Wednesday, December 25, 2013

Resepi 301 : Zebra Caramel Pudding Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat kek ni.
Memandangkan malam ni akan catch 
bus ke Tokyo,
siang ni lah nak update resepi sebelum terlupa.
Sebelum ni ABM penah buat kek ni.
Memang sedap dan lembut sangat!
ABM sangat suka kek2 jenis camni.
So, kali ni ABM buat lg
guna resepi yang sama,
tapi dengan rupa yang berbeza


ABM guna resepi dari blog Pn Azlita.
Tapi ABM buat twist sikit guna koko.
Alhamdulillah hasilnya sangat cantik.
Suka sangat dengan color tu.
Kek ni kek utk buah tgn.
Nak jumpe kwn2 lama kan.
Apa salahnya bg dyorng rasa air tgn ABM ni.
ecehh! haha
So, sesape yang nak resepi, boleh tgk dibawah


BAHAN BAHAN
(Loyang 8 inci)

Karamel
3 sudu besar gula pasir

Puding
200 ml susu cair
70g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

*p/s : Jika mahukan lapisan puding tebal, doublekan resepi diatas*

Kek Span Marble

Bahan A
70g gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak sayuran

Bahan B (diayak)
140g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Bahan C
6 biji putih telur
70g gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar - bole ganti dgn jus lemon

Bahan D
2 sudu besar serbuk koko


CARA CARA

Karamel
1. Sediakan loyang 8 inci dan letakkan diatas dapur. Masukkan gula dan masakkan gula sehingga menjadi keperangan.
2. Gerakkan loyang untuk mendapatkan lapisan karamel yang sekata. Ketepikan seketika. Jangan risau jika karamel mengeras.

Puding.
1. Masukkan susu cair dan gula didalam mangkuk. Kacau sehingga gula larut.
2. Didalam mangkuk lain, kacau kuning telur dan vanilla dengan perlahan. Satukan adunan  kuning telur kedalam adunan susu. Kacau rata.
3. Tapiskan adunan kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan seketika.

Kek Span Marble
1. Masukkan bahan A (kecuali gula) didalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
2. Masukkan gula dan pukul sehingga kembang lagi.
3. Masukkan bahan B yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.
4. Didalam mangkuk lain yang bersih, masukkan putih telur. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit dan cream of tartar dan pukul sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
5. Masukkan 1/3 daripada putih telur kedalam adunan kek tadi. Kaup balik sebati. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati lagi. Jangan overmix adunan kerana udara pada putih telur akan hilang. Nanti kek tak naik dengan cantik.
6. Bahagikan kek kepada 2 bahagian. Campurkan serbuk koko pada salah satu adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7. Untuk mendapatkan corak marble, mulakan dari tengan, sudukan 3 sudu adunan coklat kedalam loyang berisi puding tadi. Kemudian, masukkan pula 3 sudu adunan original. Ulang sehingga habis. Utk mendapatkan corak yang cantik, jangan sekali-kali ratakan adunan. Biar adunan spread dgn sendiri.
8. Goyangkan sedikit loyang supaya adunan kek jadi sekata.

Proses Bakar
1. Panaskan oven 160c.
2. Masukkan loyang berisi adunan kek tadi kedalam loyang kosong yang lagi besar. Kemudian, curahkan air panas didalam loyang kosong tadi. Proses ini dipanggil water bath.
3. Kak ita gunakan api bawah sahaja semasa proses pembakaran. Tapi oven ABM tak boleh adjust api bawah atau atas. Jadi, ABM bakar seperti biasa.
4. Bakar selama 1 jam. Pada 30 minit yang pertama, ABM dapati, diatas kek sudah mulai keperangan, jadi ABM ambil aluminium foil, dan cover atas kek supaya tidak hangus. Pada minit yang ke 7-10 terakhir, ABM keluarkan semula aluminium foil tersebut dan sambung proses bakar.
5. Jika dan siap dibakar, biarkan kek didalam oven sehingga kek merenggang sendiri daripada loyang.
6. Bila kek sudah tak panas, terbalikkan loyang diatas papan kek utk dihidang. Sejukkan kek didalam peti ais untuk lebih enak dimakan.

ENJOY!


5 comments:

Gee® said...

Wow! bestnya... terlior!

sehnnu89 said...

Hi ABM. Kek ni mmg sgt soft and sedap. Dah cuba semalam. kita gantikan serbuk koko dengan cocoa emulco.. Ramai yg menyukai hasilnya. Thank you and keep posting good recipes... :)

Umie Jazz said...

nampak sedap...corak pun cantik...mmg terbaeek..

Umie Jazz said...

nampak sedap...corak pun cantik...mmg terbaeek..

Sue Bee said...

nak try buat kalu ada kelapangan lepas ni