Thursday, February 13, 2014

Resepi 309 : Fudge Swirl Cheese Brownies

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah,
habis jugak final exam utk tahun 3
kat jepun ni.
Merdeka lah kejap sementara nak
tunggu result keluar kan.
Mudah2an mendapat keputusan
yang cemerlang.
Aminn ya robbal alamin.


So, untuk kali ini,
ABM buat brownies ni.
Entah kenapa terminat dah
dengan brownies ni.
Haritu buat brownies fudge biasa.
Kali ni ABM bubuh cheese sikit kat dalam tu.
Macam biasa, resepi ABM rujuk kat singaporeshiok
Tapi, tang bubuh cheese tu,
ABM olah la sendiri.
Dan ABM memang sangat2 suka brownies
yang jenis fudge.
Sangat rich dengan rasa coklat!
Pastu ditambah dengan cheese,
umph! makin terangkat!
Nak cuba?
Resepi kat bawah ni ya.


BAHAN BAHAN
(loyang 8x14 inch)

250g dark semi sweet chocolate
180g butter
3 biji telur
165g gula kastor
2 sudu kecil esen vanilla
100g tepung naik sendiri -diayak

lapisan cheese
200g cream cheese - dilembutkan
70g gula kastor
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur


CARA CARA
1. Panaskan oven 160c.
2. Didalam mangkuk tahan haba, masukkan coklat dan butter. Gunakan kaedah double boiler, carikan campuran sehingga sebati. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan telur, gula kastor dan esen vanilla. Pukul sehingga gula larut.
4. Masukkan campuran telur kedalam coklat sambil dikacau. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sebati. Masukkan adunan kedalam loyang.
5. Untuk lapisan cheese, masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk. Pukul sehingga sebati. Kemdian, sudukan adunan diatas loyang berisi adunan coklat tadi dengan beberapa tompokan adunan cheese.
6. Ambil lidi atau belakang sudu, lorekkan (swril kan) campuran cheese dan chocolate tadi. Jangan over do campuran tersebut. Cukup sekadar nampak di "swril" kan je.
7. Bakar didalam oven selama 35-40 minit. Bergantung pada oven.
8. Sejukkan dahulu barulah dipotong.

ENJOY!

2 comments:

Cheq Sue said...

dah abes tahun 3...cepatnya masa berlalu...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ABM sdap nmpk fudge cheese brownies ni...dan semoga suksess...