Sunday, January 19, 2014

Resepi 305 : Pizza Ayam Tomato

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat menu pizza ni
Sebab bekalan beras dah habis kat rumah
Tengok2 peti ais, ada lagi
pizza crust yang belum diguna.
So, teringin pulak nak makan pizza.


Resepi ABM main campak2 je.
Asal rupa macam pizza dah ok.
haha. Tapi ada la rasa ke'italia'nan nye tu.
Sebabnya ABM ada jugak bubuh dry herbs sikit
pada filling tu.
Sesape yang terlebih rajin,
boleh buat pizza crust sendiri.
ABM sangat lah malas.
Guna yang dah siap je.
Senang kerja.


BAHAN BAHAN
(2 keping pizza - 17cm)

2 keping pizza crust - saiz 17cm
mozzarella cheese secukupnya 

filling
250g boneless chicken legs
180g tomato puree
sedikit dry oregano
sedikit dry basil
garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
1/2 biji lada benggala - dipotong kecil2
sedikit olive oil
1/2 biji bawang holland - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu besar mozzarella cheese


CARA CARA
1. Untuk filling,  daging ayam hendaklah dikisar menggunakan food processor (nk guna yg dah dikisar siap2 pon lg mudah).
2. Didalam kuali, masukkan olive oil. Masukkan sekali bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ayam yang dikisar tadi.
3. Bila dah separuh masak, masukkan tomato puree. Gaul sebati. Kemudian, masukkan oregano, basil dan garam. Gaul rata. Masukkan juga mozzarella cheese.
4. Masak sehingga kuahnya memekat matikan api.
5. Panaskan oven 200c.
6. Letakkan filling ayam diatas pizza crust. Kemudian, masukkan hirisan lada benggala. Dan diakhiri dengan mozzarella cheese secukupnya. Atau gunalah apa2 cheese yang sesuai diletakkan diatas pizza dan mencair.
7. Bakar didalam oven selama 15-20 minit. Enak dimakan panas2.

ENJOY!

3 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ABM ngancam rasa cam nak ngendeng sepotong...

Mat Gebu said...

buat terasa lapaaarrr aje lahh memalam nihh nengok pizza ayam abm nihh....

Gee® said...

Waaaa.... lapaaar