Monday, October 28, 2013

Resepi 284 : Mini Apple Candies - Semanis Namanya

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni barulah ABM berkerajinan
untuk bukak blog dan update blog ni.
Maklumlah, minggu lepas ABM dah start
buat kerja part time.
dari pukul 5 petang - 10 malam.
So, ABM tak de masa sangat nak 
jenguk2 blog ni.
Tapi, ABM akan cuba lapangkan masa
menjengah ke sini ya.


Okeylah, berbalik pada menu kali ini,
beberapa hari lepas,
ABM ke supermarket kat area sini.
Tup2 ternampak buah epal yang comel ni.
Terus dapat idea nak buat menu ni.
Actually, malam sebelum tu,
ABM ada tengok video recipe from SortedFood.
So, terus rasa nak cuba.
Dikesempatan ni jugak,
ABM ada lah buat video pasal mini apple candies ni
Sesape yang nak tengok,
bolehlah click video kat bawah.
Tetibe tangan ni gatal nak guna video function kat kamera tu.



BAHAN BAHAN

10 biji mini apple
1 mangkuk air panas
200g gula kastor
50ml air panas
1/2 sudu kecil cuka putih
10 batang lidi sate
50g coklat hitam - dicairkan
50g coklat putih - dicairkan





CARA CARA
1. Rendamkan mini apple kedalam satu mangkuk air panas. Ketepikan.
2. Didalam saucepan, masukkan gula dan air panas. Gunakan api yang sederhana, kacau gula sehingga gula cair.
3. Masukkan pula cuka dan kacau sebati.
4. Letakkan termometer kedalamnya. Jika suhu mencecah 140C, matikan api.
5. Ambil epal yang direndam tadi, cabutkan tangkainya. Kemudian, cucuk lidi pada bahagian tangkai yang sudah ditanggalkan tersebut.
6. Celupkan epal kedalam air gula tadi dan letakkan diatas kertas minyak dengan keadaan lidi sate menghala ke atas. Buat sehingga habis. Jika gula mengeras, panaskan semula untuk memudahkan kerja menyalut epal tadi.
7. Jika gula pada bahagian epal sudah keras, salutkan coklat hitam dan putih dengan membentukkannya seperti jaring (jika nak tahu cara buatnya, lihat video diatas).  Letakkan didalam peti air untuk coklat mengeras dan bolehlah dimakan!

ENJOY!

10 comments:

JANA said...

NAMPAK SEDAP..HEE.:)

cheq da said...

Wah ABM...teruja tgk video ni..mana la nk dpt kat mysia apple cam 2 kan..cute miut cam ABM jgk

Langsir Hitam said...

camna nak buat video camtu ABM? ada software ke?

Alia Laila said...

Hieshh sedapnya la haii.

Video tu terbaik la ABM ! n_n
Macam tengok rancangan memasak dah ni ha.

First time tengok apple comel macam tu ^^

jot pijot said...

kreatif!!bole cuba ni utk bufday adik coming soon!
minta halal ilmu yer..tQ!

A.B.M said...

[jana]
hihi. dah lama tak makan gula2..
terus jadi kanak2 jap. haha

A.B.M said...

[cheq da]
tu la, ABM pon baru je ni tgk mini apple. sbb tu terus beli! hahaha

A.B.M said...

[langsir hitam]
haah, ABM edit guna software. Guna Magix Video Editor. :)

A.B.M said...

[alia]
hihi. fest time buat video camtu. Tapi mmg susah nak edit2 video ni. Pastu nak shoot lagi. Kalau buat berkumpulan ok la. lau buat sorang2, pengsann! hahaha

A.B.M said...

[jot]
sila lah buat rujukan. mmg tujuan utama utk berkongsi :)
tq sbb sudi singgah sini. hihi