Friday, November 15, 2013

Resepi 291: Ikan Bakar bersama Sos Kicap Berbawang - Simple yet delicious!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Menu kali ni tersangat2lah
menggamit kerinduan dengan rumah kat malaysia.
Teringat kat Mak.
Sebabnya kalau balik mesia,
mesti order menu ni kat mak.


Bagi ABM,
kalau buat menu ni,
tak payah la menu2 lain.
Ni je pon dah cukup nak naikkan selera.
Makan dengan nasi panas memang kaw kaw!
Bahan2 mmg senang sangat.
Tak payah tgk resepi pon dah tau cara buat.
Tapi since blog ni pon namanya blog resepi,
ABM pon tulislah resepi kat bawah ya.


BAHAN BAHAN
(untuk 2 orang)

2 ekor ikan kembung (生あじ)

Bahan sos
100ml kicap manis
1 biji bawang besar - dihiris (kalau besar sgt, pakai 1/2)
5-7 biji cili padi (ikut citarasa) - dihiris
20ml air asam jawa (ikut citarasa)


CARA CARA

Ikan Bakar
1. Bersihkan ikan. Gunakan kuali dasar leper, bakar ikan tersebut. Tutup kuali seketika.
2. Kene rajin tgk2 ikan tersebut ya. Jika dah masak (ade kesan2 terbakar), buat side sebelahnya pulak. Bakar sehingga ikan masak. 

Untuk sos
1. Masukkan kesemua bahan dan gaul rata.
2. Biarkan beberapa minit sebelum dimakan. Sebabnya, biar rasa bawang dan cili tu sebati dengan sos dulu baru dimakan. 

ENJOY!

5 comments:

Gee® said...

Pergh! kecur....

Umie Jazz said...

Assalamualaikum..simple dan sedap...jika sudi singgah lah keblog saya yang tak seberapa ni...tkasih...
http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com

cheq da said...

ABM ni memang kelasss la..semua boleh..rindu kt mak..masak ala2 yg boleh teringat kt mak..

ela said...

kagumnyer ngan ABM...cantik gambar..nampak sedap2 belaka

Anonymous said...

kerrlass akak abm nih..ik