Monday, December 9, 2013

Resepi 298 : Bayam masak Lemak Putih

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama rasanya ABM tak makan
masakan melayu.
Tetibe tekak ni memintak2 pulak nak makan
sayur yang dimasak dengan cara melayu.
Tapi, kerajinan tu xdelah sangat kan.
So, menu ni jelah untuk dijadikan lauk tengah hari
untuk hari ini (dan utk esok jugak. hihi)


Disebabkan kekeringan idea,
ABM pon belek2 lah blog Che Mat kita tu.
Tup2 ternampak Bayam masak lemak putih.
Baca resepi senang rupanya nk buat menu ni.
Terus pegi ke kedai beli barang2 yang diperlukan.
Nak lagi sedap, sepatutnya dimakan sekali dengan 
sambal belacan.
Walaupun ABM ni orang johor,
tapi, ABM kurang minat sambal belacan ni.
Kalau ada depan mata tu ABM sentuh la jugak,
tapi kalau xde pon xpe. Haa, macam tu la perumpamaannye.
Disebabkan menu ni sangat mudah disediakan,
ABM pon nak kongsikan lah pada anda semua.
Dan mesti sebahagian besar anda yang baca ni
pernah buat menu ni kan.


BAHAN BAHAN

2 cekak sayur bayam
1 sudu besar udang kering -direndam sekejap dan ditumbuk
1  biji bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 liter santan cair - 50ml santan kotak + air
400ml pati santan pekat - ABM guna 150ml santan kotak
Air jika perlu
garam dan gula secukup rasa
3 biji cili padi - dihiris (ikut citarasa)


CARA CARA
1. Bayam hendaklah dibersihkan. Potong bayam dan asingkan batang dan daunnya.
2. Didalam periuk, masukkan santan cair, hirisan bawang besar dan putih, dan juga udang kering yg ditumbuk. Masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan batang bayam. Jika batang dah agak lembut, masukkan daunnya. Kacau rata. Jika kuahnya kurang, tambahkan air lagi.
4. Tuangkan santan pekat kedalamnya. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana. Masukkan pula cili kemudian kacau dan masak sekejap. Bila dah okey rasanya, matikan api dan siap disediakan.

ENJOY!

4 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ABM walau pun ringkas menunya tapi mmg membuka selera...

FnF Centre said...

Selera org kampung...masak lemak putih..TERBAIK!!!..

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

Cheq Sue said...

Menu terbaik di musim hujan skrg... pekena dgn ikan kering goreng... perghhhh

Mai said...

Assalamualaikum

Sedap lemak nya. Saya baru cuba tadi. tapi guna secekak bayam saje, sebab pertama kali buat. Saya bubuh udang segar 4 ekor, pastu santan kotak saje, sambil agak2 dah pekat. Lemak saya jadi ungu2 sikit sebab bayam nya. Tapi masih sedap. Terima kasih ye untuk resepi.