Wednesday, August 1, 2012

Resepi 128 : Homemade Vanilla Ice Cream with Homemade Salted Caramel Sauce

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat dessert ni je.
Kat japan sekarang ni tersangat lah panas.
Tak sanggup dah nak kluar rumah.
Kat bilik pon bukak aircond je.
Tak kesahlah kalau bil elektrik bulan ni melambung
Yang penting selesa.
haha


Memang menyegarkan lah.
ABM rasa semua orang suka makan ice cream kan.
Agak pelik lah kalau ade orng yg x suka ice cream.
kecuali dy ade penyakit or something.
Memang masyuk lau buat menu berbuka.
hihi


Okeylah, lau nak buat,
jom tengok apa bahan2 yg digunakan.



BAHAN BAHAN

vanilla ice cream
1 cawan susu segar
2 cawan heavy cream / whipping cream
3/4 cawan gula
2 sudu kecil vanilla esen (lau ade vanilla bean lg bgs)

salted caramel sauce
1 cawan gula
1/4 cawan air
2 sudu besar corn syrup
200ml whipping cream
1/2 cawan unsalted butter - dipotong kecil
1 sudu kecil vanilla esen
1 1/2 sudu kecil garam halus


CARA CARA

vanilla icecream
1. Satukan kesemua bahan dan whisk kan sehingga gula larut.
2. Masukkan kedalam ice cream machine dan On kan. Biarkan sehingga beku. Ikut jenis ice cream machine. Kalau yg ABM guna ambil masa 30-35 minit.

*cara lain*
1. Bahan yg telah diwhisk tadi hendaklah diletakkan didalam bekas yang sesuai.
2. Masukkan kedalam peti ais selama 8 jam ataupon semalaman. Setiap 1 jam keluarkan daripada peti ais dan whisk kan. Ulang sehingga 7-8 kali. Setelah betul2 pejal, bolehlah biarkan sahaja kedalam peti ais (tmpat buat ice).

salted caramel sauce
boleh tgk disini untuk cara2 yang betul

setelah siap, bolehlah curahkan salted caramel sauce keatas vanilla icecream.

ENJOY!



2 comments:

Anonymous said...

Asslm kak.. Huhuhu. Sy trlbih butter patutnye stgh je kan? Tapi sy g buat 1 cawan. Hukhukkk. Ptut la rase lain mcm je.. Cane nk alter blk ek?

A.B.M said...

wslm. cuba akak buat lagi satu batch karamel tu. tp kali ni, x pyh masukkan butter. Bila dh smpai step masukkan butter, akak cmpurkan adunan karamel yg sebelum ini. in sha Allah boleh :)