Resepi 314 : Eggless Caramel Pudding

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat satu resepi
yang kian menjadi perbualan dalam kalangan
suri rumah ataupun pencinta pencuci mulut.
Kalau pergi ke blog masakan,
ada sahaja yang mengupload dan berkongsi resepi
Puding Karamel Tanpa Telur ni.
Nama glemer dalam english nya
Eggless Caramel Pudding.
Nampaklah ke`urban`an sikit kan. hihi


Okeylah, taknak membebel panjang sangat.
Resepi ABM rujuk dari blog LinaPG
Bila tengok resepi sangatlah mudah cara pembuatannya
Just masukkan dalam periuk, kacau2 then jadilah puding!
Tak payah nk bakar dalam oven.
Makan time puding sejuk2 memang lah mabeles!
Jom kita tgk apa yang mudah sangat resepi ni


BAHAN BAHAN
(loyang 20cm)
Bahan A
4 sudu besar gula pasir
Bahan B
10g serbuk agar2
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (ABM guna 400ml susu segar)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik esen vanilla


CARA CARA
Bahan A
1. Firstly, kita buat lapisan caramel dahulu. Ambil loyang (pastikan loyang bukan springform), taburkan gula pasir diatasnya.
2. Gunakan api kecil, masakkan gula didalam loyang tersebut sehingga keperangan dan jadi karamel. Ratakan dan ketepikan (of course karamel akan mengeras time ni, but chill. dont worry k).
Bahan B
1. Ambil periuk, masukkan kesemua bahan B kedalamnya. Gunakan whisk dan pukul adunan sehingga tepung larut sepenuhnya. Rasa sikit adunan, kalau tawar, tambah gula/susu pekat, kalau manis, tambah air. ikut citarasa masing2.
2. Letakkan periuk atas api sederhana. Kacau sehingga adunan mendidih dan pekat (part ni kene sabar sikit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau dengan senduk kayu. Jangan malas2 ya! hihi
3. Bila dah pekat dan mendidih, tapiskan dan tuang adunan didalam loyang berisi karamel tadi.
4. Biarkan kejap kat luar barulah masukkan dalam peti ais. Kalau masukkan time panas2, nanti peti ais rosak pulak.
5. Biarkan sejuk sehingga puding mengeras. Seeloknya semalaman. Enak dimakan puding yg masih sejuk.
ENJOY!


Comments

Honey said…
Salam Aliff!

Ewah.. puding dia! Tapi kan in my opinion, kalau takde egg tu macam bukan lah caramel puding sebab mmg dah synonymn dengan telur.

Sekali sekala cuba dengan serbuk agar2 ni bagus jugak kan.. Nak cuba lah nanti :)
A.B.M said…
[honey]
kan. nama yg sesuai mybe agar2 caramel puding kot. hihihi. skali skala tukar angin. hihi
sabar dubai said…
Pesal nmpk menggoda sgt ni alif... stresss ... nk buat tp vitamin m byk nii
cheq da said…
Boleh cuba ni..jimat telur..hihihi
aima said…
aaa...jimat telur ni...
IeRA said…
salam singgah...
salam perkenalan
memang sedap pudding ni
slalu gak buat, tapi tak ingat ambil mana resepinya.... sesuai untuk orang yang sensitive ngan bau telur
A.B.M said…
[kak sabar]
hihi. kne gi farmasi mintak suppliment vitamin R. hahaha. tp kan kak, cara buat mudah sgt. mmg berbaloi lah. hihi
A.B.M said…
[cheq da]
kan cheq da. jimat telur. telur naik harga skrng. ehehehehe
A.B.M said…
[aima]
mmg jimat sangat! :)
A.B.M said…
[iera]
tq sudi singgah :)
A.B.M said…
[its all about us]
mmg sesuai sgt. selalunya puding telur caramel mmg bau telur tu ada. sesape tak suka bau hanyir, mmg sesuai sgt lah resepi ni :)
Anonymous said…
amboi AMB pun dh cuba yer..sedapkan....
Aisyah Az-zahra said…
Assalamualaikum, suka sy tgk blog ABM ni... kreatif & cantik. Saya pun dah cuba resepi Lina pg ni. Semasa saya menyediakan bahan2 ( main campak...2 je ) saya dah tersilap sukat satu bahan iaitu tepung kastard. Saya dah sukat 1/2 cawan tpg dan terus campak je..!! alamak! saya dah tersalah tengok bahan tp saya cuba olah, lebihkan 1 cawan air dan tambah sedikit lg gula. Alhamdulillah... puding ni tetap menjadi dan tetap lembut & sedap rasanya. Itulah pengalaman.
Anonymous said…
Mana pergi abm ye? Saya follow sejak 2014 lagi. Mujur ingat nama blog. Alahai.. Semoga sihat abm��

Popular Posts