Resepi 300 : Strawberry Meringue Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Wahh! tak sangka kat dalam blog ABM ni,
resepi dah mencecah 300!
Alhamdulillah sgt blog ni masih bernafas seperti biasa
walaupon terkadang tu sesak nafas juga.
Okeylah berbalik pada topik kali ni,
Pada majlis Housewarming ABM tempoh hari,
ABM ade juga menyediakan menu kek ni.
Tak sempat pulak nk upload semalam.
Sejak dah beli torch burner ni,
bukan main lagi ABM galak bakar membakar
meringue tu.
Selain daripada rupanya yang rustic dan menarik,
meringue ini juga menjadi 'penyeri'
didalam hidangan cheesecake ni.


Resepi for baked cheesecake ni
macam biasa,
ABM guna resepi2 sebelum ini.
Cuma rasa nya sahaja yang berbeza.
Jadi, sesape yang nk cuba tu,
boleh la try resepi ni.
Dan ABM selalu mendapat soalan tentang;
Jika tiada torch burner, boleh ke nak bakar meringue guna oven?
Jawapannya ABM tak tahu sebab ABM tak pernah
buat eksperimen lagi.
Bukan nya ABM tak nk cuba buat eksperimen,
cuma ABM takut tanggung risiko kalau tak jadi.
Maklumlah, harga cream cheese agak mahal,
kalau tak jadi mmg sedih la kan.
Sesape yg nk buat eksperimen tu,
silakan. Nanti bgtau jawapan pd ABM k.
hihi


BAHAN BAHAN
(Loyang springform 20cm)

Base
160g biskut (guna la biskut kegemaran)
60g butter - dicairkan

Filling
1 1/2 cawan buah strawberry
2 sudu besar gula - ikut citarasa

Strawberry cheesecake
200g cream cheese
200ml non- dairy whipping cream
2 1/2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula kastor (ikut citarasa)
2 biji telur
4 sudu besar sos strawberry (drpd strawberry compote)

Meringue
2 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor


CARA CARA

Base
1. Hancurkan biskut didalam food processor. Kemudian, masukkan butter yg dicairkan dan kisarkan rata.
2. Tuang kedalam loyang dan ratakan serta tekankan biskut tersebut supaya mampat. Masukkan kedalam peti ais sementara buat bahan yg lain.

Filling
1. Buah strawberry dibersihkan dan dipotong dua. Masukkan kedalam periuk dan masukkan sekali gula didalamnya.
2. Masak sehingga air pada strawberry tersebut memekat.
3. Asingkan buah strawberry dan sos nya. Tapi sosnya jgn buang pula ya. Sosnya digunakan sebagai pewarna pada cheesecake nanti.
4. Susun buah strawberry di bahagian tengah loyang. Masukkan kedalam peti ais lagi sementara buat bahan yg lain.

Strawberry cheesecake
1. Putarkan cream cheese sehingga berkrim. Masukkan pula sos strawberry dan pukul rata.
2. Masukkan gula dan pukul sebati. Kemudian, masukkan tepung dan pukul sebati lagi.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Kemudian, masukkan whipping cream dan pukul sebati. Jika anda mahukan cheesecake yang lembut, pukul adunan sehingga kembang. Jika anda mahukan cheesecake yang compact, pukul seketika sahaja.
4. Masukkan kedalam loyang dan ratakan.

Proses bakar
1. Panaskan oven 150c
2. Bakar didalam oven sehingga 60-65 minit dengan kaedah waterbath. Loyang hendaklah dibalut aluminium foil pada dasarnya supaya air tak masuk kedalam. Waterbath adalah kaedah dimana, loyang adunan diletakkan didalam loyang yang lebih besar. Kemudian, masukkan air panas didalam loyang besar tersebut dan dibakar sekali didalam oven.
3. Selepas dibakar, biarkan didalam oven sehingga oven sejuk. Kemudian, barulah boleh dimasukkan kedalam peti ais semalaman sebelum boleh dikeluarkan daripada loyang.

Meringue
1. Pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil memukul putih telur. pukul sehingga kental.
2. Masukkan kedalam piping bag dan paipkan meringue diatas cheesecake. Gunakan torch burner untuk membakar meringue tersebut. Sedia dihidang.

ENJOY!


Comments

Cheq Sue said…
Akak pernah gak bakar meringue ni pki oven..guna api atas je tp kn tgk sokmo la takut terhangit
Mat Gebu said…
...ada kelassss....ehemm...
Sue Bee said…
sangat bergaya hidangan ABM ni..SB nak buat pon,touch burner tak de..
Cik Sara said…
Oho... Nak kena beli touch burner ni. Buat collection. Hehehe
Anonymous said…
Assalamualaikum ABM..nmpk klasik cheesecake tu....

Popular Posts