Wednesday, October 16, 2013

Resepi 281 : Mee Hoon Goreng - Tangkap Muat kata Che Mat

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Sejak kebelakangan ni,
ABM asyik post pasal kek n dessert2 ni kan.
Tak de pon pasal menu2 nasi ke, mee ke.
Bila belek2 barang2 yang bawak dari mesia haritu,
ada lah bwk skali mee hoon.
Terus terasa nak makan mee hoon malam ni.


Terus cari resepi mee hoon kat blog
Bila search mmg banyak lah variasi2 yang che mat buat.
Tp ABM tetibe tertarik dgn headline
"mee hoon tangkap muat" che mat tu.
Yelah, kalau namanya tangkap muat,
mestilah ringkas penyediaannye kan.
So, ABM pon rujuk lah resepi tu.
Tp adelah yang ABM tambah tolak darab bahagi
daripada resepi che mat tu.
hihi. mintak halal ye che mat :D


BAHAN BAHAN
200g mee hoon - yg belum direndam
1 sudu besar cili kisar
1 1/2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
kicap cair secukup rasa
fishcake secukupnya
1/2 cawan hirisan daging ayam
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air secukupnya

bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1.2 sudu besar udang kering - direndam sebelum dikisar



CARA CARA
1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan pula sos cili kedalamnya dan kacau sebati.
3. Masukkan ayam dan fishcake. Gaul sebati dan kacau sehingga ayam benar2 masak. Masukkan sedikit air, garam dan gula kemudian kacau sekata. 
4. Bila dan agak pekat, masukkan mee hoon dan gaul rata. Masukkan pula sawi dan taugeh. Sebatikan sehingga sayur layu.
5. Masukkan kicap cair dan gaul sebati. Jika rasa dah ok dan sayur sudah layu, matikan api dan siap dihidang. Taburkan bawang goreng jika ada.

ENJOY!

3 comments:

Cheq Sue said...

Akak td pg sblm bertolak balik..sempat grg mihun bodo-bodo dua bungkus... dh bwk sini mkn esok la jawabnya...

A.B.M said...

goreng yg campak2 la yg sedap cheq sue. sbb letak je apa yg kita suka kan.
:)

Nasha Muslimah said...

Dlm beratus resipi, utk ptame kali nak masak bihun goreng, sy pilih resipi kt sini. Then terus masak, then eksaited sangat sbb trus jadi. Sedap plak tu. Anak pn suka. Tq tq tq !!!!!!