Saturday, February 8, 2014

Resepi 307 : Fudgy Gooey Brownies - Menu Manisan ketika Exam

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Untuk menu kali ini,
ABM tampilkan menu yang sangat mudah dibuat
tapi enak dinikmati.
ABM memang minat sangat makan brownies ni.
Tak kesah la sama ada brownie cake, chewy brownie
ataupun ianya fudge brownie.
Cake brownie adalah brownie yang tekstur nya seperti kek.
agak light.
Tapi, untuk fudge brownie, teksturnya agak mampat (dense).
Dan untuk chewy brownie pula,
teksturnya diantara tekstur cake brownie dan fudge brownie.
Dan, kali ini ABM buat fudge brownie.
Sebab teksturnya agak dense.


Memang sedap kek ni.
Sangat chocolaty.
sesiapa yang hantu coklat tu,
gerenti suka brownies ni.
Sesuai sangat lah kan time exam2 final ni.
Study sambil makan coklat. Barulah excited lebih.
Hahaha.
Sebenarnya tak sabar nak balik Malaysia after
selesai exam next week!
Okeylah, Resepi ABM rujuk kat SingaporeShiok
Thanks for the recipe yang awesome ni.
Cuma dalam brownie tu,
ABM tambah peanuts.
Sebab ABM nakkan teksture rangup sikit.
Kat bawah ni ada resepi nya ya.
Try lah lau nk buat.


BAHAN BAHAN
(loyang 8 x 14 inch)

250g dark semi sweet chocolate
200g butter - dilembutkan
3 biji telur
200g brown sugar (kalau guna white sugar, kurangkan)
2 sudu kecil vanilla esen
100g tepung naik sendiri - diayak
2/3 cawan kekacang (ABM guna peanuts)


CARA CARA
1. Panaskan oven 160c
2. Didalam mangkuk tahan haba, masukkan chocolate dan butter. Cairkan dan bila dh siap, ketepikan seketika.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan telur, gula dan esen vanilla. Pukul sehingga gula larut.
4. Masukkan adunan telur kedalam adunan chocolate. Gaul rata.
5. Masukkan pula tepung dan kekacang. Gaul sehingga sebati.
6. Loyang hendaklah dialas dengan baking paper supaya senang nak keluarkan nanti. Masukkan adunan kedalam loyang. Ratakan.
7. Bakar selama 30 minit ataupun, apabila permukaan brownies dan merekah, dah siaplah kek anda tu.
8. Sejukkan dulu barulah dipotong.

HAPPY ANNIVERSARY blog ABM
YANG KE-2!

ENJOY!

4 comments:

♥ CIKZEK ♥ said...

meleleh air liurrr. huhuhu

rostina76 said...

happy 2nd blog anniversary ABM. btw sedapnye nampak brownies ni tambahan dgn kekacang yg byk tu. rasa nak try la

aida's said...

As Salam.. Aida dah try buat brownies ni.. & confirm mmg sedapp!! Thanks ABM for sharing theh recipe.

molly milly said...

Salam ABM.. nak tanya, sebab ape ye sya buat brownie xjdi cracks kat surface dy tu? btw sy baked 160 degree celcius about 20-25 minutes. Sebabnya takot brownie tu hangit. Tak berani sampai 30 minit. hee..