2 cheesecake kecuali biskut oreo yang dipatahkan kedalam blender/food processor. Kisar bahan2 sehingga sebati keseluruhannya. 
3. Masukkan adunan kedalam mangkuk dan masukkan oreo yang dipatahkan tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan kedalam loyang tadi dan ratakan. Bakar selama 40-45 minit. Pada minit yang ke 30, cover atas cheesecake dengan aluminium foil. Kalau tidak, nanti permukaan kek terbakar. Bakar sehingga siap.
5. Bila dah siap bakar, keadaan kek akan masih basah. Jangan risau ye, memang macam tu yg dikehendaki. Biarkan sejuk dahulu. Kemudian, barulah dimasukkan kedalam peti ais selama 4 jam ataupon sehingga kek betul2 dah set. ABM masukkan kek semalaman.
6. Bolehlah diletakkan jam strawberry diatasnya dan dihias ikot citarasa. 

ENJOY!



3 comments:

Iman Wildan said...

sedapnye, buat malam2 nie mengigau nk g SR..nak cheese cake..hehe..

i'mNOTmasterchef said...

hihi.
untunglahh ade SR kat situ.
Kat japan ni xde pon SR.
TEringin nak makan SR gak.

Mayang ABDUL RAZAK said...

jalan2 sambil cedok resepi abm.. salam kenal