Resepi 339 : Donut Pandan yang sangat lembut

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera


Masa musim MCO yang minggu awal awal dulu saya ada buat resepi donut pandan ni di rumah sewa saya.
Maklumlah bila duduk rumah tak buat apa, mulalah nak try macam macam resepi yang kita jumpa kat internet tu kan.
Tanpa ketinggalan jugak, ABM ada buat donut pandan ni,
Memang sangat lah lembut kejadiannya.
Rasa pandan tu yang membuatkan lagi donut ni rasa special.


Proses membuat donut ni pun tak susah,
Kat rumah sewa saya tak ada peralatan baking yang lengkap pun boleh buat.
Tapi kena rajin sikitlah haha.
Jadi sesiapa yang nak try bolehlah try pada resepi di bawah ya.
Resepi ini juga saya sudah kongsikan pada instagram saya.

Jadi saya copy balik resepi tersebut disini untuk rujukan bersama.


Bahan bahan:

Bahan Kering:

150g tepung gandum
20 gula kastor
Secubit kecil garam

Bahan basah;
1/2 biji telur
60g susu segar
20g butter yg disuhu bilik
3 sudu kecil pandan emulco
5g yeast - kalau boleh elakkan guna yis jenama mauripan. Sebab, mauripan ni ada bau yg kurang sedap sikit.

Gula kastor utk salut donut.

Cara²:
1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar. Uli selama 10 minit sehingga doh menjadi lembut.
2. Tutup mangkuk dan biarkan doh kembang selama 1 jam.
3. Canai dan terap guna acuan donut. Boleh dapat dlm 15 biji mcm tu utk saiz yg comel loteh.
4. Biarkan donut kembang sikit selama 15 min.
5. Panaskan minyak. Gunakan api yg sangat perlahan ye. Kalau api kuat, nanti donut korang tak nampak la warna hijau. Jadi kaler coklat pulak sebab donut dh terlebih masak.
6. Angkat dan salut dengan gula kastor.

Tips:
1. 1st proof selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
2. Selepas dicetak, proof lagi utk kali ke 2 selama 15min. 
3. Adunan doh semasa diuli memang agak sticky. Jangan tambah tepung. Kalau tambah tepung, donut akan keras. Tak gebu.
4. Uli doh selama 10min. Kalau ade stand mixer yg boleh uli doh tu, guna je. Kalau sesekali nak workout, gunalah tangan ya..

Comments

Popular Posts