Wednesday, November 27, 2013

Resepi 294 : Upside Down (?) Pineapple Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Sekarang ni ABM tengah mood 
Cheesecake!
Kalau boleh memang nak olah rasa
cheesecake ni dengan
suka-hati-aku-je haha.
Entah macam mana,
dapat idea nk olah rasa cheesecake ni
dengan rasa nenas pulak.


Resepi memang ABM guna resepi
yang memang digunakan
di setiap resepi baked cheesecake ABM.
Mudah dan bahan2 nye pon tak gunakan banyak cheese.
Selain dapat mengurangkan kos,
ianya juga dapat lah kurangkan
jumlah kalori dalam makanan (?)
Resepi ni jugak ABM ambik idea dari
Upside down pineapple cake.
Tapi kali ni ABM buat la style cheesecake
tapi ala2 upside down gak la.
walaupon sebenarnya tak upside down sangat pon. haha
Okeylah, sesape yang nk try tu,
jengah2 la resepi kat bawah ni ya.


BAHAN BAHAN
(loyang 20cm)

Base
180g biskut plain crackers - atau apa2 yg digemari
80g butter - dicairkan

Pineapple Cheesecake
10 keping nenas - ABM guna dalam tin (diblender)
250g cream cheese - disuhu bilik
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula kastor - ikut citarasa
2 biji telur
160ml non dairy whipping cream
sedikit pewarna kuning - optional

Caramelized Pineapple
6 keping nenas (dalam tin)

Salted Caramel Sauce
Resepi disini


CARA CARA

Base
1. Kisar biskut didalam food processor. Masukkan butter yang dicairkan dan kisar sehingga sebati.
2. Masukkan didalam loyang dan tekan2 sedikit sehingga rata. Masukkan kedalam peti ais sementara membuat bahan2 yang lain.

Pineapple Cheesecake.
1. Masukkan cream cheese dan pukul sehingga berkrim. Masukkan pula buah nenas yang dikisar halus dan pukul sebati.
2. Masukkan gula dan pukul sebati. Masukkan pula tepung dan pukul sebati. Setelah itu, masukkan whipping cream dan pukul sehingga sebati lagi.
3. Masukkan pewarna kuning dan telur satu persatu dan pukul sebati.
4. Masukkan kedalam loyang dan hentakkan sedikit. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan 150c dan bakar sehingga 60-65 minit.
5. Setelah masak, biarkan kek didalam oven sehingga oven sejuk. Kemudian, barulah masukkan kedalam peti ais semalaman sebelum dikeluarkan daripada loyang,

Caramelized Pineapple
1. Grill nenas sehingga ada kesan terbakar padanya. Kek yang sudah disejukkan di dalam peti ais semalaman, dikeluarkan daripada loyang. Kemudian, susun nenas diatasnya.
2. Bolehlah dihidang bersama salted caramel sauce.

ENJOY!

13 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ABM nmpk sedap..kreatif dan mmg terbaeekkk

Gee® said...

wow! mantop...

Mat Gebu said...

anak siapaaaa lah ni yang pandai sangatttt!!!.....boleh jadikan menantu nihh..

cheq da said...

Sedapnya..kelassss abm

ummiaisyah said...

ye la...sungguh ahkak terguda!

farah amalina said...

Senang pulak yamagata nk cr bahan buat kek yg halal.

farah amalina said...

Senang pulak yamagata nk cr bahan buat kek yg halal.

A.B.M said...

umie,
thankss :)

A.B.M said...

[gee]
hihi. xdela mantop mana. olah dri resepi asal je. hihi

A.B.M said...

[che mat]
anak wak misnan. HAHA.
mintak che mat carikan calon please. kehkeh

A.B.M said...

[cheq da]
hihi. kelass jahh oi. HAHA

A.B.M said...

[ummi]
lau dh tergoda tu, try la wat kak. hihi

A.B.M said...

[farah]
bahan2 yg digunakan ni mostly mudah nk dpt yg halal kat supermarket. :)