Sunday, June 22, 2014

Resepi 324 : Pistachio Ice Cream

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kelmari ABM ade buat ice cream ni
Dan baru hari ni berkesempatan nak tulis resepi
kat dalam blog ABM ni.
Maklumlah, kene siapkan kek tempahan dulu.
Sedar tak sedar lagi seminggu kita akan 
menjalani Ibadah Puasa.
Kejap je kan masa berlalu.


Okeylah, Resepi ice cream ABM dapat dari
rancangan Masterchef Australia.
Time tu ada episod masterclass.
Tup2 ada pulak dy buat ice cream ni
dan dy ajar lah resepi basic untuk buat ice cream.
So, ABM cepat2 amik pen dgn kertas salin resepi.
Dah macam kita pulak peserta mastercep tu kan. haha.
Memang sedap lah.
Siapa yg suka ice cream yg creamy dan nutty,
boleh try resepi ni ya.
Tapi pastikan ada ice cream maker lah.
Tapi, kalau tak ada ice cream maker, still boleh buat.
Cuma amik masa agak lama lah.
Nanti kat bawah ABM sertakan cara2 utk yg tak ada
ice cream maker.


BAHAN BAHAN

250ml cream/whipping cream
250ml susu segar
secubit garam
4 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
100g gula kastor
1/2 cawan kacang pistachi (yg dihancurkan kasar)


CARA CARA
1. Satukan cream dan susu kedalam periuk kecil. Panaskn sehingga terdapat buih2 kecil di sekeliling periuk (simmer). Matikan api.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur, garam, dan gula kastor. Pukul sehingga pucat.
3. Masukkan 1 senduk campuran susu panas tadi kedalam kuning pelur (tempered the egg yolks). Gaul rata. Kemudian, masukkan campuran kuning telur tadi kedalam periuk semula. 
4. Gunakan api yg kecil semula dan gaul adunan dengan senduk kayu sehingga adunan mencapai suhu 80℃. Jika tak ada termometer, kacau adunan sehingga menjadi kastard yang cair. Matikan api.
5. Masukkan adunan kedalam mangkuk dan masukkan esen vanilla. Gaul rata kemudian tutup dengan plastic wrap (plastik cecah permukaan kastard). Sejukkan adunan sehingga sejuk sepenuhnya (seeloknya semalaman) barulah memulakan proses membuat ice cream.
6. Masukkan adunan kedalam ice cream maker dan ikut arahan pada ice cream maker masing2. Masa utk adunan menjadi ice cream bergantung pada jenis ice cream maker. ABM punya amik masa 30 minit.
7. Bila dah jadi ice cream, masukkan kacang pistachio dan on kan semula sehingga kacang sebati di keseluruhan ice cream. Bila dah siap bolehlah dimakan. ABM drizzle kan dengan salted caramel sauce.

Jika tak ada ice cream maker, masukkan adunan yg dah sejuk kedalam bekas. Masukkan kedalam peti ais sejuk beku. Biarkan 45 minit. Bila adunan dh mulai mengeras pada keliling bekas, kacau adunan dan masukkan semula kedalam peti ais. Ulang proses ni sehingga adunan anda benar2 menjadi ice cream. It's fun tapi sangat amik masa jugak. hihi

ENJOY!

3 comments:

Cheq Sue said...

ABM saje je tunjuk aisekerim. mujo gak akak dah balik cameron, kalo dok kg lagi sah2 kena buat nih..

nnti check email ya...

Honey said...

Salam Alif,

Ala.. leceh lah nak buat. Bila balik sini? Nanti minta Alif je buatkan.. senang! :)

fazianbatrisyia said...

sedapnya icecream...