Resepi 278 : Apple Crumble Cheesecake - Bukan lagi Rahsia!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM nak kongsi
resepi yang ABM sangat suka.
Apple Crumble Cheesecake.
Idea nak buat kek ni ade ceritenye...
Hari sabtu lepas, 
ABM dan kawan2 kat sini pergi fruits picking
kat area2 sini. Memang best lah.
Ade grapes, pears dan jugak apple.
Semasa nak balik tu,
kami dibolehkan utk petik satu buah apple
untuk dibawa balik.
So, ABM pon petiklah buah yg agak besar lah jugak.
Bayangkan sebiji buah apple beratnya 600g!
Tapi ade lg yang besar dari apple yg ABM ambil ni.
Yang mencecah sampai sebiji sekilo pon ade.
Besar gedabakk!
Kat bawah ni ABM sertakan gamba apple yang ABM petik tu.


Bila pikir balik, sayang lah pulak kalau makan camtu je.
So, pikir punya pikir idea yang datang cume resepi 
apple pie, apple crumble je.
Nak carilah kelainan sikit kan.
Tetibe ABM teringat yang ABM pernah nampak
kek apple crumble cheesecake ni kat Secret Recipe.
Terus ABM google recipe camne nak buat.
Alhamdulillah ABM tersinggah di blog resepi ni
Thanks tuan punya resepi.
Sangat sedap.


Cuma ABM ade twist sikit kat resepi,
ABM ade bubuh cinnamon powder gak dalam cheesecake tu.
Sebab tu kek yg ABM buat ni agak kecoklatan sikit.
Maklumlah, ABM memang sgt suka bau dan rasa cinnamon.
Sesape yang nk try resepi,
ley jenguk2 bawah ni.



BAHAN BAHAN
(20cm loyang yg boleh ditanggalkan/springform)

Base
180g biskut marie (atau apa2 biskut yg digemari) - dihancurkan
60g butter - dicairkan

Apple Filling
380-400g epal - dikupas dan dipotong dadu
3 sudu besar gula kastor
1/2 biji jus lemon
1 sudu besar serbuk cinnamon - ikut citarasa
1 1/2 sudu kecil tepung gandum

Cheesecake
250g cream cheese
120ml non-diary whipping cream (tawar)
4 sudu besar gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur (saiz kecil)
1/2 biji jus lemon
1 sudu besar serbuk cinnamon - ikut citarasa
1 sudu kecil esen vanilla

Crumble
120g tepung gandum
80g butter - yg disejukkan
1 1/2 sudu besar gula kastor



CARA CARA

Base
1. Biskut yang telah dihancurkan hendaklah dimasukkan kedalam mangkuk.
2. Masukkan pula butter yang dicairkan dan gaul rata.
3. Tuang kedalam loyang dan tekankan dasar biskut sehingga mampat dan rata. Masukkan kedalam peti ais sementara menyediakan bahan yang lain.

Apple Filling
1. Epal yang sudah didadu dimasukkan kedalam periuk. Masukkan juga gula, jus lemon dan cinnamon.
2. Dengan api yang sederhana, gaul sehingga gula cair dan mendidih.
3. Jika apple sudah agak lembut, masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Biarkan selama 2 minit atau sehingga pekat.
4. Tuang kedalam mangkuk dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

Cheesecake.
1. Masukkan cream cheese dan pukul sehingga berkrim. Masukkan pula gula dan jus lemon kemudian pukul sehingga sebati lagi.
2. Masukkan tepung jagung dan serbuk cinnamon kemudian pukul rata.
3. Masukkan pula whipping cream dan pukul sehingga kembang dan berkrim. Kemudian, masukkan  telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan pula esen vanilla dan gaul rata.

Crumble.
1. Masukkan tepung, gula dan butter kedalam mangkuk. Gunakan garfu dan satukan bahan2 sehingga menjadi crumble (serbuk).

Penyediaan
1. Panaskan oven 150c.
2. Ambil loyang didalam peti ais tadi dan masukkan 1/3 daripada adunan cheesecake. Ratakan.
3. Masukkan pula apple filling dan ratakan.
4. Masukkan adunan cheesecake yang selebihnya kedalam loyang. Hentakkan sedikit loyang.
5. Taburkan crumble diatasnya dan siap untuk dibakar.
6. Sediakan loyang yang besar dan masukkan air panas didalamnya. Letakkan loyang bulat berisi cheesecake tadi didalam loyang yang berisi air tadi. Masukkan kedalam oven dan bakar sehingga 60-65 minit. Kaedah ini dinamakan waterbath.
7. Jika semasa dalam proses membakar, crumble anda sudah perang keemasan, cover cheesecake dengan aluminium foil dan sambung proses pembakaran seperti biasa sehingga siap.
8. Bila dah siap bakar, biarkan dahulu didalam oven sehingga oven benar2 sejuk.
9. Angkat loyang daripada waterbath dan sejukkan didalam peti ais semalaman supaya mudah untuk dipotong.

ENJOY!



Comments

aima said…
comel penimbang ijau tu
A.B.M said…
hihi.
sbb comel lah terbeli.
haha
cheq da said…
Sedap...sedap..sedap
A.B.M said…
try la cheq daa.
kompom terangkatt. :D
syaseby said…
sy pantang tgk resepi yg ada combination ngn cheese ni.blh cuba ni..tgk pic pun da nmpk sedap..apa lg kl masuk dlm tekak kn..hihi..minta izin share resepi yer.
Unknown said…
Saya dh try mmg sedap.... klau resepi ni tukar dgn blueberry atau peach boleh tak?
Unknown said…
klu jual bape harga

Popular Posts