Tuesday, May 8, 2012

Resepi 53 : Lemon Curd


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Resepi harini agak simple.
Aku buat lemon curd.
Lemon curd ni sesuai di makan bersama 
cupcakes, cake
Nak buat glaze utk kek pon okey.

Actually, aku ade buat kek.
Tapi, tu tunggu di next post.
Nantikan kemunculan
kek ape yg bakal dimakan
bersama dengan lemon curd nih.


BAHAN BAHAN

3 biji telur
150g gula pasir
80ml fresh lemon juice
60g butter
1 sudu kecil parutan kulit lemon

CARA CARA

1. Didalam mangkuk besi, whisk kan telur. Kemudian, letakkan mangkuk besi tersebut didalam periuk yg berisi air panas. (gunakan api yg kecil sewaktu mendidihkan air). Buat kaedah double boiler.
2. Dengan terus mengacau telur, masukkan gula dan jus lemon. Whisk kan adunan sehingga adunan menjadi pekat. (lebih kurang dalam 10 minit)
3. Angkat mangkuk besi daripada periuk. Kemudian masukkan butter dan parutan kulit lemon. Whisk kan sehingga sebati.
4. Wrapkan adunan (plastik wrap mencecah di permukaan adunan) dan masukkan ke dalam peti ais. Kalau nak guna, baru keluarkan. 

credit : joyofbaking

ENJOY!

No comments: