Saturday, January 4, 2014

Resepi 302 : No-Baked Coffee Cheesecake - ala tiramisu (?)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni ABM
barulah bekesempatan nak update blog ni.
Lebih seminggu jugaklah ABM gi jejalan rumah kawan2
ABM kat jepun ni
bersempena dengan Cuti Winter utk semester ni.
Bila dah bercuti tu,
paham2 jelah kan.
Tak sempat nak jengah blog yang dh naik habuk ni.


Beberapa hari lepas juga,
ABM ada buat cheesecake ni
utk gathering kecil2an haritu.
Jenuh jugak nak pikir kek ape yang simple
dan sedap utk dibuat.
Pikir punya pikir,
ABM pon dapatlah idea nak buat kek ni.
Lagipon kawan2 ABM yg ada time
gathering tu mmg sukekan coffee.
Resepi ni ABM main bubuh ja
dan guna resepi basic yang ada dalam otak ni.
Utk sukatan gula kat bawah tu,
kalau kurang manis bagi anda, tambah la lagi ya.
ABM main agak ja time buat
Kek ni dpt bnyk pujian jugak.
So, sesape yang nk buat,
boleh la try ya.



BAHAN BAHAN
(20cm loyang springform)

Dasar
1 keping kek sponge vanilla saiz 18cm
(nak guna dasar biskut pon boleh)

Cheesecake
A
200g cream cheese
3 sudu besar gula kastor (ikut citarasa)
2/3 paket nescafe 3in1 (nak guna 1 paket pon boleh)
3 sudu besar air panas

B
2 sudu besar gelatin halal
2 sudu besar air panas

C
300ml whipping cream
5 sudu besar gula kastor (ikut citarasa)

hiasan
parutan coklat


CARA CARA

dasar
1. Letakkan sponge cake ditengah2 loyang. Ketepikan.

Cheesecake
1. Pukul cream cheese sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula kastor dan bancuhan nescafe+air panas kedalam adunan. Pukul sebati dan ketepikan.
2. Satukan bahan B dan biarkan 5 minit supaya gelatin mengembang. Bila gelatin dah mengembang, gunakan microwave/waterbath utk mencairkan gelatin tersebut.
3. Masukkan gelatin yang dah cair kedalam adunan cream cheese coffee.
4. Pukul whipping cream dan gula sehingga kental dan mengembang. Masukkan 1/3 darpada adunan whipping cream kedalam adunan cheese dan kaup balik sebati. Masukkan lebihan whipping cream dan kaup balik rata.
5. Masukkan kedalam loyang tadi. Sejukkan kedalam peti ais semalaman sebelum dipotong.
6. Keluarkan kek pada loyang dan hiaskan dengan parutan coklat.


SELAMAT TAHUN BARU 2014!!

ENJOY!

2 comments:

Moonirah said...

menarik! boleh cube nie...

nk try guna ladyfingers kat base...tapi nk kene dip dlm coffee la plak kan..huhuh...takpe..try ni dlu..hehe

misz fatyen said...

salam..
tumpang tanya..kalau xnak guna gelatin kek ni menjadi ke x?