Saturday, November 23, 2013

Resepi 293 : Banana Cream Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Kelmarin ABM ade buat cheesecake ni.
Memandangkan ada pisang kat rumah ni.
Daripada terbiar camtu je,
lebih baik buat something yang best.


Pikir punya pikir ABM pon buat keputusan
nak buat kek ni.
Resepi ABM rujuk dari resepi
Apple crumble cheesecake yang ABM buat haritu.
Dimana resepi yang asalnya ABM rujuk dari blog NI
So, alter punya alter, jadilah satu kek yang ABM beri nama
Banana Cream Cheesecake


BAHAN BAHAN
(loyang 20cm springform)

Base
180g biskut kegemaran
80g butter - dicairkan

Banana Filling
250g pisang - dipotong memanjang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 biji jus lemon
2 sudu besar gula kastor

Banana Cream Cheese
250g cream cheese - disuhu bilik
160ml non-diary whipping cream
4 sudu besar gula kastor
250g pisang terlebih masak - dilecek
5 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Crumble
100g tepung gandum
50g mentega - disejukkan
1 1/2 sudu besar gula kastor


CARA CARA

Base
1. Kisarkan biskut sehingga halus. Masukkan mentega yang dicairkan dan gaul rata.
2. Tuang kedalam loyang dan ratakan. Masukkan kedalam peti ais sementara membuat bahan yang lain.

Banana Filling
1. Masukkan kesemua bahan2 untuk filling kedalam mangkuk. Gaul rata.
2. Susun pisang didalam loyang dengan sekata. Masukkan kembali kedalam peti ais sementara membuat bahan yang lain.

Banana Cream Cheese
1. Pukul cream cheese dan pisang yg dilecek sehingga berkrim. Masukkan pula gula dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan pukul sebati. Kemudian, masukkan whipping cream dan pukul sehingga adunan sebati. 
3. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu dan pukul rata. Tuang adunan kedalam loyang dan ratakan.

Crumble
1. Masukkan kesemua bahan crumble dan gunakan garfu, satukan bahan2 sehingga menjadi serbuk.
2. Taburkan didalam loyang berisi adunan tadi dengan sekata.

Penyediaan
1. Panaskan oven 150c. Balut dasar loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk kedalamnya.
2. Masukkan loyang tadi kedalam bekas tahan haba yang lebih besar. Tuangkan air panas didalam loyang yang besar tadi. 
3. Bakar selama 60-65 minit. Apabila selesai membakar, biarkan adunan didalam oven selama 1 jam. Setelah itu, masukkan cheesecake kedalam peti ais untuk semalaman sebelum boleh untuk dipotong.

ENJOY!

7 comments:

Cheq Sue said...

hai...pejam mata, tarik nafas je kalau datang sini... nampak sedap je yang di dalam gambar tu... tengah musim apa sekarang ni di jepun abm? cantik je tgk gambar sidebar

Umie Jazz said...

ssalamualaikum...ABM klu dpt mkn ni mesti lelap2 mata smbil menikmati keenakan banana cheese cake ni..=)

cheq da said...

As salam abm.
Memang selalu terbaikkk..selalunya siapa yg dpt mkn kek ni?

A.B.M said...

cheq sue,
haa, ape lg.. jom buat kek ni. hihi.
skrng ni dah late autumn. Suhu pon dh makin jatuh skrng. x lama lg winter la pulak. adehh.

A.B.M said...

umie,
wsalam.. :) Tulah, mmg mkn smbil pejam mataaaa. :D

A.B.M said...

cheq da,
wslam.. kawan2 ABM lah yg jadi pengkritik tetap ABM kat sini.haha. Nak makan sorng mmg x mmpuu. :D

zarifahmr said...

dangggg ! bravo abm bravo :D