Tuesday, September 16, 2014

Resepi 335 : Pandan infused Creme Brulee - tanpa menggunakan torch!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM rajin sikit
nak buat dessert creme brulee ni.
Sebabnya ABM memang suka gila dengan dessert
yang bernama Creme Brulee ni.
Dengan crunchy diatas, berkrim didalam tu
sangatlah menggoda!


Dan haritu ABM ada tengok video recipe daripada
Yang menariknya, dia tak gunakan torch mahupun grill
untuk membuat gula hangus kat bahagian atasnya tu.
Tapi dengan hanya menggunakan sudu,
dah boleh buat da.
Teringin nak buat alternatif ni.
Memang menjadi!
Sangat excited!
Cuma ABM infused kan perasa pandan
dalam creme brulee kali ni.


BAHAN BAHAN
(9 cups kecil / 6 bekas ramekins)

6 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar mascarpone cheese (ABM guna cream cheese)
2 cawan heavy cream (ABM guna dairy whipping cream UHT)
5 helai daun pandan (disimpul)
beberapa titik pewarna hijau

p/s : jika nak lagi asli, blend daun pandan dan ambil jusnya. Tak payah guna pewarna. ABM malas nak blend so, letak je dlm krim daunnya. haha


CARA CARA
1. Satukan pandan dan krim didalam periuk kecil. Panaskan sehingga mendidih (keep eye on it!).
2. Didalam mangkuk besar, masukkan kuning telur dan gula kastor. Pukul sehingga pucat dan kembang.
3. Masukkan krim yang panas sedikit demi sedikit kedalam adunan telur sambil dikacau. Masukkan cheese dan gaul sehingga cheese larut. Masukkan juga pewarna hijau dan gaul rata.
4. Tapis adunan dan masukkan kedalam jug kecil supaya senang dituang kedalam bekas.
5. Tuang kedalam bekas. Panaskan oven 140c.
6. Masukkan bekas tadi kedalam loyang yang besar. Tuang air panas kedalam loyang tersebut tp jangan penuh. Kaedah ini dinamakan bain marie. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 30-40 minit. Krim akan set, bukan dlm bentuk cecair lagi. Keluarkan.
7. Jika anda ade torch, bole gunakan torch utk buat brulee kat atasnya. Dengan kaedah taburkan gula dan gunakan torch utk hanguskannya.
8. Jika tak ada torch, pilih sudu yang ada pemegang seperti gamba kat bawah. Kemudian, bengkokkan 90 darjah. Pastikan sudu tu yg lama la eh.
9. Panaskan bawah sudu selama 3-5 minit. Sementara itu, taburkan gula atas creme yang dah siap tadi. Bila dah cukup panas, lalukan sudu diatas gula tadi sehingga gula cair dan hangus. Buat sehingga habis.
10. Sejukkan didalam peti ais sebelum dimakan.

SELAMAT HARI MALAYSIA!

ENJOY!

7 comments:

Azie said...

As salam dah lama saya mencari torch. Sejak setahun lalu dan baru semalam, bercakap lagi pasal torch. Boleh tahu di mana beli torch

A.B.M said...

azie,
sy tak tau la nk beli kt mne sbb kt umah sy pon xde torch. hihi

Liasari said...

salam ABM,

wahhh ini sgt kreatif...guna sudu je ye? next time bleh try sbb blowtorch sy dah rosak huhu...

for those looking for blow torch, boleh cari kat kedai hardware... sy beli di ACE hardware pricey juga RM49.90, gas butane kena beli asing ;-)

mama arif said...

wah sedap ni...apasal nama ala perancis ... resepi oversea ker?

anamizu said...

Hai Alif ! sblm2 ni dok folow ABM kat IG.
tiap kali tgk alif up gambor perhh meleleh segala
air lior + air mata sebab terlior hahaha
keep on sharing ur recipe ye! hehe



salam kenal,
Anamizu :)

Mummy Dina said...

Oo..baru tau blh guna sudu..lepas ni blh la try blk..sblm ni saya buat just tabur je gula & bakar blk sebab sy xde blow torch..tq ye ABM..::

Anonymous said...

Haah , ni resipi perancis , trdisional