Wednesday, January 22, 2014

Resepi 306 : Earl Grey Chocolate Cupcakes - ABM diserang demam cupcakes!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Sejak akhir2 ni tangan  ni asyik
nak buat cupcake je!
Bila dah kemaruk tu,
nilah yang terhasil.
Semalam ABM ada buat cupcake ni
dan harini ABM siapkan dengan frostingnya.
Buat pertama kali ABM mencuba rasa earl grey tea.
Memang sangat wangi!
Bila digabungkan dengan rasa coklat,
memang meletup2 dalam mulut
(ok, komen macam papa joe sket. hihi)
Tapi, siyesly bagi ABM sangat dapdap!
sebabnya kewangian dari earl grey tea tu
ditambah lagi dengan cream cheese frosting tu,
memang buat kita ketagih nak makan cupcake ni.
Ok word "ketagih" tu agak keterlaluan rasenye. haha
Tapi, mmg super delicious lah.


Resepi ABM rujuk kat blog Chic & Gorgeous Treats.
Memang gojes gila lah resepi dia tu.
So, sesape yang nk cuba, boleh la rujuk resepi kat bawah ni
dalam bahase melayu.
Sape yang tak paham bahase melayu,
boleh la rujuk blog dia tu yang versi english k.


BAHAN BAHAN
(12 cupcakes)

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak sayuran
2 sudu kecil vanilla extract
3/4 cawan earl grey tea
(ABM guna 2 sachets earl grey then bancuh dgn 1 cawan air suam)


CARA CARA
1. Panaskan oven 177c.
2. Didalam mangkuk, ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan secubit garam. Kemudian ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, satukan gula, telur, susu segar, minyak sayuran, vanilla extract, earl grey tea. Kacau sebati.
4. Masukkan bahan ayak kedalam bahan cecair. Gaul rata. Jangan overmix ya. Kalau dh sebati terus stop. Adunan memang cair.
5. Masukkan kedalam cawan cupcake 3/4 penuh. Bakar didalam oven selama 15-20 minit. Bergantung pada oven. Bila dah siap, sejukkan atas redai. Bila dah sejuk, bolehlah bubuh frosting kegemaran. ABM buat chocolate and cream cheese frosting ja.

ENJOY!

5 comments:

hajar said...

bahan x susah mane so... boleh ler saya cuba nanti....

MamaFaMi said...

Sungguh mempesonakan... :)

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ABM rambang mata saya dibuatnya bru jer masuk list cup cake yg green tea tu, ni ari ABM duk tayang plak cupcake yg baru..eee x tau mane satu nk dibuat dlu..tkasih atas resepi...

Cheq Sue said...

waduh...idok ada le pulok teh earl grey tu... cer pos sikit ke malaysia ni abm... -_-

sWeEt 'N LoVeLy said...

Salam ABM,

kene cari earl grey tea ni..macam sedap je..agak2 kat giant ade x..hoho