Resepi 313 : Meatballs Spaghetti - Ringkas dan Enak

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat quick meal
dimana tak memerlukan banyak masa didapur
Cuma perlukan 30-45 minit sahaja.
Biasalah, hidup sebagai student kene ni
tak tentu masanya.
Ada kala terlalu busy,
ada kala pulak smpai tak tahu nak buat apa. haha
So, pikir nk buat hidangan mudah
then terjadilah hidangan ni.


Resepi ABM rujuk di dalam blog allrecipes je
Malas nak terjah blog2 lain
mana yang terjumpa di tangga teratas,
tu lah yang bakal di klik.
Sesape nak cuba, boleh la rujuk resepi kat bawah
Mudah sangat!


BAHAN BAHAN

Meatballs
400g daging cincang
1 cawan breadcrumbs
1 sudu besar dried parsley
1 sudu besar parutan parmigiano reggiano cheese
1/4 sudu besar black pepper
sedikit serbuk bawang putih
1 biji telur - dipukul seketika

sos spaghetti
3/4 cawan bawang kuning- dipotong dadu
5 biji bawang putih
1/4 cawan olive oil
2 tin chopped tomato puree
sedikit garam
sedikit gula
1 helai daun bay (laurel leaf)
3/4 sudu kecil dried basil
1/2 sudu kecil black pepper
sedikit parutan parmigiano reggiano cheese

spaghetti secukupnya - direbus sehingga masak


CARA CARA

Meatballs
1. Satukan kesemua bahan2 meatball didalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Bentukkan bulat kecil sehingga habis.
3. Panaskan olive oil didalam pan (sikit je minyaknye). Masukkan meatballs kedalam pan dan goreng dan golekkan sehingga garing. Tapi jgn smpai terlalu masak pulak. Jika dah nampak garing2 sikit diluarnya, angkat dan matikan api.

Sos Spaghetti
1. Didalam periuk, masukkan olive oil, bawang kuning dan bawang putih. Masak sehingga naik bau. Kemudian, masukkan tomato puree, garam, gula.
2. Masukkan pula daun bay, dried basil dan black pepper. Masak sehingga kuahnya agak pekat. Masukkan pula meatballs tadi dan parutan parmigiano reggiano cheese. Gaul rata. Biarkan seketika dan bila kuah dh rasa okey, matikan api dan sedia dihidang.

ENJOY!

Comments

Kak iman said…
meatballs 2 yang resepi paling mahal.so iman nk try kang
cheq da said…
Sedap nmpk abm...
IeRA said…
Salam..

Sedapnya..
MM said…
ABM, boleh dapat berapa biji meatball guna resepi ni?
Honey said…
Salam Aliff!

Amboi amboi spaghetti dia. Malam td tgk kat IG dah terliur.. tengok kat blog terliur lagi!
A.B.M said…
[iman]
try la iman! mmg sedap. nnt nk try buat resepi sweedish meatballs plak. (kalau ade masa lah) hahaha
A.B.M said…
[cheq da]
mmg mabeles cheq da.
mudah pulak tu. hahaha
A.B.M said…
[iera]
wsalam.

yumyumyum. hahaha
A.B.M said…
[dyna]
ikut saiz jugak lah. boleh dapat lebih 15 biji kot. tak kira pulak time buat. hihi
A.B.M said…
[honey]
hihi. tq honey..
nnt boleh la try ya. ;)
Anonymous said…
Assalamualaikum..nampak pun dah tau sedap...

Popular Posts