Resepi 280 : Matcha and Chocolate Mousse Cake - Checkered Style!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera



Terlebih dahulu ABM nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
maaf zahir dan batin.
Semoga segala usaha pengorbanan kita selama ini
dinilai oleh Allah swt.
Sedikit terkilan hari ini sbb
ABM tak dapat join jamuan hari raya
bersama kawan2 sbb ade perjumpaan dengan
kawan2 satu lab.
Tapi tak apelah.
ABM ade bawak pengganti diri iaitu
ABM buatkan kek utk kawan2 muslim kat sini.
Hopefully kene lah dengan selera dyorng.



Okeylah. Berbalik pada menu hari ini.
Sebagaimana yg korang kenal ABM ni,
ABM sememangnya sangat minat apa2 jenis kek
yang berkrimkan mousse!
So, ABM pon dapat idea gabungan coklat dan matcha ni.
Bagi tekak ABM sedap lah jugak.
Resepi vanilla sponge cake,
ABM rujuk daripada blog Rahel.
Mousse Matcha dari blog The Winter Guest.
Utk mousse coklat pula ABM buat ikut pengalaman ABM
sebelum ni.
Okeylah, disini ABM sertakan resepi sebagai
rujukan semua.



BAHAN BAHAN
(loyang 18/20cm)

Simple Vanilla Sponge Cake
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur - gred A
130g tepung naik sendiri
40g air 
60g mentega cair 
2 sudu kecil esen vanilla


Coklat Mousse
200g coklat - dipotong kecil
15-20g gula kastor - ikut citarasa
1 biji telur kuning
40ml susu segar
2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan
200ml non-diary whipping cream (tawar)

Matcha Mousse
150g susu segar
30g serbuk matcha
2 biji kuning telur
2 biji putih telur
70g gula kastor
200ml non-diary whipping cream (tawar)
3 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan



CARA CARA


Simple Vanilla Sponge Cake
1. Panaskan oven 180c.
2. Masukkan gula, ovalette, telur, tepung kedalam mangkuk dan pukul sehingga kembang selama 5 minit.
3. Kemudian, masukkan air dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga ringan selama 5 minit.
4. Masukkan mentega cair dan kaup balik sebati adunan.
5. Tuangkan kedalam loyang dan bakar selama 45-50 minit. Bergantung pada oven,
6. Bila dah masak, telungkupkan diatas redai dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong kepada 3 bahagian.


Coklat Mousse
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
2. Masukkan telur kuning, gula, susu kedalam mangkuk lain dan pukul seketika. Letakkan mangkuk diatas air panas (double boiler) dan pukul sehingga gebu.
3. Masukkan campuran telur kedalam coklat dan kaup balik. Masukkan juga gelatin yang sudah dicairkan dan gaul rata.

4. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan kedalam campuran coklat dan kaup balik sebati.

Matcha Mousse
1. Tuangkan susu segar, serbuk matcha, dan gaul sehingga sebati. Panaskan susu tetapi jangan sehingga mendidih. Asal panas sahaja.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur, dan separuh daripada gula kedalamnya. Pukul sehingga pucat. Sambil memukul, masukkan susu yang dipanaskan tadi kedalam kuning telur tadi. 
3. Panaskan kembali adunan diatas api kecil dan kacau sentiasa sehingga menjadi kastard. Jika anda ada termometer, suhu custard hendaklah pada 85C. Jika tiada, jika adunan sudah memekat, matikan api. Cover custard dengan plastik mencecah diatas custard dan biarkan sejuk.
4. Didalam mangkuk bersih, pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula yg lebih tadi dan pukul sehingga kental. Masukkan didalam adunan custard dan kaup balik sebati.
5. Pukul whipping cream pula sehingga kental dan masukkan kedalam adunan custard td dan kaup balik sebati.

Penyediaan.
1. Kek hendaklah dipotong kepada 3 bahagian.
2. Untuk mendapatkan kek yang berbelang ketika dipotong, cara mengkrim kek hendaklah rujuk pada gambar dibawah :
3. Buat sehingga lapisan kedua. Jika ada mousse yang lebih, hiaskanlah kek ikut creativity. Sejukkan dahulu sehingga benar2 set sebelum dipotong. Semasa hendak memotong kek, pisau hendaklah direndam sekejap dengan air panas untuk memudahkan proses memotong. 

SALAM AIDILADHA!
&
ENJOY!

Comments

Mat Gebu said…
This is really "sesuatu sangat"....
perghh!!... Salam Aidil Adha dari che mat (^_^)\/
A.B.M said…
sesuatu yg cmne tu che mat? hahaha.
btw, selamat hari raya aidiladha jgk che matt. :)

Popular Posts