Sunday, December 15, 2013

Resepi 299 : No-baked Green Tea Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama rasanya tak buat
no baked cheesecake ni.
Disebabkan malas nak buat kek yang
bakar membakar ni,
terus terpikir nak buat dessert ni.
Lagipon, ABM memang suka sangat
perasa greentea ni.
Bila dibuat dessert memang best lah!


Okeylah, menu ni sebenarnya utk aktiviti semalam.
Iaitu semalam ABM ada buat housewarming sikit kat rumah.
Maklumlah, dh lama dah pindah rumah ni,
baru skrng ade kesempatan nk buat makan2.
Dan ada lah beberapa lauk yang ABM hidangkan.
Ada lontong dengan sambal kacang, rendang ayam,
dan juga mee sup.
Tidak lupa juga kepada rakan2 yang turut
membawa buah tangan semalam.
Terima kasih bnyk2!!


Terima kasih yang tak terhingga buat rakan2 yang 
turut membantu ABM di dapur.
Kalau buat sorang bole pengsan!
Special thanks kepada jejaka yg membantu ABM di dapur iaitu
Amri Anuar dan Khairul Anam.
Dan kepada si dara yang turut membantu ABM iaitu
Kak Saradatul Akmar, Atiqah Yahya, Nuradiza, 
Nad Razali dan juga Aishah Jamaluddin.
Tanpa mereka2 ni memang lambat lah siap makan2 tu.
Untuk resepi kek ni, ABM buat guna resepi Che Mat
yang telah diolah sesuka hati oleh ABM.


BAHAN BAHAN
(20cm loyang springform)

Base
1 keping kek span - saiz 18cm
(atau boleh guna dasar biskut seperti cheesecake yang lain)

Green Tea Cheesecake
30g instant green tea
250g cream cheese
200ml non-dairy whipping cream
60g gula kastor - ikut citarasa
1 1/2 sudu besar gelatin halal + sedikit air panas

Green Tea Jelly
4g-5g agar-agar - xde perisa
350ml air
15g instant green tea
3 sudu besar gula - ikut citarasa



CARA CARA

Base
1. Letakkan kek span di tengah2 loyang. Pastikan ada ruang di bahagian tepi dengan keluasan yang sama besar.

Green Tea Cheesecake
1. Cairkan gelatin didalam air panas. Jika masih tidak mencair, cairkan didalam microwave ataupon dengan kaedah double boiler. Ketepikan
2. Didalam mangkuk, masukkan cream cheese, gula, dan green tea instant. Pukul sehingga creamy. Masukkan gelatin yg dicairkan dan gaul rata
3. Didalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga kental.
4. Kaup balik adunan cheese dan whipping cream sebati.
5. Masukkan kedalam loyang dan ratakan. Pastikan bahagian tepi loyang dimasukkan dahulu untuk mengelakkan ada ruang yang tidak diisi adunan cheesecake.
6. Sejukkan didalam peti ais selama 2jam atau lebih.

Green Tea Jelly
1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk. Masak sehingga agar2 cair dan sebati.
2. Keluarkan loyang berisi creamcheese tadi dan tuang diatasnya. Pastikan tiada buih untuk cheesecake kelihatan licin. Kalau ada buih, ambil lidi dan cucuk buih tersebut.
3. Masukkan didalam peti ais semalaman sebelum dipotong.

ENJOY!



5 comments:

Cheq Sue said...

Rumah ABM ni kalah rumah anak dara... semuanya ada... *_*

A.B.M said...

cheq sue, yg periuk belanga semua tu bukn sy punya. pinjm kwn2 kat sini jugak. hahaha. :D

musa nora said...

kagumnya akak pd kamu

musa nora said...

kagumnya akak pd kamu

honeyza che ramli said...

Hai, nk tnye ade buat baking class?