Thursday, April 24, 2014

Resepi 315 : Strawberry Citrus Curd Meringue Tart

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Beberapa hari lepas ABM ade buat manisan ni
Tapi tak ada masa pulak nk edit gambar
dgn nak tulis  blog ni.
So, harini kat lab research tak ada buat apa2 lagi,
so, adalah kerajinan sikit nak tulis blog nih


Resepi ABM ambil melalui carian di google
belek punya belek,
ABM pon singgah kat blog ni <klik sini>
untuk ambil resepi strawberry curd.
Dan di blog passion 4 baking
untuk resepi white cloud meringue
Untuk basenya, ABM guna biskut je. senang


Dari resepi strawberry curd ni,
korang bolehlah buat perasa apa yang anda suka
as long as sesuai lah jenis buahnya.
macam buah lemon, orange dan lain2 lagi
Jadi, kalau nk cuba boleh jengah resepi di bawah.
Rasa dessert ni sangat sedap bg ABM.
Sebabnya kemasaman curdnya plus
kemanisan meringuenye bila digabungkan sgt lah enak!


BAHAN BAHAN
20cm

Base
200g digestive biscuit
2 sudu besar butter - dicairkan

Strawberry Curd
225g strawberry
1 biji kecil parutan kulit lemon dan jus lemon
1 biji kecil perahan jus oren dan jus oren
110g gula kastor - ikut citarasa
125g butter
4 biji telur saiz besar

White Cloud Meringue
 2 biji putih telur
sedikit jus lemon
1 sudu kecil esen vanilla
100g gula kastor
35ml air


CARA CARA

Base
1. Kisarkan biskut didalam food processor dan masukkan butter cair dan gaul rata.
2. Masukkan didalam loyang tart/loyang kek dan tekan2 kan supaya jadi seperti crust tart. Pastikan dasar tart tu dalam sikit ya. Masukkan didalam peti ais sementara buat bahan2 lain.

Strawberry curd
1. Kisarkan strawberry. Masukkan kedalam periuk. Masukkan sekali bahan2 lain. Pukul sehingga sebati.
2. Gunakan senduk kayu, letakkan periuk diatas api kecil. kacau sehingga adunan mendidih dan memekat. Bila dah mendidih dan pekat, matikan api. Biarkan sejuk seketika.
3. Agak2 dah suam, masukkan kedalam loyang yg buat base biskut tadi. Masukkan kembali kedalam peti ais sehingga strawberry curd benar2 sudah set dan tidak cair. Lebih elok biarkan semalaman dalam peti ais.

White Cloud Meringue.
1. Masukkan bahan2 kedalam periuk kecik kecuali putih telur. Gunakan termometer dan jika suhu mencecah 120c, matikan api.
2. Pukul putih telur sehingga mengembang dan berbuih. Masukkan syrup yang dibuat tadi dan dengan perlahan masukkan kedalam putih telur sambil memukul adunan putih telur tersebut sehingga bertanduk dan kental.
3. Letak diatas strawberry curd tart tadi dan bakar putih telur dengan burner torch. 

ENJOY!

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhhhhh.. akk salin resepi terus!!!

cheq da said...

Sedapnya abm

Umie Jazz said...

Assalamualaikum terbaeek dik...

Honey said...

Hi Alif!

Yeah itu dia! Sedap ke idok? :p

Isuramukyó kozan said...

Tqqqq