Tuesday, July 10, 2012

Resepi 111 : Simple Pizza


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni mls nk makan nasi.
Malas jugak nak masak lauk.
Ambil jalan mudah buat lah pizza nih


Simple but sgt worth.
Tengs kat Che Mat sebab ABM ambil resepi kat situ
Untuk Resepi roti pizza je ABM ikot
untuk filling tu letak lah ape yang ade kat dapur
hihi


ABM guna 1/2 adunan utk roti pizza nye sebab buat 1 je.
Kalau ikot resepi che mat, boleh dapat 2 keping pizza.
Okeylah jom kita tgk apa bahan2 
yang digunakan


BAHAN BAHAN
(1 keping pizza - 9 inci)

Doh Pizza
150g tepung roti / tepung gandum
4g instant yeast
20g mentega
5g gula
secubit garam
1 sudu besar madu
90ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)

Filling
Sos Tomato
Hirisan bawang besar
Mix Vege
Hirisan sosej
Hirisan fishcake
1/2 biji hirisan capsicum
mozzarella cheese
(apa2 filling yg dirasakan sesuai)
*kuantiti bahan ikot suka nak bnyk mana*

CARA CARA

1. Satukan yeast,gula dan air suam. Biarkan sehingga yeast aktif (berbuih). Satukan bahan2 lain kecuali mentega. Gaul sebati. Kemudian, masukkan campuran yeast tadi. Uli doh sehingga sebati dan kental. KEmudian, masukkan mentega dan uli sebati. Biar doh licin dan kental. Bulat2kan dan biarkan doh kembang selama 50-60 minit. Jika ada breadmaker, satukan kesemua bahan dan tekan butang doh dan ON kan. Tunggu siap. 
2. Panaskan oven 190c. Canai doh sehingga 9 inci (ABM guna loyang pie saiz 9 inci. hihi). Kalau doh melekit, tabur sikit tepung. Kemudian, Letakkan filling2 tersebut dimulakan dengan sos dan diakhiri dengan hirisan cheese. Bakar selama 20-25 minit (sehingga roti pizza perang disekelilingnya). SIAP!

ENJOY!


6 comments:

Cheq Sue said...

ish ish ish... dah la belajar pandai, masak pun pandai, bertuah sungguh adik ni... :)

i'mNOTmasterchef said...

Sy ni biase2 je kak. :) Masak2 ni pon mcm rutin harian dah. Sebelum dtg jepun, tak de lah nak jejak kat dapur tu. :) hihi
Syukur sgt dgn anugerah Allah yg dipinjamkan kat sy nih. :)

Eey said...

Salam,

Sedapnya. Bak sket, heheheee...
:p

i'mNOTmasterchef said...

wslm.
hihi. nah. ambil lah. :D

Cik TeN10 said...

Ade delivery tak ni? Kalau ada nk order 1 hntar ke akita :p

i'mNOTmasterchef said...

cik ten10

hihi, akita jauh tu.
kene cas lebih nih.,
ekekekeke~