Sunday, November 3, 2013

Resepi 286 : Matcha and Vanilla Ice Box Dessert in Jars- 5 ingredients ONLY!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Beberapa hari lepas,
ABM sangat teruja tengok resepi
yang dipost oleh 
Tapi, kak ita buat versi kek coklat ice box.
Dari situ ABM dapat idea 
and nak olah resepi kak ita tu.


Pikir punya pikir,
Dapatlah cara mudah nak buat resepi ni.
Dengan hanya 5 bahan,
dah bole buat satu dessert yang meletop!
Tak percaya? kenalah cuba ya.
Disini juga ABM sertakan video resepi
yang ABM buat khas untuk pengunjung blog ABM.
Disini jugak nak promote sikit,
ABM baru buat Youtube Channel untuk
video recipe (kalau rajin ABM buat),
So, sesape yang nak tahu lebih lanjut,
bolehlah subscribe channel
ABMstudioProduction ye. hihi


BAHAN BAHAN
(5 bekas kaca saiz sederhana besar)

crust
180g biskut marie - boleh guna biskut yg digemari

perisa matcha
250ml non diary whipping cream
42g instant matcha - boleh kurang or tambah
3 sudu kecil gula kastor - ikut citarasa

perisa vanilla
250ml non diary whipping cream
1 1/2 sudu kecil esen vanila
5-8 sudu kecil gula kastor - ikut citarasa


CARA CARA
1. Hancurkan biskut didalam food processor dan ketepikan.
2. Untuk perisa matcha, masukkan cream dan instant matcha kedalam mangkuk. Putarkan sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit dan putarkan sehingga stiff peak. Pastikan anda rasa adunan untuk menetapi tahap kemanisan yang anda mahu.
3. Untuk parisa vanilla, masukkan cream dan vanilla esen kedalam mangkuk bersih dan putarkan sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putarkan sehingga stiff peak. Pastikan rasa juga adunan untuk mengetahui tahap kemanisan yang dimahukan.
4. Bolehlah di layer kan didalam bekas mengikut kretiviti. Kemudian, masukkan kedalam freezer seeloknya semalaman untuk dibekukan. Kemudian, bolehlah dinikmati! Rasa macam makan ice cream yang full of cream!


*only available on PC*

ENJOY!

4 comments:

adrianna syaz said...

Assalammualikum abm...sedapnya aiskrim..green tea eh...cecantik gmbq abm..tringin nk amik gamnq mknan cmni jgk..tp pakai kamera tepon je..huhu..

syapex said...

npak pn dah tau kata sdap....

A.B.M said...

[adriana]
tq adriana :) tulah, dessert ni bila dh sejuk rasa macam makan ice cream :)

A.B.M said...

[syapex]
try la syapex :)