Monday, November 4, 2013

Resepi 287 : Easy Chocolate Bundt Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ade buat
kek bundt coklat ni.
Tujuan utama adelah
ABM nak test guna loyang baru ni.
ABM beli time balik mesia aritu.
Sangat tertarik dengan corak loyang nih.
Terus grab satu before balik jepun aritu.


Bila tujuan utama just nak try loyang je,
ABM pon cari lah resepi yang paling mudah.
Cari punya cari,
ABM dapatlah satu resepi ni,
dari blog Diana's Dessert.
Thanks for the recipe ya.
Sesape yang nk try,
bolehlah rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(loyang bundt cake saiz 20cm)

Bahan A
1 2/3 cawan gula kastor
1 3/4 cawan tepung gandum - diayak
1/3 cawan serbuk koko - diayak
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam

Bahan B
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan kopi cair (yg tawar)


CARA CARA
1. Satukan bahan A dan bahan B (kecuali kopi) kedalam mangkuk dan putarkan sehingga sebati (lebih kurang 2 minit.
2. Kemudian, masukkan kopi cair dan kacau sekata.
3. Loyang hendaklah di gris dengan minyak/mentega. Masukkan adunan kedalam loyang.
4. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan 180℃. Bakar selama 50-55 minit.
5. Bila dan siap bakar, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk diluar selama 10 minit. Kemudian, telangkupkan loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang.
6. Tabur icing sugar jika perlu. Enak dimakan di waktu petang.

SALAM AWAL MUHARRAM

ENJOY!

4 comments:

Sue Bee said...

kalau nak guna acuan ni untuk kek chiffon, tentu cantik jugakkan..

adrianna syaz said...

Cantik loyang tu abm..resipi kek pun simple je..nnti bleh la cuba2 ni

A.B.M said...

sue,
cantik jugak guna loyang chiffon. cuma tak bercorak lah. :)

A.B.M said...

adriana, tq! :D sbb ternampak pulak kat kedai jual brng kek. terus grab satu. haha.

tulah, resepi paling senang kot. nnt cuba lah ya. :)