Saturday, January 18, 2014

Resepi 304 : Green Tea Cupcakes - Berakhir sumpahan itu.

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Untuk kali ini,
ABM nak kongsikan satu resepi
yang super duper awesome!
Lau dah awesome tu,
memang sure lah sedap kan.
Wah, bukan main lagi caption kat atas tu.
Sumpahan apa ya?
Ok, kat sini nak cerita,
ABM mmg teringin nak buat cupcakes
yang pelbagai variasi.
Tapi, tiap kali ABM buat,
mesti it didn't turn up well.
So, agak lama jugak la
menyepi dengan cupcakes ni.
Kalau tgk orang buat cupcake ni geram je!
Tapi alhamdulillah,
untuk kali ini, cupcakes ABM jadi!
before ABM buat ni, ABM siap buat research
pasal how to make cupcake perfectly.
So, bende2 macam ni kene tanya En Google lah kan.
Bila dah baca and faham, baru lah tau,
kenapa before2 ni cupcake ABM tak jadi.


Untuk resepi kali ni,
ABM rujuk kat blog My Baking Workshop.
Tapi resepi yang ABM rujuk tu cuma vanilla cupcakes.
ABM pon derhakakan la sikit buat green tea cupcakes
Alhamdulillah sangat menjadi.
So, boleh la mendeco2 atas cupcake tu kan.
sekarang ni ABM sangat suka swirl roses nye deco.
so, itulah yang menjadi pilihan hati
untuk decorate atas tu.
So, sesape yang nak try, bolehlah
jengah2 resepi kat bawah ni k.



BAHAN BAHAN
(12 cupcakes)

green tea cupcakes
150g mentega
140g gula kastor
3 biji telur
180g tepung naik sendiri - diayak
50ml susu segar
1/2 sudu kecil vanilla
2 sudu besar serbuk green tea

cream cheese green tea frosting
100g cream cheese
4-5 sudu besar gula kastor - ikut citarasa
180ml non-dairy whipping cream
1 1/2 sudu besar serbuk green tea
(kalau warna pucat, tambah sikit green food coloring)


CARA CARA

cupcakes
1. Didalam mangkuk, masukkan mentega dan gula kastor. Pukul sehingga berkrim dan lembut.
2. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan pula vanilla dan kacau rata.
3. Didalam mangkuk berisi susu segar, satukan serbuk green tea dan kacau sebati.
4. Masukkan separuh tepung yang diayak kedalam adunan mentega tadi dan kacau sebati. Kemudian, masukkan pula air susu green tea tadi dan kacau rata. Kemudian, masukkan lagi lebihan tepung dan kacau rata. Adunan  jangan terlebih pukul ya. Bila dah nampak sebati, terus stop!.
5. Panaskan oven 180c. Adunan tadi hendaklah dimasukkan kedalam kertas cupcakes sehingga 2/3 penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Keluarkan cupcake dan biarkan 5 minit didalam cupcake pan. Setelah itu, keluarkan cupcake dari cupcake pan dan biarkan sejuk diatas redai sepenuhnya sebelum decorate.

cream cheese frosting
1. Pukul cream cheese dan gula sehingga berkrim dan lembut. Kamudian, masukkan serbuk green tea dan pukul rata.
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak. Kemudian, kaup balik kedalam adunan cream cheese. Jika warna pucat, tambah green food coloring sikit utk menaikkan lagi warnanya.
3. Bolehlah decorate atas cupcake anda yang dah sejuk itu.

ENJOY!

8 comments:

Noor Yusoff said...

nice mmg sangat cantik dan cute

Umie Jazz said...

Assalamualaikum..ABM mmg terbaeeklah....sweet,cute..nice...

Mummy Aida said...

Alo ABM.
Sooo cute soo sweet soo comel yr cup cake
Pos lah sebiji kat mummy nak rasa juga ni
Mesti yum yum... Sedap nya!!!!

cheq da said...

Alahai tomei2nya abm mendeco cupcakes...

A.B.M said...

noor yusuf,
tq :) dh lama jugak sy x deco cupcakes. :D

A.B.M said...

wsalam umie,
pasni, umie bolehlah try jugak. :)

A.B.M said...

mummy,
tu lah, ABM mmg suka deco yang stail rose swirl ni. nmpk comel lote la pulak. hihi
kalau jiran mmg dh hulur da. hihi

A.B.M said...

cheq da,
dh lama jugak tak mendeco cupcakes.
syukur jadi! alhamdulillah. hihi