Thursday, November 14, 2013

Resepi 290 : Matcha Ice Box Pesona Cheesecake - Experiment lagi!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Beberapa hari lepas,
ABM belek2 lah blog Pn Azlita Masam Manis.
Tup2, ternampak kek Pesona Cheesecake
yang Pn Azlita buat.
Tapi bila tengok pada jumlah cheese yang digunakan,
memang banyak!
Kat jepun ni tersangat lah mahal harga cream cheese.
So, bila beli satu block (lebih kurang 200g),
just mampu buat satu resepi je guna satu block tu.


Jadi, ABM pon buat lah eksperiment kat dapur
beberapa hari lepas.
ABM tambah tolak darab bahagi resepi dari blog
Pn Azlita tu,
ABM pon sejukkanlah kat bahagian peti ais biasa.
Keesokannya, ABM tengok still tak mengeras
sebab susah nak potong.
Pikir punya pikir,
ABM pon freeze kan kek ni kat bahagian sejuk beku.
So, bila harini ABM tengok, memanglah mengeras kan.
Bila rasa pulak,
MasyaAllah, macam rasa ice cream pon ada.
Macam rasa cheesecake pon ada.
Memang ABM dah olah 360° resepi asal tu.
Maaflah ye sbb terderhaka yg terlampau. hihi
So, sesape yang nak try, boleh lah
jenguk resepi kat bawah ni ya.


BAHAN BAHAN
(loyang 20cm loyang springform)

Bahan A
Plain Crackers secukupnya (lebih kurang 250g)
400ml susu segar - dipanaskan

Bahan B
40-50g instant matcha (serbuk) [tambah sikit utk tabur atas kek]
200g cream cheese - disuhu bilik
2/3 cawan susu pekat (ABM guna jenama F&N)
1/2 biji jus lemon
200ml non diary whipping cream
4-5 sudu kecil gula kastor (ikut citarasa)
1 1/2 sudu besar gelatin halal + 1 sudu besar air panas


CARA CARA
1. Cairkan gelatin+air dengan menggunakan microwave. Boleh juga menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan seketika.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan cream cheese, jus lemon, dan susu pekat. Putar sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gelatin yang dicairkan tadi dan gaul rata.
3. Didalam mangkuk lain pula, masukkan whipping cream dan gula serta instant matcha. Putar sehingga soft peak.
4. Masukkan whipped cream kedalam adunan cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati.

penyediaan
1. Sediakan loyang springform. Celupkan biskut kedalam susu panas seketika dan susun didasar loyang. 
2. Kemudian, sendukkan sedikit adunan matcha cream cheese tadi kedalam loyang dan ratakan. Celupkan lagi biskut didalam susu dan susun lagi diatasnya. Sendukkan lagi adunan matcha cream cheese dan ratakan. Ulang proses ini sehingga adunan habis.
3. Dibahagian atas kek taburkan serbuk matcha. Cover loyang dengan plastik wrap dan sejukkan di bahagian sejuk beku didalam peti ais selama 4-5 jam. Lebih elok semalam. Bila dan keras, bolehlah dipotong dan dihidang.

ENJOY!

8 comments:

zarifahmr said...

dugaan puasa ! huhu duk pikir gak matcha ni apa sebenarnya. nak tryy tapi sejak mixer rosak ni dah lama tak bakingg. sedih :(

A.B.M said...

Hihi, selamat berbuka zarifah :)
try lah buat zarifah. kompom terus jatuh cinta ngn dessert berasaskan green tea :)

cheq da said...

Terbaikkkk..

Anonymous said...

Salam ABM, Matcha tu pe ya?

-Dee-
airasweetnlovely@blogspot.com

Cheq Sue said...

tengok je dulu sambil kelip2 mata... *_*

A.B.M said...

anon,
matcha tu green tea :)

A.B.M said...

cheq sue & cheq da (eh mcm kembar pulak kan cekgu dua orng ni) hihi,

try la buat.. mmg menusuk kalbu. ok, ayat over sikit. HAHA

Anna said...

Thanks ABM sebab bagi resepi happy giler! kenapa la sekarang baru jumpa. Saya ada jual matcha dari Uji, Japan. RM 55 (70g), untuk Food Grade. Premium Grade RM35.90. free delivery. haha sempat lagi promote hihihii