Thursday, October 3, 2013

Resepi 277 : Salted Caramel Mousse Cake - playing with sugarpaste!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Bila dah turun dapur sendiri,
mula lah tak cukup tanah nak membaking.
Tetibe teringin pulak
nak try caramel mousse ni.
Pernah dengar je sebelum ni,
tapi belum ade kesempatan nak buat.


Resepi pon main bubuh je apa yang ada.
Untuk salted caramel tu, ABM just amik resepi 
dalam blog ABM ni.
Cuma, tambah gelatin dan whipped cream je utk 
jadikan sebagai mousse.
Untuk resepi kek pulak,
ABM rujuk blog Rahel.
Simple vanilla sponge cake.
Pastu untuk decoration pulak,
ABM guna sugarpaste je.
First time ABM cuba2 buat guna sugarpaste.
Masih banyak lg kene belajar. haha
Yg ni asal boleh jelah kan.
Okelah, kalau nak cuba, boleh la rujuk resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(loyang 18cm)

Simple Vanilla Sponge Cake
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur - gred A
130g tepung naik sendiri
40g air 
60g mentega cair atau minyak sayuran
2 sudu kecil esen vanilla

Salted Caramel Mousse
resepi salted caramel rujuk SINI
300g non-diary whipping cream - yg tawar
1 sudu besar gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan


CARA CARA

Simple Vanilla Sponge Cake
1. Panaskan oven 180c.
2. Masukkan gula, ovalette, telur, tepung kedalam mangkuk dan pukul sehingga kembang selama 5 minit.
3. Kemudian, masukkan air dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga ringan selama 5 minit.
4. Masukkan minyak/mentega dan kaup balik sebati adunan.
5. Tuangkan kedalam loyang dan bakar selama 45-50 minit. Bergantung pada oven,
6. Bila dah masak, telungkupkan diatas redai dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong kepada 3 bahagian.

Salted Caramel Mousse
1. Rujuk pada link diatas untk cara2 membuat salted caramel.
2. Bila caramel sudah sejuk sepenuhnya, masukkan whipping cream didalam mangkuk berasingan dan pukul sehingga kental. Jangan terlebih pukul ya. Nanti cream akan berketul.
3. Ambil 2/3 (kalau xnk manis sgt, ambil 1/2 je) daripada adunan salted caramel dan campurkan gelatin kedalamnya. Gaul sebati.
4. Ambil sedikit whipped cream dan kaup balik adunan. Buat sehingga habis dan kaup balik sebati. Sedia untuk digunakan.

Penyediaan
1. Potong kek kepada 3 bahagian. Setiap lapisan hendaklah diletakkan mousse.
2. Cover keseluruhan kek dengan mousse tadi.
3. Hiaslah ikut kretiviti masing2. Untuk cara2 buat roses guna sugarpaste, boleh rujuk dibawah


ENJOY!

2 comments:

cheq da said...

ABM..cantiknya kek..kalah cheq da kalu sentuhan cam ni..

MamaFaMi said...

Cantik kejadian kek ABM ni. Kalau mama yang buat, mau selebet sana sini! Hihihi.. tu sebab tak buat tu! ;)